DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, February 9, 2013

DUA CERAMAH : JELAJAH MERDEKA RAKYAT DAN DEBAT JOM TOLAK PAKATAN RAKYAT YANG MANA DI HATI RAKYAT-LIHATLAH-APA TUNGGU LAGI ‘UBAH’LAH



Ceramah DSAI Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Impian, Jalan Sg Lembing, Indera Mahkota, Kuantan malam tadi sambutan cukup memberangsangkan yang mampu buat Najib dan UMNO tidak lena tidur dan pening kepala.

Walaupun ceramah DSAI di Felda Bukit Kuantan, dijadualkan sebelah petang terpaksa dibatalkan atas keselamatan atas nasihat bila diganggu kacau oleh samseng-samseng upahan UMNO namun ceramah beliau di Indera Mahkota cukup memberangsangkan dari segi sambutan diberikan... Ribuan yang hadir.

 SEGAK DAN BERGAYA BEB..

Debat rakyat anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan Rakyat antara pendebat terkemuka seantaro dunia, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar lawan Penaung Waris Malaya Senator Ezam Md Nor malam tadi 8hb Februari 2013, di Lapangan Letak Kereta Depan KFC, Taman Alam Megah, Seksyen 28, Shah Alam,  Selangor, telah mendapat sambutan yang cukup "hebat dan dahsyat".

Diberitakan tidak kurang " 1 juta yang hadir untuk mendengar kedua pedebat handalan ini berdebat.

Lihatlah sendiri :

                                            BAU BUSUKNYA LORI IKAN..
                         OII RAKYAT DAH MELUAT 50 TAHUN BERI KUASA
                      PEMIMPIN KAYA RAYA-RAKYAT MISKIN PAPA KEDANA


Mereka sungguh terpukau, kagum dan terpesona melihat pedebat dari sealiran dan seanutan politik berdebat.Mereka belum pernah lagi melihat debat, dimana kedua-dua pedebat jadi pencadang di atas lori ikan 3 tan.

Bila salah seorang mengeluarkan hujah seorang lagi menyokong...Langsung tiada bantahan dan bangkangan langsung.

Dahlah debat sesama sendiri.. "Debat" pun nak tiru cara Jelajah Merdeka Rakyat Bas (PKR) dan Jom Ubah Treler (DAP) iaitu "berdebat" atas lori ikan 3 tan.


Inilah dinamakan DEBAT PALING BANGANG DALAM DUNIA!!!!!
.. DEBAT YANG MENJADI BAHAN KUTUKAN OLEH DUNIA LUAR.

Sumber : Omak kau

No comments: