DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, February 8, 2013

SAH : PASUKAN POLIS MEMANG MENJADI BARUA KEPADA UMNO DARI DULU LAGI-KLIP VIDEO INI MENJADI BUKTINYA-OLEH SEBAB ITU APABILA BERLAKUNYA KEKECUHAN DALAM SEBARANG AKITIVITI PR YANG DITIMBULKAN OLEH SAMSENG-SAMSENG UPAHAN UMNO-PASUKAN POLIS MEMBIARKAN DAN BERTINDAK SEBAGAI PEMERHATI SAHAJA-RUPA-RUPANYA PASUKAN POLIS TELAH BERPAKAT DENGAN PEMIMPIN UMNO TEMPATAN




‘Kalau Mazlan terlepas masuk, kita buat huru-hara’

KUALA LUMPUR: Satu rakaman video menunjukkan mesyuarat membincangkan perancangan untuk menghalang ceramah Anak di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 4 Februari lalu tersebar di internet.

Rakaman sepanjang 15 minit itu dimuat naik ke
Youtube sejak semalam dengan tajuk "Perancangan jahat Umno untuk serang ceramah ANAK
".

Rakaman itu antara lain memaparkan sekumpulan orang mendengar penerangan dari pengerusi mesyuarat yang dipercayai Pengerusi Felda Sungai Tengi, berhubung tindakan untuk menghalang rombongan Presiden Anak, Mazlan Aliman.

Antara lain, pengerusi mesyuarat tersebut menyebut, "Jika Mazlan terlepas masuk, kita ikut arahan polis supaya kita buat huru-hara".

Beliau turut menyebut arahan tersebut adalah dari pegawai polis daerah Kuala Kubu Baru.


Bagaimanapun kata pengerusi mesyuarat tersebut, sebolehnya jangan berlaku pergaduhan.

Dalam pada itu maklumat yang turut dinyatakan di Youtube itu mendakwa antara yang terlibat dalam sekatan tersebut termasuk pengurusan Felda Sungai Tengi, peneroka, Perkasa dan beberapa lagi NGO dari luar yang turut diminta membantu mereka.

Sementara itu, Mazlan dalam komen ringkasnya di Facebook berkata, rakaman mesyuarat tersebut akan diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.

"Motif menghalang saya dan Anak hanya semata-mata Anak kononnya pertubuhan haram.

"Terima kasih kepada indiividu yang merakam dan share dlm laman sosial spt ini," tulisnya.

No comments: