DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, February 15, 2013

SISTEM NEGARA INI ROSAK KERANA IA DIPIMPIN OLEH SEGEROMBOLAN BABI-BABI YANG AKUI DIRINYA YANG BERSIH-PIHAK LAIN SEMUANYA KOTOR



Demokrasi apakah ini?
Abu Umar, Harakahdaily


Tidak pernah terlintas di fikiranku seorang Perdana Menteri yang dipilih atas landasan demokrasi boleh mengugut dan merasuah rakyatnya di atas pentas kerajaan. Seolah-olah kerajaan ini parti dia yang punya. Seolah-olah kakitangan awam itu semuanya dibayar gaji dan pencennya oleh Barisan Nasional. Seolah-olah dunia ini akan kiamat jika bukan BN yang menang? Demokrasi apakah ini?


 Sewaktu belajar di Ireland, aku melihat integriti dan professionalisme yang tinggi. Ireland mempunyai sejarah hitamnya yang tersendiri. Fanatik Kristian Protestan dan Katholik membawa kepada implikasi sosiopolitik yang hakikatnya merumitkan  demokrasi. Namun, isu-isu kepartian hanya menonjol sewaktu pilihanraya dan isu-isu yang ditonjolkan melambangkan idea dan gagasan yang diperjuangkan, jauh sekali slogan ataupun janji-janji manis  jalanraya ataupun stadium apatah lagi serangan peribadi mahupun ugutan-ugutan yang tidak dapat diterima oleh akal-akal yang memahami hak dan kebebasan individu yang dibela oleh prinsip demokrasi.

 Demokrasi menekankan hak dan kebebasan individu untuk memilih. Hari ini, hak dan kebebasan tersebut dikawal sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Rakyat diberitahu berulang-ulang kali bahawa mereka sahajalah yang membawa pembangunan, mereka sahajalah yang berjuang demi kemerdekaan, mereka sahajalah yang bertungkus lumus menjana ekonomi negara, mereka sahajalah yang bekerja di agensi kerajaan. Rakyat tidak diberi pilihan yang seluasnya, media arus perdana dilacur habisan sehinggakan timbul satu kefahaman di mana yang baik itu datangnya dari Barisan Nasional dan yang lemah serta pincang itu datangnya dari parti selainnya. Demokrasi apakah ini?

Harus difahami konsep demokrasi yang sebenarnya adalah untuk membentuk sebuah pemerintahan yang membawa keuntungan kepada pemilih iaitu rakyat. Demokrasi tidak memberi sebarang pemberat kepada parti politik sebaliknya penekanan utama adalah rakyat diberi kebebasan maklumat dan hak untuk memilih. Hari ini, kebebasan tersebut dicabul oleh BN dengan sewenangnya. Ahli politik lebih berkuasa daripada pegawai kerajaan walhal seharusnya tugas ahli politk adalah mewakili rakyat dan menggubal dasar dan bukannya mencampuradukkan urusan tadbir negara demi kepentingan mereka ataupun parti.

Oleh itu, bukan tugas ahli politik untuk menentukan di mana jalanraya perlu dibina, kerana kalau lah sememangnya tugas ahli politik, maka BN seharusnya dibuang jauh-jauh dari peta politik Kelantan. bancian penggunaan jalan raya oleh kementerian kerja raya telah berkurun menunjukkan bahawa rakyat Kelantan berhak kepada  lebuhraya, namun diketepikan oleh pemimpin BN untuk dijadikan rasuah pilihanraya. Demokrasi apakah ini?

Sistem pendidikan negara adalah mangsa kerakusan BN. Sekolah-sekolah umpama bilik gerakan BN, digunakan sewenangnya untuk terus menguasai fikiran rakyat. Polemik PPSMI yang tidak berkesudahan hanya menunjukkan kelemahan BN untuk merancang agenda pendidikan yang utuh demi rakyat. Sebaliknya BN tidak mahu rakyat yang berilmu, berfikiran terbuka, kritis, analitikal ataupun sekurang-kurangnya faham apa itu demokrasi. BN hanya mahu rakyat yang boleh ditipu oleh pembaca berita Buletin Utama dan boleh diperkuda sebagaimana BN memperkuda warga pendidik untuk hadir ke program-program mereka. Aku cukup sedih dengan warga pendidik yang merupakan kakitangan awam paling ramai di Malaysia tetapi seringkali dipergunakan oleh BN sehinggakan permohonan tukar tempat kerja pun memerlukan sokongan BN. Walhal, BN yang sepatutnya menagih sokongan mereka. Demokrasi apakah ini?

