Ketidak puasan hati terhadap UMNO
memimpin negara sebenarnya sudah lama di rasakan oleh rakyat khususnya bagi
mereka yang boleh berfikir dan menilai sesuatu isu itu dengan baik, telus, ikhlas
dan rasional. Hanya mereka tidak perasan yang ketidak puasan mereka itu sudah
bersemi di dalam diri mereka sebegitu lama.
‘Sub conscience’ mereka yang
inginkan perubahan itu sudah berada di dalam diri mereka sebegitu lama. Hanya
setelah mereka nampak ketidak telusan dan elemen-elemen negatif sudah menjadi
sebegitu jelas berlaku maka barulah
mereka menzahirkannya melalui parti-parti politik dan NGO-NGO dan
berbagai-bagai saluran yang lain. Mereka kini menzahirkan rasa tidak puas hati
itu dengan terbuka, lebih-lebih lagi zaman komunikasi yang canggih yang menjadi
cara hidup rakyat di zaman kemajuan ini.
Di dalam sesebuah negara demokrasi
elemen terpenting yang penyaluran ‘informasi’ yang aktif dan terbuka dan elemen
ini sudah menjadi begitu maju sehinggakan kerajaan yang selama ini menekan dan
menutup segala ‘avenue’ untuk rakyat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku itu
tidak lagi berdaya untuk membendungnya.
Di negara ini, jika penyaluran
maklumat itu berlaku dengan baik dua puluh tahun dahulu gerakan perubahan yang
sekarang ini sepatutnya berlaku dalam tempuh itu untuk memberikan semangat
melakukan gerakan perubahan itu. Semasa itu orang ramai sudah merasakan keadaan
ini tetapi tidak terzahir kerana tidak mempunyai saluran maklumat yang bebas,
salah satu dari elemen penting di dalam sesebuah demokrasi itu.
Keadaan itu sudah berubah. Apa-apa
maklumat pun dari serata pelusuk dunia boleh di ketahui oleh semua asalkan
sahaja seseorang itu tekun dan tidak ketinggalan menerima dan membaca semua maklumat
itu setiap waktu. Tidak banyak perkara buruk yang dilakukan oleh sesiapa dan
semua pihak itu bolih di sorokkan dengan mudah dan tidak juga mudah bagi
sesiapa yang melakukan kebaikan itu dapat di lindungi dari pengetahuan umum.
Di negara kita perasaan gusar rakyat
sudah begitu lama di rasakan tetapi seperti yang saya katakan tadi ia tidak
terzahir dengan jelas dan perasaan itu terpendam di dalam jiwa rakyat sebegitu
lama. Apabila timbul sahaja alasan dan sebab yang datang maka dengan sendirinya
segala perasaan itu terluah dan selalunya ia akan menjadi isu siasah dan
politik yang besar jika perasaan yang terpendam itu adalah perasaan yang
terlalu menekan ramai rakyat jelata.
Perasaan tidak puas hati terhadap
kerajaan sudah mula dirasakan semasa kerajaan ini dipimpin oleh Dr Mahathir
Mohammad apabila beliau telah mengubah segala-gala nilai pentadbiran dan
politik yang menusuk perasaan banyak pihak. Beliau merasakan perkara itu tidak
menjadi kudis kepada kerajaan dan parti pimpinannya kerana UMNO tidak pernah
berusaha untuk merasakan denyut nadi dan jantung perasaan ramai. UMNO merasakan
apa sahaja yang mereka lakukan itu akan di terima oleh rakyat dan tidak akan
ada rakyat menentang terhadap perlakuan kerajaan UMNO itu..
