Iklan
Najib di Youtube, berapa kosnya?
Belum lagi terjawab berapakah jumlah
yang telah dibelanjakan dari duit rakyat untuk membeli semuka penuh iklan di
akhbar Washington Post bagi tujuan mengucapkan tahniah kepada Rosmah pada April
2011 lalu, kini terpampang pula iklan Moving Forward Together With
Najib Raza’ di laman utama Youtube.
Promosi
habis-habisan pembinaan imej Presiden Umno dalam rangka untuk mengekalkan
tampuk kuasa menjelang PRU13 ini, tentunya menelan jutaan ringgit lagi wang
rakyat.
Tak
cukup dengan memanipulasikan segenap ruang media perdana yang ada di Malaysia,
sedang berlangsung sekarang jelajah Presiden dan Timbalan Presiden Umno ke
seluruh negara untuk berkempen yang kosnya juga dibayar dari wang rakyat,
menggunakan kemudahan milik rakyat sama ada pesawat khas yang dinaiki,
helikopter, sekolah atau premis milik rakyat, peruntukan jamuan yang dibayar
dari duit rakyat, cenderahati untuk Presiden Umno juga dibeli dari duit rakyat,
belum lagi dikira kakitangan kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat
tetapi dikerah hadir ke program Presiden Umno dengan dibayar sagu hati dari
duit rakyat juga.
Pendek
kata setiap langkah yang diatur Presiden Umno bagi tujuan kempen mengekalkan
kuasa ditanggung oleh rakyat. Takrif rakyat tentunya bermakna bukan hanya yang
penyokong Umno dan BN.
Memang
tepat ungkapan bahawa Umno akan mati bila hilang kuasa, kerana tonik yang
memacu kelangsungan umno adalah wang dan wang tersebut adalah wang rakyat!
Hanya
dengan memiliki kuasa yang membolehkan wang rakyat menjadi wang Umno!
Bagaimana
caranya?
Sangat
mudah bagi mereka yang berada di puncak kuasa.
BR1M,
Bantuan Awal Persekolahan semuanya dari duit rakyat, tetapi sebelum
menerimanya, rakyat dipaksa mendengar ucapan berbentuk bebelan panjang dari
pemimpin-pemimpin Umno yang bersyarah seolah-olah duit tersebut mak bapak Umno
yang bagi.
Persoalan
lain, dengan promosi habis-habisan apakah posisi Umno benar-benar terdesak dan
berada dalam kedudukan defensif menjelang ‘pertempuran’ paling sengit di medan
PRU13 nanti?
Oleh
: DR.AZMAN
IBRAHIM-HD
No comments:
Post a Comment