Sarjana Agama dan ahli sejarah Inggeris yang bernama
Thomas Fuller adalah tokoh awal yang menyatakan 'the darkest hour is just
before the dawn'. Ini terkandung dalam tulisan nya, A Pisgah-Sight Of Palestine
And The Confines Thereof, tahun 1650 yang menyebut, : It is always darkest just before the Day
dawneth. Dan dalam cerita dan nyanyian rakyat bangsa Irish ada disebutkan :
There is a beautiful saying amongst the Irish
peasantry to inspire hope under adverse circumstances:- "Remember,"
they say, "that the darkest hour of all. is the hour before day."
Dan kepada kita, bahagian malam yang paling kelam dan
gelap ialah sebelum terbit fajar. Gelap dan kelam diwakili oleh pemerintahan
UMNO/BN. setelah UMNO dinyahkan, timbul sinar matahari.
Seperti yang kita duga, pandangan Tun Musa Hitam
segera di hentam. Apa yang boleh kita rumuskan dari pandangan Musa Hitam? (1)
perancagan ekonomi PR tidak akan membengkrapkan negara (2) semua golongan
politik menawarkan khidmat kepada rakyat untuk dijadikan pilihan. Ini rumusan
yang munasabah. Tapi tidak boleh dterima oleh pimpinan UMNO/BN yang sombong.
Dan memang reaksi yang diduga dari puak UMNO. Mana
mungkin kita jangka datang nya reaksi yang rasional dan positif? Puak yang lebih suka berkawan dengan syaitan
yang mereka kenal dari malaikat yang tidak dikenali. Dalam lain perkataan,
lebih baik berkawan dengan puak jahat dari puak baik. Ciri2 syaitan ialah
ingkar, sombong, takabbur, kufur dan membangga banggakan asal kejadian.
Jawapan yang diberi pihak pembangkang yakni UMNO/BN (
ya UMNO/BN sudah praktis bagaimana menjadi pembangkang) adalah seperti yang
dijangkakan. Rata2 nya menolak pandangan Tun Musa. Musa sudah pencen, nyanyuk
dan seperti Quran buruk( baca tak boleh, nak buang berdosa). Sama seperti
ketika Tun Daim meramalkan pencapaian buruk UMNO/BN dalam PRU 2008.
Tun Musa Hitam hanya menyatakan yang terang tidak
perlu disuluh- mustahil Pakatan Rakyat mahu mengurus negara ini kearah
kemuflisan. Apa- pimpinan PR tidak baik atau lebih baik dari yang ada dalam
UMNO/BN sekarang? Faktanya- no one can do any worse than UMNO/BN.
Ertinya, orang lain pun boleh mentadbir dan mengurus
negara ini dengan baik. Malah lebih baik dari yang dilakukan oleh UMNO dan BN.
bukankah kerajaan UMNO yang mencatat hutang awam yang hampir mencecah 55% dari
GDP yakni RM504bn? dan ini tidak lagi kita campur dengan jaminan kepada
tanggungan kontijensi/contingent liabitities keatas GLC2 sebanyak RM 117bn.
ertinya, UMNO/BN membawa negara kita ke ambang kemuflisan dengan hutang sektor
awam yang begitu banyak. Tapi UMNO/BN masih tidak malu muka bercakap besar
orang lain tidak boleh melakukan lebih baik dari mereka?
Kenapa UMNO memikirkan yang orang lain tidak boleh
melakukan kebaikan- mereka berdegil memikirkan hanya ‘kita disebelah sini yang
boleh melakukan kebaikan? Jika puak
sebelah sana mengambil alih, maka pasti bengkrap negara ini. Pihak satu lagi
hanya mampu melakukan kejahatan. Atau dipandang dari satu sudut lain, mustahil
kita yang dipihak sini, yang baik boleh
melakukan kejahatan dan keburukan?
Mustahil! Kata UMNO dan BN.
Fikiran seperti yang ada dalam kepala UMNO mudah kita
terangkan. Untuk menerima orang lain boleh melakukan kebaikan atau memperakui
bahawa kita yang baik ini boleh silap dan melakukan yang buruk memerlukan proses
pemikiran dan penggunanan akal rasional. Perkara2 ini tidak ada dalam UMNO.
Dan untuk memperakui bahawa kita yang sebelah sini
boleh melakukan silap memerlukan muhassabah diri dan perasaan merendah diri.
Juga tidak ada dalam pihak yang mencontohi laku perangai syaitan.
Ini memerlukan proses pemikiran rasional yang lebih
panjang. Dan oleh kerana pemimpin dan orang UMNO ,dari segi rasional nya tidak
berkembang dan matang, maka mereka tidak terfikir bahawa orang lain selain diri
mereka boleh melakukan lebih baik.
Dan budaya pemikiran UMNO seperti ini tidak
mengherankan. Majoriti ahli dan penykong UMNO yang muncul sebagai pemimpin di
peringkat cawangan, bahagian dan akhir nya naik ke peringkat paling tinggi,
bagaimana? Merekalah yang membentuk dan mencorakkan budaya pemikiran UMNO. Yang
bermutu rendah yang berjaya jadi barisan pemimpin tentulah mewarnai budaya
pemikiran UMNO supaya mencerminkan kualiti dan tahap pemikiran mereka. Yakni,
tahap yang diwakili oleh emosi dan fikiran tidak rasional.
Inilah standard pemikiran UMNO. Inilah standard
pemikiran yang enggan mengakui bahawa orang lain boleh melakukan lebih baik
dari mereka.
Dan untuk berfikiran hanya golongan UMNO sahaja yang
mampu melakukan kebaikan hanya memerlukan perasaan emosi dan pujian keatas diri
sendiri. Kedua nya amat senang dimunculkan dari tahap pemikiran yang ada dalam
UMNO.
Yang memufliskan negara ini ialah UMNO dan BN . sedang
kita menulis ini, para penyamun yang lihai UMNO dan BN sedang berusaha
memindahkan dan menjual harta benda negara ini kedalam tangan sahabat2. Fire
sale yang dilakukan keatas asset negara dan syarikat milik kerajaan yang untung
dan berpotensi tinggi dilakukan secara diam dan sembunyi sembunyi. Contoh
rompakan dan perlanunan ada dimerata tempat. KTM dengan tanah2 nya akan di
balun oleh UMNO melalui Syed MOkhtar Bukhari. Paling akhir syarikat CTRM yang
membauat bahan komposit yang mempunyai book order atau pesanan RM8 bilion, akan
dijual kepada syarikat Syed Moktar.
Inilah yang sedang dilakukan oleh UMNO/BN yang baik
hati. Inilah angkara durjana yang dilakukan oleh UMNO yang di percayai.
Jangan takut- jika orang2 ini buat salah dan melanun
negara ini, kita akan hantar meraka ke jel. Tidak kira Syed MOkhtar atau YTL,
atau Ananda, atau sesiapa sahaja, kita akan jel mereka. Kita akan jelkan
penaung2 politik yang memudah-cara rompakan2 ini.
Percayalah- tidak ada orang yang boleh melakukan lebih
teruk seperti yang dilakukan oleh puak UMNO/BN!
No comments:
Post a Comment