Di universiti, kebebasan ahli akademik dibataskan hanya pada dewan kuliah dan makmal sahaja. Pelantikan professor dikawal sepenunya oleh ahli-ahli politik. Di barat, aku melihat ahli akademik disanjung atas kredibiliti dan integriti mereka, muncul dengan bebasnya di media dengan kemantapan idea dan hujah  tanpa mengira pendirian parti yang memerintah . Malangnya, di tanah tumpah darah ini, hanya ahli akademik yang mereka golongkan  sebagai "orang kita" sahaja yang ditonjolkan. Natijahnya, lahirlah yang mahasiswa yang kaku, menunggu untuk disuapkan, tiada kreativiti mahupun inisiatif dan mandulnya dunia akademia.

Di Kementerian Kerja Raya pula, mesyuarat mereka umpama mesyuarat parti. Projek hanya dijalankan di kawasan BN dan pencalonan kontraktor perlu mendapat restu wakil rakyat BN. Natijahnya, projek dianugerah kepada konco BN yang tidak pernah membina sebatang jalan ataupun sebuah rumah pun sebelum ini, inikan pula nak bina jambatan atau bangunan sekolah. Tengok sahaja pada projek makmal komputer, berapa peratuskah yang berjaya tetapi berapa keratkah yang dipanggil spr? Tengok sahaja pada Jambatan Sultan Yahya Petra, berapa tahun baru siap? Itupun setelah beberapa kali tukar kontraktor dan berapa juta kos meningkat? Namun, atas sebab PRU semakin dekat,  diseparuhsiapkan juga.

Terkini, para pemimpin BN dengan bangganya menjaja pemberian BR1M sebagai usaha BN walhal wang tersebut adalah wang rakyat. Cukup meloyakan apabila tanpa segan silu mereka berdiri di atas pentas-pentas kerajaan, mengakui pemberian tersebut adalah daripada BN sempena pilihanraya. Kewajaran pemberian tersebut tidak dipersoalkan sama sekali. Di Ireland, pemberian sebegini termaktub sebagai hak rakyat dan bukannya pada simpati mana-mana parti. Malah, pemberian tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan mereka membebaskan rakyat daripada kemiskinan. Berbeza dengan BRIM yang bersifat once off, BN sekali lagi menonjolkan kerakusan mereka kepada kuasa seolah mereka tidak akan mati. Mereka hanya mahukan undi, mereka tidak mahukan masyarakat yang maju dan berdaya saing. Mereka hanya mahu pulang tidur lena memikirkan duit rakyat yang telah ditabur untuk undi yang mereka tidak pernah layak

Tulisan ini mungkin tidak berkesudahan, sebagai penjawat awam aku sudah muflis kosa kata untuk dicoretkan bagi menggambarkan betapa hancur luluhnya hati ini melihat BN yang selama pemerintahannya telah gagal mengurus tadbir negara ini dengan baik. Harus diingat segala pencapaian negara selama ini, di sebalik kelemahan dan ketamakan BN, hanya menunjukkan betapa besarnya potensi yang kita miliki untuk maju. Oleh itu, aku menyeru atas nama demokrasi, buanglah BN daripada kerajaan. Jauh di lubuk hati, penjawat awam terutamanya menyedari hakikat kezaliman BN terhadap rakyat Malaysia. Oleh itu, marilah kita bersama bangkit melawan kejahilan BN terhadap prinsip dan nilai demokrasi. This is it!

3 comments:

orang orang said...

mereka ni bukan saje babi tapi anjing,tenok,cipan,tapir, jembalang tanah,setan gondol,sundal bolong,langsuwey,kerja nak menghisp darah je...tapi yang paling sialnya cip diorang ni setan tua kutuk nak mampos madey keling paria dari kerala,setan tua ni patut diketuk kepalanya pasal setan tua ni yang bawa malapetaka kat orang melayu.........khhhhhaaak tuiiii

Anonymous said...

Yang memerintah macamni ini bukan babi namanya ini golongan ini dipanggil BINATANG YAHUDI KOMINIS LAKHANATULLAH

Anonymous said...

semua yg memimpin negara skrg adalah lanun2 moden yg merompak harta rakyat demi tembolok masing2... semoga kerajaan skrg tumbang pd PRU 13 nnt...semua yg terpalit dosa dan noda pasti akan dihukum...insyaallah