ISMA
secara tiba-tiba mengumumkan untuk bertanding dalam pilihanraya. Dalam sebuah
negara yang mengamalkan sistem demokrasi, hasrat ISMA itu tidak boleh dihalang
sebagaimana nenek Maimun Yusuf yang menjadi calon bagi parlimen Kuala
Terengganu pada tahun 2008 dahulu.
Walaubagaimanapun,
sebagai sebuah NGO yang mendakwa diri mereka sebuah jemaah Islam yang selari dengan
perjuangan Ikhwanul Muslimin di Mesir, beberapa persoalan perlu dijawab agar
rakyat tidak terus terkeliru dengan beberapa kenyataan dan tindakan mereka
mutakhir ini yang agak memeningkan.
1.
Melayu sepakat, Islam Berdaulat
Slogan
yang dicadangkan oleh Timbalan Presiden ISMA Tuan Haji Aminuddin Yahaya dan
dipersetujui oleh pimpinan ISMA ini secara jelas memberi jaminan bahawa Islam
di Malaysia akan berdaulat jika kaum Melayu sepakat.
Bagaimana
dengan tahun 1974 – 1978 apabila dua entiti Melayu terbesar iaitu PAS dan Umno
bergabung, adakah Islam pada waktu itu lebih baik? Jika Islam eksklusif untuk
orang Melayu, bagaimana pula dengan Cina Islam, India Islam dan kaum-kaum lain
beragama Islam di Malaysia?
2.
PAS sepakat dengan Umno
ISMA
konsisten mendesak agar PAS bersatu dan bersepakat dengan Umno kononnya untuk
kedaulatan Islam. Walaubagaimanapun, kewujudan ISMA juga adalah hasil kegagalan
peristiwa ‘indimaj’ iaitu penggabungan antara tanzim Abu Urwah dan tanzim Ustaz
Dahlan pada tahun 1995. Ini diakui sendiri oleh Ustaz Abdullah Zaik. Wajarkan
satu pihak yang gagal bersepakat tiba-tiba mengajar orang lain untuk
bersepakat?
Selain
itu, ISMA juga sedar bahawa telah wujud pelbagai jemaah yang memperjuangkan
Islam di Malaysia. PAS yang terlibat cergas dalam politik, ABIM melalui NGO
serta JIM yang juga bergerak melalui NGO. Jika benar ISMA memperjuangan
kesepakatan Melayu Islam, mengapa diwujudkan lagi jemaah baru? Tidakkah lebih
baik sertai dan kuatkan jemaah sedia ada? Atau sekurang-kurangnya bersama-sama
JIM dan pelbagai NGO lain menyertai IKRAM.
3. Amanat
Haji Hadi vs Amanat Dr Mahathir
Pada
4 Januari 2013, Presiden ISMA meminta agar Presiden PAS menarik balik ‘amanat
Haji Hadi’ yang dibuat pada tahun 7 April 1981 di Banggol Peradong dengan
alasan bahawa amanat itu telah menyebabkan perpecahan orang Melayu.
Persoalannya
mengapa ISMA tidak mendesak Dr Mahathir supaya menarik balik
kenyataan-kenyataan beliau yang memperlekehkan Hudud, menghina janggut Nabi
Muhammad, menghina syariat Islam dan pelbagai lagi kenyataan yang dibuat
sewaktu menjadi Perdana Menteri?
Adakah
kenyataan Ustaz Hadi yang pada tahun 1981 hanya seorang AJK Pas Pusat (bukan
ADUN, MP mahupun MB) lebih berpengaruh dan berbahaya berbanding kenyataan
seorang Perdana Menteri yang juga presiden sebuah parti Melayu terbesar di
Malaysia. Dr Mahathir memiliki akses pada segala bagai media arus perdana?
Juga
mengapa perlu mengambil masa selama 32 tahun untuk mengkaji ke’sesat’an
amanat tersebut?
4.
Penglibatan dalam pilihanraya
Pada
awal-awal penubuhan ISMA, salah satu modal yang digunakan untuk mengkritik
jemaah PAS adalah kerana PAS terlibat dengan politik dan politik bagi ISMA
adalah kotor. Mengapa kini berubah? Adakan ISMA mengamalkan politik lidang
bercabang?