Waktu itu rakyat terpaksa melihat
dan berdiam diri sahaja dengan tindakan kerajaan yang menswastakan keperluan
asas seperti air, letrik, kemudahan perjalanan dan perkhidmatan kenderaan awam
dan berbagai-bagai lagi. Rakyat sudah merasakan keresahan melihat kerajaan
memberikan keistimewaan kepada orang-orang dan individu tertentu untuk berniaga
secara monopolistik. Sekarang gula di niagakan secara monopoli oleh Syed
Mokhtar, misalnya. tepung juga mempunyai kepentingan Syed Mokhtar lagi. Proton dan berbagai-bagai lagi peluang
perniagaan secara monopoli itu di perolehi oleh orang kuat pemimpin besar
negara.
Air yang merupakan keperluan yang
paling asas untuk manusia di peniagakan oleh nama besar dan kroni kepada parti
kerajaan persekutuan dan mendapat gaji melebihi setengah juta ringgit sebulan
sedangkan rakyat di biarkan menjadi mangsa politik oleh pimpinan persekutuan.
Tidak cukup ruang untuk menyenaraikan salah laku pimpinan sejak tiga dekad
dahulu.
Apabila berlaku pertelingkahan di
antara pemimpin dan memecahkan parti dan kesatuan di antara mereka selama ini
maka wujud puak-puak yang melakukan penentangan terhadap kepimpinan kerajaan.
Maka keadaan dan perasaan yang ada di ‘sub conscience’ mereka tadi mula
terzahir dan terburai. Segala yang tersorok menjadi terbuka dan segala kerja hina
yang selama ini terlindung sudah mula terbuka dan menjadi pengetahuan umum.
Rakyat mula menilai semua pihak dan kita rakyat sudah pun hampir 'conclusive'
persepsi mereka terhadap kewibawaan kerajaan pimpinan parti pemerintah selama
ini.
Pendeknya tindakan pihak rakyat
melakukan tentangan terhadap kerajaan pimpinan UMNO pada hari ini merupakan
manifestasi sebenarnya dari rakyat. Mereka (rakyat) sudah begitu lama berfikir
dan terasa diperdaya oleh kerajaan terhadap mereka yang selama ini telah
memberikan sokongan begitu kuat terhadap kerajaan ini. Rakyat sudah begitu
kecewa, kerana kebaikan dan kelembutan mereka selama ini di ambil sebagai
kelemahan oleh pihak pemerintah. Kerajaan dan pimpinan terus-terusan
melakukan segala kerja hina seperti rasuah yang keterlaluan tanpa had itu dan
banyak lagi penindasan yang telah di lakukan secara sistematik itu. Jiwa dan
pemikiran rakyat memberontak kerana dikecewakan oleh parti yang di berikan
kepercayan secara total selama ini.
Kini keseluruhan rakyat terbabit
dengan politik samada secara aktif atau pun pasif. Rakyat tidak sabar-sabar
menunggu hari membuat pilihan itu. Rata-rata rakyat samada yang sudah dewasa
atau pun yang muda-muda, tidak sabar menunggu bagi melunaskan tanggungjawab
untuk menyertai kegiatan dan tindakan untuk perubahan itu. Satu lagi yang ada
di ‘sub conscience’ rakyat ialah tentang cengkaman media perdana yang terlalu
berat sebelah yang digunakan oleh parti pemerintah untuk menghina dan
menistakan usaha rakyat untuk melakukan perubahan terhadap negara yang mereka
sayangi ini.
Di mana-mana pun kita akan di tanya
oleh sesiapa sahaja yang kita berjumpa, ‘bila pilihanraya?’ Sememangnya secara
psikologi nya, jika rakyat biasa menunggu dengan kurang kesabaran untuk
mengundi itu, ia akan membawa perubahan yang drastik. Di mana-mana kita
mendengar rakyat berkata, “Letih menunggu pilihanraya ini”. Ini sahaja sudah
cukup untuk memberikan keputusan awalan pilihanraya itu.
Itulah sebabnya saya selalu berkata
keputusan pilihanraya kali ini adalah ‘predictable’. Hanya hendak menunggu
kenyataan dan keputusan rasminya sahaja.
Sudah menjadi bisikan biasa kita
dengar di mana-mana, “Let’s change! It’s now or never!” kata mereka
No comments:
Post a Comment