Hanya tinggal tidak sampai 3 bulan
sahaja lagi parlimen akan terbubar dengan sendirinya walau pun Najib cuba
mengelakkannya. Inilah pertama dalam sejarah negara penggal parlimen hampir
cukup 5 tahun kerana sebelum ini parlimen dibubarkan paling lama pun 4 tahun
selepas BN memerintah. Kenapa Najib terlalu takut untuk mengadakan pilihan raya
umum sehinggakan ia menyusahkan parti-parti yang bersama dengan Umno dalam BN.
Adakah kerana Najib/Rosmah belum
selesai memindahkan aset-aset mereka keluar dari negara atau beliau cuba untuk
mengadakan darurat agar beliau mempunyai masa untuk mempersiapkan dirinya.
Antara orang yang paling takut pada PRU13 ini ialah Tun Mahathir, mantan PM ke
4 kerana ia melibatkan kepentingan anak-anaknya yang pasti akan tersepit
sekiranya BN kalah pada Pakatan Rakyat.
Jika mengikut kepada ilmu gerak
badan, Mahathir benar-benar rasa tertekan dengan sisa-sisa kuasa yang dimiliki
oleh Umno. Beliau yang terkenal dengan sikap suka memuji diri sendiri dan apa
yang beliau lakukan adalah betul dan tidak kepada pengganti-pengganti
beliau.
Lihatlah
bagaimana beliau dengan berat hati mengaku akan peranannya memerintahkan agar
I/C diberi kepada pendatang asing tetapi masih mengaku apa yang beliau lakukan
adalah betul sebetulnya dengan alasan-alasan yang tak masuk akal.
Tanpa merasa malu, beliau cuba
menegakkan benang yang basah dengan menuduh Tunku lebih teruk kerana memberi
lebih sejuta kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa Malaya baru mendapat
kemerdekaan dari bapak tiri Umno. Apakah beliau ingat rakyat Malaysia buta atau
pun masih boleh diperbodohkan sedangkan apa yang Tunku lakukan adalah mengikut
perlembagaan yang digubal oleh bapak tiri Umno agar setiap bangsa yang datang
sebelum Malaya diberi kemerdekaan, mestilah diberi kerakyatan dengan syarat
mereka wajib taat kepada Raja-Raja Melayu.
Mahathir yang merasakan beliau masih
berkuasa walaupun sudah tidak lagi menjawat jawatan Perdana Menteri telah
mengugut orang Melayu dengan mengatakan yang bangsa Melayu akan pupus jika
Umno/BN kalah pada PRU13 nanti jejas menunjukkan betapa bimbangnya beliau akan
masa depan bisnes anak-anaknya. Benarkah Melayu akan pupus atau berpecah belah
seperti yang beliau laung-laungkan itu kerana yang pasti bangsa Melayu tidak
sesekali berpecah belah tetapi Umno sebenarnya yang berpecah belah.
Bangsa Melayu tetap akan kuat selagi
mereka menolak parti sekular Umno dengan menyokong PAS yang sudah terbukti
berjaya mengangkat martabat bangsa Melayu pada tempatnya iaitu berpaksikan
kepada Islam. PAS dan PR tidak takut untuk menerima kekalahan kerana PAS sudah
berpengalaman lebih dari 55 tahun berjuang. PAS tetap berdiri teguh walau pun
saban pilihan raya mereka kalah kerana pendokong Islam tahu bahawa akan tiba
masanya Islam akan mencapai kemenangan yang gemilang dan terbilang apabila
Allah s.w.t. mengizinkannya.
Hanya Umno dan Mahathir sahaja yang
takut menghadapi kekalahan kerana mereka sudah lama merasa betapa empuknya
kerusi di Putrajaya. Kita sedia maklum hanya orang yang bersalah sahaja yang
takut menghadapi kekalahan kerana mereka tahu geriji Penjara Sungai Buluh
sedang menunggu mereka dengan penuh sabar untuk menyambut para pemimpin agung Umno
dan yang sewaktu dengannya.
Pakatan Rakyat bukannya sezalim
Mahathir atau pun Umno/BN, mereka pasti akan diadili dengan adil tanpa ada
campur tangan dari mana-mana pemimpin PR yang akan memimpin negara nanti. Tidak
mustahil parti Umno akan terpapar di muzium untuk tatapan generasi akan datang
menambahkan ilmu yang parti keris ini pernah memerintah negara dengan penuh
kezaliman sehingga sanggup membunuh rakyatnya sendiri demi untuk terus
berkuasa.
Maka marilah kita sama-sama membaca
al-Fatihah buat parti Umno yang telah dikuburkan oleh rakyat Malaysia pada
PRU13. Semoga segala kejahatan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa semasa
pemimpin mereka memerintah negara diampunkan dosa-dosa mereka oleh Allah
s.w.t..... Aminnnnnn.
No comments:
Post a Comment