KUALA
LUMPUR:
Mampukah Malaysia melalui peralihan kuasa yang aman dengan Pakatan Rakyat
menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan Malaysia yang baru di Putrajaya
pada PRU13?
Demikian
persoalan yang dilontarkan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berhubung
pengiraan detik 56 hari menuju PRU13.
Beliau
berkata, sekiranya dapat dicapai dalam PRU13, maka ia akan mengubah aib Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dalam kemelut Psy dan Gangnam Style yang
menjadi rahmat kepada negara.
Ini,
ujarnya membolehkan Malaysia membuka halaman baru untuk mencapai Merdeka Kedua
yang mana rakyat Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan bukannya bersaing
sesama sendiri tetapi dengan negara-negara lain dalam dunia.
Katanya,
kemunculan Psy dan Gangnam Style pada pesta Tahun Baru Cina Barisan Nasional di
Pulau Pinang sepatutnya menjadi hiburan dan rampasan kuasa politik di dalam
sejarah negara sehingga Najib, Umno dan Barisan Nasional mendapat majoriti dua
pertiga parlimen tetapi telah bertukar menjadi kemusnahan besar politik dan
perhubungan awam.
Tambahnya,
tiga aib besar yang menimpa Najib dan Umno BN dan yang lebih buruk lagi turut
memalukan negara, iaitu:
-
Video satu minit “tiga Ya untuk Psy dan tiga Tidak untuk BN” yang pantas
tersebar selepas kemeriahan di Sekolah Han Chiang ditonton hampir setengah juta
di You Tube daripada banyak laman sejak Isnin.
-
Video lima minit “Psy
tiada, Najib/BN merah muka ketika acara menggaul yee sang”, video kedua tentang
kemunculan Psy di pesta Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang yang pantas
tersebar, memaparkan Perdana Menteri, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah dan
menteri kabinet menunggu bintang Korea itu selama lima minit untuk menyertai
mereka dan tersipu-sipu meninggalkan pentas tanpa menggaul yee sang apabila Psy
menolak. Ini merupakan kejadian yang merosakkan maruah negara dan memalukan
semua rakyat Malaysia tidak kira PR atau BN – yang mana Perdana Menteri dan
mantan Perdana Menteri terpaksa mengorbankan maruah negara demi kehangatan
K-pop Korea.
-
Psy menolak untuk mempersembahkan “Gangnam 1Malaysia Style”. Najib telah
mengumumkan di atas pentas selepas kerosakan “3 Ya untuk Psy dan 3 Tidak untuk
BN” berkenaan “persembahan menarik” Psy, mengisytiharkan “(Psy) is ready for us and he will
show you the proper Gangnam Style…and I am told he has a surprise for you – the
Gangnam 1Malaysia Style” tetapi Psy tidak mempersembahkan kejutan
“Gangnam 1Malaysia Style” menghancurkan harapan Najib dan peluang pemimpin BN
seperti Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen untuk menari “Gangnam
1Malaysia Style” dengan bintang pop Korea Selatan itu di Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment