Laporan
dari akhbar terbitan Sabah, Daily Express hari ini dalam ruang Standoff in
Lahad Datu, bekas Ketua Polis Daerah Lahad Datu mempersalahkan kerajaan Pusat
Putrajaya yang diketuai UMNO kerana langsung tidak peka dan sensitif akan
nasihat dan pandangan yang diberikan mengenai taraf keselamatan Lahad Datu dan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah5 tahun yang lalu.
Secara tidak langsung bekas Ketua Polis Daerah Lahad Datu telah menyalahkan sebulat-bulatnya kepada Kerajaan Pusat UMNO dan perlu bertanggung jawab atas beberapa wira negara kita yang gugur.
Berita ini tidak mungkin akan disiarkan oleh media-media cetak di Semenanjung terutamanya Utusan, Berita Harian, NSTP, The Star, Harian Metro dan Kosmo.
Sepatutnya pihak Pemuda UMNO, PERKASA/WARIS MALAYA dan beberapa NGO yang bersemangat, berjiwa dan berdarah pekat UMNO kutip petikan berita ini untuk mengamuk depan pejabat Najib Razak sebagai tanda simpati dan marah wira-wira kita yang tidak berdosa gugur syahid.
Sebab itu Datuk Seri Lajim Ukin cakap pencerobohan Lahad Datu adalah sandiwara UMNO, seekor budak UMNO,PERKASA sedikit pun tak berani nak menyalak dan hentam beliau. Sebab apa ek?
Langsung tiada seekor budak UMNO/PERKASA pun yang berani nak buat laporan polis supaya tangkap Lajim Ukin dan heret beliau ke Mahkamah atas pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948...Kenapa ek?
No comments:
Post a Comment