Dalam keadaan terdesak , UMNO pula
cuba melawan bom nuklear yang diletupkan oleh Bapak Saiful dengan mengadakan
sidang medianya tersendiri. Di dalam sidang tersebut yang baru sahaja selesai
dilangsungkan, Saiful pula cuba mengajar bapaknya untuk kembali ke pangkal
jalan.
Semua orang sahaja tersenyum melihat
gelagat UMNO yang kini bagai cacing kepanasan. Anak pula yang mengajar bapa.
Nasib UMNO kini benar benar mirip
kerajaan Jepun dan Nazi semasa pengakhiran Perang Dunia Kedua dimana ramai cuba
meninggalkan kapal bahteranya yang nampak sudah nak karam.
Pertama, pengakuaan bapa Sayful
sekali gus menghancurkan segala percubaan untuk mempalitkan Dato Seri Anwar
Ibrahim dengan pelbagai isu. Ianya menghancurkan percubaan mempalitkan Dato
Seri Anwar dengan isu pencerobohan Lahad Datu, ianya menghancurkan percubaan
mempalitkan DSAI dengan isu China Doll, ianya menghancurkan percubaan
mempalitkan DSAI dengan isu Sodomi 1 dan Sodomi 2.
Ini kerana, semakin lama DSAI cuba
dipalitkan dengan seberapa banyak isu yang boleh, maka semakin sukar ianya
untuk dipercayai oleh rakyat jelata. Dengan adanya pengakuaan Bapa Saiful, maka
rakyat telah mendapat bukti jelas yang segala segalanya hanya perbuatan jahat
yang bertujuan untuk memfitnah DSAI dan mewujudkan persepsi negatif
terhadapnya.
Kedua, pengakuan bapa Sayful umpama
meletupkan peluru berpandu di kampung UMNO. UMNO telah menghabiskan masanya
berkempen secara habis habisan untuk membunuh karektor politik DSAI. Tujuan
UMNO bukannya untuk memuliakan diri mereka tetapi untuk membuat DSAI kelihatan
lebih teruk dari mereka.
Tetapi sekarang sebaliknya yang
berlaku. Dahlah UMNO sinonim dengan pemimpin lemah, tidak patriotik, perasuah,
kurang pandai, penuh dengan masalah dalaman, rasa bongkak, tidak demokratik,
mata duitan dan mencipta isu demi survival politik, racis, berfikiran sempit
tetapi kini mereka bakal dikategorikan sebagai pemfitnah.
Dengan adanya pengakuan bapa Sayful
ni, maka UMNO tiada lagi sebarang lunas ataupun landasan untuk berkempen. Kalau
nak berkempen kononnya pemimpin UMNO ni satu satunya pemimpin Melayu yang
disegani, tak boleh kerana orang yang mendengar tu muntah.Kalau nak berkempen
kononnya mereka pejuang Melayu terakhir - tak boleh kerana Perkasa dah ambil
tempat tu terlebih dahulu. Kalau nak berkempen konnonya UMNO ni mempertahankan
kedaulatan negara - tak boleh kerana UMNO mendalangi projek IC yang ditolak
lebih 90% pengundi. Kalau nak kempen kononya "Anwar Ibrahim itu .."
tak boleh. Tak sampai UMNO nak habiskan ayatnya orang dah lempar slipar!
Maka berlumba-lumbalah tikus
meninggalkan bahtera UMNO yang sudahpun dah nak karam. Tan Sri Musa, yang
sekian lama cuba menjadi mahluk dua alam dijangka akan berbuat sama. Kemudian
ianya akan diikuti oleh bekas orang kuat UMNO sehingga tiada lagi pelampung
keselamatan.
Dan setelah itu, maka berkaramlah
bahtera UMNO sambil disambut sorakan dan tepuk tangan oleh kesemua rakyat
Malaysia.
Kerana terlalu menggelupor dan
hilang punca , maka beliau dan pengarah filem lupa ''touch upkan'' tanda iman
di dahi Haji Saiful Bukhari seperti biasa semalam pada sidang media beliau di
bandingkan kunjungan nya ke Tanah Suci Mekah kerana mengerjakan Haji pada 2012
. lupa skrip lagi der
1 comment:
Makin kuat puak PAS berdoa tunjukkan kebenaran makin banyak terbongkar kebusukan pemimpin2 PAS terjadi.
Allah Maha Besar...
Jangan permainkan kalimah Allah....
----------------
ex PAS...
Post a Comment