Mahathir sudah tidak mampu berfikir lagi
Oleh : Aspan Alias
Oleh : Aspan Alias
Dr Mahathir semakin hari semakin
tidak berpedoman dengan meminta supaya dipinda Perlembagaan untuk memberi kuasa
kepada kerajaan melucutkan kerakyatan kepada peguam-peguam seperti Ambiga,
Pengerusi Bersih dan yang lain-lain. Ini di sebabkan Mahathir tidak selari
dengan pemikiran manusia yang bertamaddun dan selari dengan kehendak masa dan
zaman rakyat dan negara. Mereka dianggap sebagai penentang kerajaan oleh Dr
Mahathir. Sikap Dr Mahathir semakin hari semakin mencacau dan tidak lagi
menampakkan ciri-ciri seorang yang berkepimpinan untuk sebuah negara demokrasi
yang beliau pernah pimpin ini.
Dengan sikap Dr Mahathir ini maka
semakin hari semakin jelas membuktikan yang bekas PM ini merupakan orang yang
bertanggungjawab menjadikan minda rakyat beku khususnya orang Melayu yang
beliau pimpin melalui UMNO selama dua dekad itu. Bagi Mahathir memberikan
tekanan untuk meningkatkan ketelusan dan kebersihan di dalam pilihanraya
negara. Memberikan pandangan yang berbeza dan mendesak untuk mendapatkan hak
rakyat itu adalah salah kepada pemimpin yang sudah lama bersara ini.
Elok kita bertanya kepada Dr
Mahathir apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Ambiga sehingga Mahathir
bermain dengan pandangan yang Ambiga layak dilucutkan kerakyatannya kerana
meminta diadakan pilihanraya yang bersih. Bukankah kita sedang melihat ketidak
adilan pihak berkuasa dalam menghadapi pilihanraya ini?
Bukankah kita melihat dan menonton
saluran TV yang hanya di kuasai oleh UMNO dan BN dan tidak memberikan peluang
kepada pihak pembangkang untuk pemimpin-pemimpinnya mendapatkan peluang untuk
berhubung dengan rakyat? UMNO boleh menggunakan saluran-saluran TV yang ada
untuk membidas pihak pembangkang tetapi dalam sebuah demokrasi pembangkang
berhak untuk di berikan peluang yang sama untuk menjawab tuduhan dan tohmahan
pihak kerajaan melalui saluran-saluran TV itu.
Bukankah Bersih dan Ambiga menuntut
keseimbangan peluang untuk kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan liputan
masing-masing. Apakah salah bagi sesiapa yang tertekan untuk mendapatkan
pembelaan. Kenyataan Mahathir ini memaparkan kepada kita yang Mahathir hanya
berani melawan musuh yang diikat dan saya selalu mengatakan bahawa sesungguhnya
Mahathir merupakan seorang pengecut dari dulu sehingga sekarang. Mahathir bijak
menutup sikap pengecutnya kerana beliau pandai menggunakan orang lain untuk
menyokongnya dengan memelihara politik dan kepentingan kroni dan pengampu
beliau selama ini.
Mahathir telah membentuk kumpulan
kepimpinan di sekeliling beliau yang tugas mereka hanyalah untuk menghiburkan
beliau semata-mata. Hanya mereka yang berjiwa kecil dan fakir sahaja yang suka
kepada ampuan sahaja dan tidak boleh di tegur dan dikritik. Mengkritik beliau
atau kerajaan yang di sokong beliau dianggap sebagai pengkhianat dan layak di
lucutkan kerakyatan mereka. Bagi Dr Mahathir sesiapa yang membangkang itu
adalah pengkhianat negara dan rakyat selayaknya hanya untuk menjadi pengangguk
dan pengampu sahaja.
Semasa Dr Mahthir sehingga sekarang
ini demokrasi tidak terlaksana dengan adil. Bagi pimpinan UMNO dan BN itu
mengadakan pilihanraya itu merupakan satu-satunya ciri demokrasi, tetapi cara
pilihanraya itu diadakan sesungguhnya jauh dari demokratik. Pihak pembangkang
selama ini diikat dan digari dan UMNO membelasah mereka yang tergari ini. UMNO
tidak berani bermain di atas padang yang rata. Bagi UMNO digari dahulu barulah
mereka berani berlawan.
Sifat UMNO yang di tonjolkan oleh
Mahathir itu telah pun sama-sama kita lihat seperti yang dilakukan keatas
seorang jaga yang telah di belasah dan di bunuh oleh pasukan polis semasa jaga
itu masih di gari baru-baru ini. Mayatnya masih tergari semasa sampai di bilik
mayat hospital. UMNO begitulah sikapnya. UMNO hanya berani berlawan apabila pembangkang
di ikat tangan mereka. Hendak berlawan secara demokrasi yang tulin sampai
sekarang UMNO belum berjaya membuktikannya kepada rakyat tempatan dan
masyarakat antarabangsa.
Sesungguhnya dari segi moralnya
Mahathir lah yang sepatutnya dilucutkan kerakyatan beliau kerana kerenah beliau
telah memecah belahkan rakyat berbilang kaum yang dahuluinya hidup dalam
situasi muhibbah dan bersatu. Mahathir telah pun mengaku yang beliau terlibat
dalam pemberian kerakyatan kepada pendatang Filipina dan ini merupakan satu
pengkhianatan terhadap negara dan selayaknya dilucutkan kerakyatan beliau
sebaliknya.
Mahathir sudah sebegitu lama
menganggap kesabaran rakyat menahan kerenah beliau itu sebagai kelemahan
rakyat. Beliau terlalu biasa mengambil kesempatan terhadap rakyat dan sanggup
membekukan pemikiran rakyat dan befikir dengan nilai yang terbalik dari nilai
manusia yang biasa. Mahathir telah cuba untuk mengalihkan pusingan dunia ini.
Mahathir cuba untuk membuatkan matahari terbit dari barat dan terbenam di
timur. Mahathir mahu menjadi malam itu
siang dan siang itu dijadikan malam.
Mahathir sesungguhnya tidak bersikap
seperti seorang negarawan seperti yang dilabelkan oleh penyokong beliau
terhadapnya. Negara selalunya tidak merapek dan merapu bila memberikan pandangan
terhadap sesuatu isu. Semakin hari semakin jelas siapa Mahathir sebenarnya.
Beliau hanya sebagai seorang yang
tidak berpendirian yang selari dengan tamadun dan kehendak negara yang kini
sedang menuju kearah perubahan dan pembaharuan dalam semua bidang kehidupan
bernegara.
No comments:
Post a Comment