DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, March 10, 2013

ASPAN ALIAS :TOLAK UMNO YANG MELINDUNGI SAMSENG



UMNO tidak berupaya mempersiapkan diri mereka untuk menjadi parti yang mempunyai ‘attribute’ sebagai parti pemerintah lagi. Apa yang dilakukan oleh penyokong UMNO ke atas program Pakatan Rakyat di Bukit Katil Melaka semalam amat menjijikkan. Jika UMNO benar-benar hendak menjadi parti pembangkang, parti itu dengan penyokongnya mestilah bersabar. Tidak akan lari gunung dikejar. UMNO akan tetap menjadi pembangkang.


Banyak tuduhan buruk yang dilemparkan ke atas Pakatan Rakyat tetapi UMNO itu sendiri sudah menjadi parti yang tidak siuman kerana berkelakuan seperti gangster zaman batu dahulu. Orang hendak berdemokrasi, UMNO pun hendak berdemokrasi, tetapi tidak faham apa itu demokrasi.

Kalau di Sabah rakyat Kesultanan Sulu telah menyerang pasukan keselamatan kita, dan di Bukit Katil, Melaka pula penjenayah dan penceroboh UMNO masuk di majlis anjuran Pakatan Rakyat dan ‘mengganas’ terhadap mereka yang hadir dalam ceramah itu. Sekarang ini di mana ada pencerobohan di situ ada UMNO. Kalau dahulu saya selalu memberikan pandangan saya UMNO itu rasuah dan rasuah itu UMNO, sekarang kita lihat pula dan hampir menjadi bidalan, di mana ada keganasan di situ ada UMNO dan di mana UMNO ada di situlah ada kekerasan dan kemusnahan.

Bukit Katil adalah kawasan yang hampir pasti diambil-alih oleh Pakatan Rakyat dan sepatutnya UMNO mesti rela dengan keadaan itu. Parti itu mesti mengakui yang cara untuk kembali mendapat sokongan ialah dengan berbuat baik dan berbudaya tinggi dan bukannya dengan menjadi samseng jalanan. UMNO sepatutnya menumpukan perhatian di kawasan yang mereka boleh menang, kerana bagi UMNO untuk menumpukan tenaga dan waktu di Bukit Katil itu adalah tindakan yang ‘membuang peluru’ sahaja. 

Pada hakikatnya Bukit Katil itu adalah kawasan yang sudah pun diambil-alih oleh Pakatan Rakyat. Pengundi di Bukit Katil itu hanya menunggu untuk menyokong PR sebagai usaha untuk melangsungkan niat untuk berkuasa di Putrajaya. Bukit Katil sememangnya menjadi salah satu daripada banyak kerusi Parlimen UMNO yang akan berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya nanti.

Tidak baik melakukan jenayah seperti itu kerana ia hanya akan memalukan kerajaan negara kita di mata dunia kerana tidak berdaya melangsungkan demokrasi, yang sepatutnya diamalkan dengan sikap ‘gentleman’. Tindakan penyokong UMNO merosakkan bas Parti Keadilan Rakyat itu akan hanya membuatkan UMNO dipandang rendah oleh rakyat yang sedang dalam pencarian ini. Perangai buruk penyokong-penyokong UMNO inilah yang membuatkan rakyat mempunyai persepsi yang UMNO akan bertindak liar jika kalah dalam Pilihanraya yang akan datang ini. UMNO tidak mungkin berubah kerana budaya samseng ini nampaknya sudah menjadi budaya UMNO yang baru terbentuk.

Apa yang menghairankan, kenapakah pimpinan UMNO di Melaka tidak mendidik ahli-ahli serta penyokongnya untuk berkelakuan yang baik sedikit kerana dengan tindakan penyokong ini ia membabitkan imej pimpinan UMNO yang kini sudah tersedia dengan masalah-masalah yang  tidak dapat diperbaiki lagi.

Maka rakyat perlu bersatu dan mengenepikan UMNO kali ini untuk menghilangkan budaya buruk ini terus-menerus subur dalam masyarakat yang inginkan kehidupan harmonis dan muhibbah di antara kita yang berbilang kaum dan cara hidup ini.

Kita tidak boleh menerima seruan UMNO bagi rakyat bersatu di bawahnya kerana kita akan lebih selamat jika kita bersatu di luar UMNO dan BN itu. UMNO boleh meneruskan budaya samseng itu, tetapi UMNO mesti duduk di luar kerajaan. Kita amat takut jika kita ditadbir oleh kerajaan yang menggalakkan budaya samseng  menyubur di negara ini.

Hilangnya UMNO bermakna akan hilanglah budaya samseng itu, insyaallah. Budaya samseng sekarang berkembang kerana samseng ini dilindungi oleh kerajaan dan penguatkuasa undang-undng di negara ini.

Pendeknya, kita mesti tolak pendinding dan pelindung kepada samseng-samseng ini, iaitu UMNO.

No comments: