Krisis
air Pahang semakin meruncing
KUALA
LUMPUR: Sesuatu
yang amat memalukan buat negeri kelahiran Perdana Menteri yang masih
bergelumang dengan isu gangguan bekalan air sehingga ke hari ini.
Setiausaha
Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang, Huzir Sulaiman berkata,
kerajaan negeri mengambil sikap mendiamkan diri walaupun Solidariti Hijau dan
PAS negeri mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat di
Negeri Pahang merupakan satu sikap yang amat mengecewakan.
Oleh
kerana itu, ujarnya tidak ada pilihan lain buat Rakyat Pahang kecuali menolak
Umno BN di dalam PRU13 ini.
“Negeri
Pahang amat memerlukan mereka yang masih ada ‘telinga’ untuk mentadbir negeri
ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Berikut
kenyataan beliau berhubung masalah tersebut.
Selepas
Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar (LPPAS) PAS Negeri Pahang
yang dipengerusikan oleh Andansura Rabu melahirkan kekecewaan beliau terhadap
kegagalan pengurusan air di negeri itu pada bulan Ogos tahun lalu akibat kekerapan
gangguan bekalan air setiap kali tibanya Ramadhan dan Syawal, 80 NGO dari
seluruh negara yang berpayung di bawah Solidariti Hijau dan dipimpin oleh
Zulkefly Mohamad Omar bersama-sama kepimpinan PAS negeri menyerahkan pula
memorandum kepada Menteri Besar Pahang pada bulan Disember tahun lalu menuntut
satu reformasi segera dilakukan terhadap tahap kualiti perkhidmatan yang
mengecewakan dari Syarikat Pengurusan Air Pahang Berhad (P.A.I.P) walaupun
telah diswastakan beberapa tahun yang lalu.
Beberapa
siri gangguan bekalan air di seluruh negeri Pahang sepanjang 2 tahun yang lalu
telah pun disenaraikan di dalam memorandum yang diserahkan itu termasuklah
potensi gangguan bekalan air kepada penduduk Kuantan dari operasi kilang Lynas
yang dikatakan akan menggunakan 500 meter padu sejam bekalan air untuk operasi
harian mereka.
Selepas
penduduk Kuantan dihantui gangguan bekalan air sebelum ini akibat kerosakan
teknikal di Loji Air di Empangan Kobat, paip yang kerap pecah di Felda Bukit
Kuantan serta kerosakan sistem bekalan air ketika sambutan perayaan, penulis
dikejutkan dengan rungutan beberapa penduduk dari Taman Bukit Pelindung dan
Taman Alor Akar Kuantan semalam yang mengeluh dengan kekerapan gangguan bekalan
air yang sudah berlanjutan selama beberapa minggu ini lebih-lebih lagi selepas
Lynas memulakan operasinya.
Lebih
100 penduduk mengambil keputusan untuk melahirkan kekecewaan mereka secara
terbuka kepada P.A.I.P petang semalam di Bukit Pelindung Kuantan, menuntut
P.A.I.P untuk mengambil tindakan segera memastikan bekalan air yang stabil
kepada kediaman mereka dalam tempoh 2 minggu dari sekarang sebelum satu
tindakan susulan diambil terhadap P.A.I.P.
Malah
mereka juga menuntut penjelasan P.A.I.P sama ada gangguan bekalan air yang
sedang berlaku mempunyai kaitan secara langsung dengan penggunaan bekalan air
yang tinggi dari kilang Lynas sehingga bekalan air dilihat seolah-olah dicatu
oleh P.A.I.P untuk memastikan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada
kilang itu.
Penduduk
juga tidak boleh dipersalahkan kerana mempunyai beberapa andaian punca gangguan
bekalan air kerana sehingga hari ini, sebahagian dari mereka masih tidak
dimaklumkan oleh pihak yang berkenaan. Ramai yang tertanya-tanya, apakah
puncanya? Dan sampai bilakah masalah gangguan bekalan air ini akan dapat
diselesaikan?
Penulis
selaku Setiausaha Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar (LPPAS) PAS negeri
ingin mendesak maklum balas segera dari pihak Kerajaan Negeri Pahang dan
P.A.I.P terhadap memorandum yang diserahkan pada bulan Disember tahun lalu
kerana sehingga hari ini, tiada satu pun maklum balas yang diterima oleh
Solidariti Hijau dan PAS Negeri seolah-olah ia dibakulsampahkan oleh mereka
walaupun cadangan penambahbaikan yang telah banyak disenaraikan dalam
memorandum itu adalah untuk kebaikan seluruh rakyat di negeri ini.
Mengambil
sikap mendiamkan diri walaupun Solidariti Hijau dan PAS negeri mengambil sikap
terbuka untuk bekerjasama demi kebaikan rakyat di Negeri Pahang merupakan satu
sikap yang amat mengecewakan.
Oleh
kerana itu, tidak ada pilihan lain buat Rakyat Pahang kecuali menolak Umno BN
di dalam PRU13 ini.
Negeri
Pahang amat memerlukan mereka yang masih ada ‘telinga’ untuk mentadbir negeri
ini. Sesuatu yang amat memalukan buat negeri kelahiran Perdana Menteri yang
masih bergelumang dengan isu gangguan bekalan air sehingga ke hari ini.
No comments:
Post a Comment