5.
Bertanding di Kapar
Sebelum
ini, ISMA menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi-kerusi majoriti Melayu
yang ditandingi oleh calon bukan Islam samada belah BN atau PR. Salah satu yang
menjadi tumpuan adalah Parlimen Kapar melibatkan calon India dari PKR (S.
Manikavasagam) dan calon India dari MIC (P. Komala Dewi).
Hujah
ISMA, calon Melayu mesti bertanding di kerusi majoriti Melayu. Tetapi apabila
Datuk Abdul Rahman Palil (Ketua Umno Kapar) menyatakan hasrat untuk bertanding
kerusi parlimen Kapar, tiba-tiba ISMA melalui ketua biro politiknya membuat
kenyataan terbuka memohon agar Rahman tidak meneruskan hasrat bertanding di Kapar
sekaligus memberikan peluang kepada ISMA.
Mengapa
begitu? Bukankan Rahman Palil adalah calon Melayu? Jika Rahman Palil
bertanding, ISMA sepatutnya membatalkan hasrat. Ataupun keperluan wakil rakyat
Melayu hanya alasan semata-mata?
6.
Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah
Setiausaha
Biro Politik ISMA, Ustaz Hazizi Abdul Rahman menyelar Lim Kit Siang kerana
ingin bertanding di Gelang Patah, Johor dengan alasan bahawa Lim Kit Siang
mempunyai agenda tertentu.
Persoalannya
apa agenda tertentu yang ISMA maksudkan? Adakah agenda tertentu itu adalah
untuk memenangi kerusi sekaligus membentuk kerajaan pusat? Jika itu agendanya,
bukankan semua maklum agenda DAP sejak ditubuhkan adalah menang pilihanraya dan
menjadi kerajaan? Mana ada parti politik atau individu bertanding tanpa agenda?
7.
Larangan menjadikan orang bukan Islam sebagai pemimpin
ISMA
juga menggunakan beberapa ayat Al Quran misalnya ayat 144 surah An Nisa, ayat
23 surah At Taubah dan ayat 51 surah Al Maidah sebagai alasan bahawa tidak
boleh membenarkan pemimpin dari kalangan bukan Islam umpamanya DAP.
Persoalanya,
bagaimana dengan ahli-ahli ISMA yang berkerja di tempat-tempat yang dipimpin
oleh bos bukan Islam. Atau paling mudah, ahli ISMA yang bertugas sebagai
doktor, ahli farmasi atau jururawat di hospital kerajaan? Bukankan pemimpin
mereka iaitu Menteri Kesihatan Dato’ Sri Liow Tiong Lai adalah seorang bukan
Islam?
8.
Calon Muslim vs calon non Muslim
Di
Melaka pada tahun 1994, ada seorang gadis bawah umur dirogol. Yang merogol
gadis itu adalah seorang wakil rakyat Melayu beragama Islam. Manakala yang
membela gadis itu adalah seorang wakil wakyat Cina beragama Buddha.
Jika
kedua-dua wakil rakyat tersebut kembali bertanding dalam pilihanraya, siapakah
yang akan diundi oleh ahli dan pendokong ISMA? (Dengan andaian ISMA atau
mana-mana individu bebas tidak sempat menampilkan calon Melayu berwibawa kerana
tempoh penamaan calon hanya sejam dan mereka tidak menjangka kedua-dua calon
tersebut ditampilkan pihak PR dan BN).
9.
Hubungan intim dengan Umno
Apa
hubungan ISMA dengan setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail
yang diketahui orang kuat PM dalam mengatur pelan strategik mendapatkan
sokongan NGO Islam? Apa yang dibincangkan dalam pertemuan di bilik mesyuarat
Yayasan Tun Razak.
Benarkan
ISMA tidak mendapat dana dari Umno ataupun agensi kerajaan di bawah kerajaan
Umno bagi tujuan program berunsurkan politik?
SUMBER : MHM
No comments:
Post a Comment