Pilihanraya umum tidak juga sampai
sedangkan waktu tamatnya penggal ke12 ini sudah hampir ke penghujungnya.. Isu
pencerobohan di Lahat Datu dan Semporna mungkin dijadikan sebagai isu yang
menghalang pilihanraya tidak diadakan sampai ke penghujung penggal. Kita tidak
nampak kenapa pilihanraya masih tidak nampak bayangnya akan tiba.
Kalau ada pun bayangnya ialah dengan
melihat BN melakukan serangan terhadap pimpinan pembangkang dengan tidak
beretika dengan sumpah seranah yang dibawa oleh media perdana setiap malam.
Najib yang bercakap besar itu tetap dan masih seorang Perdana Menteri yang
tidak dipilih rakyat.
Dalam isu Lahat Datu dan Semporna
ini apa yang perlu di lakukan ialah untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada
pasukan keselamatan, samada Polis mahu pun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau
pihak-pihak keselamatan yang lain. Kalaulah isu mempertahankan kawasan dan
persempadanan kita di berikan pihak keselamatan untuk menyelesaikannya mengikut
tata-cara yang sedia ada saya yakin isu ini telah selesai dengan lebih mudah
lagi.
Jika masalah di Sabah itu berlarutan
pasukan keselamatan tetap akan menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara
walaupun siapa yang memerintah negara kita selepas pilihanraya nanti. Angkatan
Tentera, Polis dan yang lain-lain itu adalah penjawat awam yang ‘professional’
dan tugasnya ialah untuk memberikan khidmat kepada ‘government of the day’
tidak kira Pakatan Rakyat atau BN yang memerintah.
Tetapi oleh kerana ada
pertimbangan-pertimbangan politik dan mungkin pertimbangan kewangan maka ‘professionalism’
yang ada kepada pasukan keselamatan kita mungkin telah terganggu dan membawa
‘stand off’ itu berlarutan sehingga hampir tiga minggu lamanya. Apa yang di
rundingkan oleh kerajaan dengan penceroboh itu Tuhan sahaja yang tahu. Bagi
UMNO dan BN pilihanraya mesti di adakan secepat yang mungkin kerana yang patut
berlalu itu biarkan ianya berlalu dan yang mendatang tetap kita laksanakan
mengikut kehendak sebuah negara demokrasi yang sudah sepatutnya masuk ke zaman
dewasanya.
Kita mesti faham yang kemerdekaan
selama lebih dari lima dekad itu sudah sepatutnya melepasi tahap yang tinggi
etika nya dan tidak seperti apa yang kita lihat pada hari ini. Hari ini
demokrasi itu membolehkan sesiapa yang berkuasa melakukan apa yang mereka suka
tanpa mengambil kira perasaan dan kemahuan rakyat. Jika benar yang rakyat
mahukan perubahan pimpinan adalah berwajib bagi kerajaan memberikan apa yang
dikehendaki oleh rakyat sekarang, iaitu kesempatan membuang undi bagi
melepaskan manifestasi mereka melalui peti undi secara demokrasi sebenarnya.
UMNO mungkin mengalihkan pandangan
rakyat buat sementara waktu dengan menggunakan isu Lahat Datu sebagai alasan
untuk penangguhan pilihanraya itu. Penangguhan itu tidak memungkinkan UMNO
boleh melekakan rakyat dengan isu itu kerana apabila sampai waktunya
keputusannya tetap sama. Dalam situasi sekarang ini, semangat rakyat yang
sedang dalam penantian untuk perubahan itu sudah tidak dapat di sorokkan lagi.
Isu Lahat Datu itu biarkan pasukan
keselamatan kita mengendalikannya. Kita mesti ingat yang negara kita adalah
satu-satunya negara yang telah berjaya memerangi peperangan gerila dan tidak di
alami oleh negara lain termasuk Amerika Syarikat. Kuasa besar AS telah terpaksa
mengundurkan tenteranya dari Vietnam kerana kekalahan dalam peperangan gerila
itu di sana.
Sebaliknya Malaysia merupakan
satu-satunya negara yang telah berjaya menumpaskan kumpulan gerila semasa zaman
negara kita diancam oleh pengganas komunis yang menggunakan tektik peperangan
gerila terhadap kerajaan kita dahulu. Bagi saya, kita tidak perlu merasa curiga
dengan kemampuan pasukan keselamatan kita dalam menghadapi tektik gerila yang
di lakukan oleh pengganas Sulu ini terhadap kita. Tetapi hanya satu persoalan
yang menjadi tanda-tanya kita, iaitu kenapa di negara kita terutamanya ATM
tidak ada lagi wujudnya pasukan yang mahir dalam peperangan gerila ini?
Berlakunya insiden di Sabah ini
memungkinkan UMNO itu bertambah hilang keyakinan rakyat terhadapnya, tetapi
waktu pilihanraya sampai ia mesti dilaksanakan. Kita tidak ada masa lagi untuk
bermain-main dengan perasaan dan kehendak rakyat ini. Jika pilihanraya diadakan
dua tahun dahulu seperti yang di war-warkan oleh pihak BN kejadian di Sabah ini
tentunya berlaku jauh lebih lama selepas pilihanraya itu.
Tetapi dengan penangguhan ini UMNO
tidak dapat memberikan alasan lain selain dari takut kepada kekalahan. UMNO
menangguhkan pilihanraya ini untuk mencari jalan dapat membetulkan persepsi
rakyat sementara penggal parlimen itu masih ada. Tetapi hasilnya sudah
terbalik. Lebih lama ditangguhkan lebih besar masalah yang datang menimpa parti
pemerintah kita.
UMNO mesti menerima hakikat
kemungkinan parti menghadap kekalahan kali ini adalah besar tetapi ia tidak
boleh mencari alasan yang munasabah lagi untuk menangguhkan pilihanraya ini.
Apa pun keputusannya UMNO perlu
redha menerimanya. Jika sampai waktu berehat di petak pembangkang, berehatlah
sampai rakyat kembali memberikan keyakinan terhadap mereka. Sementara itu
biarlah rakyat memilih pihak yang lebih meyakinkan dahulu.
Rakyat sudah tidak sabar untuk
keluar mengundi sekarang ini. Sekarang ini rakyat sudah memahami yang kuasa itu
adalah kuasa mereka bukannya kuasa UMNO untuk memilih sesiapa, kerana UMNO itu
sendiri adalah parti yang bersama-sama menawarkan diri untuk dipilih semula
jika mereka (UMNO) masih laku di pandangan mata rakyat.
Kalau benar UMNO itu sudah kembali
kuat seperti yang di katakan oleh Najib dan seluruh kepimpinan UMNO itu, tidak
ada sebab penangguhan ini berlarutan tanpa penghujungnya. Bubarkan sahaja
Parlimen dan semua Dewan Legislatif negeri-negeri, rakyat tahulah untuk memilih
siapa untuk dimandatkan memerintah penggal ini.
Baik buruknya biar rakyat menjadi
penentu.
No comments:
Post a Comment