Oleh
: Suhaimi A, Harakahdaily
Di
zaman pak menteri sebelum Najib Razak, kebiasaannya parlimen akan dibubar tidak
sampai lima tahun dan sudah semestinya rakyat tidak tertunggu-tunggu bagi
memangkah calon pilihan. Namun begitu, sejak kebelakangan ini isu tarikh
pilihan raya dan pembubaran parlimen seolah menjadi isu dan sentimen bagi
rakyat terutamanya yang “berniat” untuk ubah kerajaan serta menyingkirkan United Malays National Organization.
Seperti
biasa saya menikmati secangkir kopi di waktu pagi dan membaca beberapa laman
portal, saya berasa sangat terkejut apabila membaca kenyataan Najib Razak yang menegaskan
bahawa parlimen hanya akan dibubar apabila semua pihak termasuk rakyat sudah
bersiap-sedia.
Selain
itu, saya begitu terkejut dengan kenyataan ‘poyo’ Najib yang jelas menunjukkan
bahawa kerajaan Barisan Nasional sedang menanggung kesakitan atas desakan
rakyat yang mahukan perubahan. Najib mengingatkan bahawa dalam pilihan raya,
satu undi untuk BN, satu bagi menyokong tranformasi dan satu lagi bagi
memastikan kestabilan dan keamanan negara. Saya melihat kenyataan anakanda Tun
Abdul Razak ini sebagai petanda bahawa kerajaan Barisan Nasional benar-benar
ketandusan idea. Oleh sebab itu, mereka hanya bermain dengan sentimen lama.
Jika
pembaca teliti dalam membaca sejarah, di zaman Dr. Mahathir Mohamad dahulu
rakyat begitu cepat termakan dengan dakyah dan sentimen keamanan serta
perpaduan Melayu. Ketika itu wujud budaya takut atau “culture of fear” yang
menghalang rakyat daripada mengkritik atau menyuarakan pendapat atas apa yang
berlaku. Ketika itu rakyat seolah tidak dibenarkan langsung menyuarakan pendapat
yang tidak selaras dengan gagasan kerajaan. Media dikawal ketat oleh
undang-undang, pergerakan rakyat juga terbatas.
Justeru,
saya ingin mengingatkan kepada Najib Razak dan rakan-rakan supaya bercakap dan
bertindak dengan lebih bijak kerana ketika ini budaya membaca dan mengambil
tahu sudah semakin meluas terutamanya kepada anak muda. Usah bermain dengan
sentimen tipikal yang hanya menimbulkan rasa amarah rakyat.
Dari
apa yang berlaku saya pasti bahawa rakyat dapat membaca pihak mana yang sebenarnya
belum bersedia dalam menghadapi pilihan raya.
United Malays National Organization dan sukunya di dalam Barisan
Nasional makin terdesak.
Rakyat
tuntut disegerakan pembubaran parlimen!
Are you ready for election?
No comments:
Post a Comment