DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, January 23, 2013

PATUTKAH SEORANG YANG MEMEGANG JAWATAN SELAKU KETUA AGAMA SANGGUP MENCEMARKAN KEMULIAAN AGAMA YANG IA MENJADI KETUANYA-BACA DAN RENUNGLAH PUNCA KEMUSNAHAN ISLAM DI NEGARA INI



Persoalan:

Dalam bulan yang mulia ini, bulan Rabiulawal yang bermaksud bulan bermulanya musim bunga. Pada kebiasaannya, di Tanah Arab pada bulan inilah tanaman dan pokok-pokok buah-buahan mulai berbunga dan seterusnya akan berbuah.Pada bulan inilah juga, pada 12 Rabiulawwal, tahun gajah Nabi Muhammad Rasulullah SAW dilahirkan. Nabi akhir zaman yang membawa cahaya menerangi manusia menuju ke jalan Allah SWT, jalan yang diredhai dengan mempertingkatkan amal makrof nahi mungkar.

Tetapi sayang seribu kali sayang, manusia (bukan semua) yang dikurniakan dengan pelbagai nikmat kekayaan, kemewahan, kuasa, kedaulatan, kemuliaan dan senantiasa disanjung oleh setiap rakyat didapati setengahnya tidak menyukuri nikmat Allah berikan. Sangup melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi (telah menjadi budaya) dan secara terang-terangan di depan mata rakyat dalam sebuah majlis social yang tidak patut dihadiri oleh seorang yang menjadi ketua agama yang konon-kononnya menjaga kesucian dan kemuliaan Islam.


Ramai rakyat beranggapan, sebahagian daripada mereka tidak layak sama sekali memegang Ketua Agama Islam Negeri kerana kehidupan mereka bergelomang dengan dosa dan noda, tetapi atas dasar dinasti mereka yang tidak pernah merasa malu dan insaf sanggup memegang jawatan tersebut. Sebenarnya mereka tidak layak sebutir zarah pun untuk memegang jawatan tersebut sebab itulah timbul macam-macam isu ugutan, larangan dan semacamnya macam ‘orang mabuk’

 Kehidupan mereka penuh dengan kepura-puraan.

Berbalik kepada gambar yang dipaparkan di atas:
- Apakah Mufti Selangor sedar majlis sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam itu dihadiri oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah?

- Apakah wajar seorang yang diwartakan sebagai Ketua Agama Islam negeri menghadiri majlis seumpama itu?

- Apakah tindakan Mufti Selangor setelah mengetahui seorang yang diwartakan sebagai Ketua Agama Islam negeri bukan hanya menghadiri majlis sosial yang mengkhayalkan, malah kelakuan Sultan Sharufuddin Idris Shah yang terlalu lucah dengan melagakan pipinya dengan wanita bukan muhrimnya, Kavita Kaur?

- Apakah Mufti Selangor tidak berasa malu dan bersalah kerana gagal menjadi penasihat agama kepada Sultan Selangor?

- Apakah orang yang berkelakuan sepertimana yang dilakukan olih Sharafuddin Idris Shah layak diangkat sebagai Ketua Agama Islam negeri?

Perakuan: Saya, Mohd Sofi Yassin bertanggungjawab terhadap titipan dan gambar-gambar yang dipaparkan di sini kerana rasa bertanggungjawab untuk menegur sesama Islam dan saya juga rasa bertanggungjawab terhadap kesucian agama junjungan saya, ISLAM. Saya merasa malu, sedih dan tercabar apabila orang yang diangkat menjadi ketua agama Islam negeri berkelakuan amat bertentangan dengan apa yang dituntut dalam ajaran Islam.

Pada hemat saya, Sultan Sharafuddin Idris Shah seharusnya menjadikan ikon dalam membudayakan keagongan dan kesucian Islam sepertimana yang telah dilakukan olih sultan Kelantan, Sultan Muhammad V  Tuanku Muhammad Faris Petra.

Salaam Persaudaraan Islam,

No comments: