PENGAKHIRAN BAGI NAJIB & ROSMAH: PKR BAKAL HALANG
PERJANJIAN LTAT-DEEPAK-ROPIAAH
Written
by Wong Choon Mei, Alaa Soleiman, Malaysia Chronicle
Bersumpah
akan mempertahankan dana pencen Angkatan Tentera dari disalahgunakan oleh
pemimpin kerajaan tertinggi, Ketua Pembangkang dari parti PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim telah menuntut pentadbiran Najib memberi maklumat sebenar tentang
perjanjian yang melibatkan RM160 juta bagi pembelian semula tanah milik
Kementerian Pertahanan.
Respon
dari PKR ini berikutan berita semalam yang mengkhabarkan bahawa unit dana
pencen angkatan tentera 'Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah bersetuju
untuk membayar RM30 juta kepada ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan
dan RM130 juta pula kepada firma Raja Ropiaah, Ketua Wanita Umno Selangor.
Pengarah
strategik PKR Rafizi Ramli menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi di atas "penyalahgunaan kuasa yang
melampau", dalam menerangkan tentang transaksi terbaru yang melibatkan 223
hektar tanah Kementerian Pertahanan di Bukit Raja, Selangor sebagai "rasuah
secara terang-terangan" dan " kes pelaburan paling buruk pernah
berlaku".
"Ia
jelas menunjukkan bahawa RM30 juta untuk memperoleh 80% Astacanggih (firma
Deepak) dan yang RM130 juta yang dibayar (kepada firma Raja Ropiaah) untuk
tanah yang hampir tidak wujud adalah penyalahgunaan kuasa secara
terang-terangan oleh Zahid Hamidi. Saya berani mengatakan bahawa Najib telah
menugaskan Zahid untuk mengendalikan hal ini dengan apa jua cara sekalipun,
"Rafizi, juruaudit terlatih di UK, memberitahu sidang akhbar pada hari
Sabtu.
"Anda
boleh meminta mana-mana penganalisis pelaburan atau penyelidik dan mereka akan
memberitahu anda ini bukanlah satu pelaburan yang baik. Jadi mengapakah
kerajaan persekutuan melibatkan diri dalam pelaburan yang buruk itu? Kita hanya
boleh menyimpulkan bahawa ini bertujuan untuk mendiamkan Deepak dan untuk
menutup keseluruhan isu itu. "
Rasuah yang nyata?
Deepak,
yang pernah menjadi teman akrab isteri Najib, Rosmah Mansor, pada tahun 2007
telah membeli tanah dari firma Raja Ropiaah Awan Megah dengan nilai kira-kira
RM120 juta iaitu RM12 meter persegi. Tetapi perjanjian telah terbengkalai dan
surat tanah masih belum diserahkan kepada unit Astacanggih, Cebur Megah.
Ini
menyebabkan di Deepak menyaman Ropiaah dan Awan Megah bagi tindakan spesifik
dan "niat jenayah", kementerian Pertahanan serta para pegawai di
Pejabat Tanah dan Galian kerana tidak melepaskan surat tanah kepada Cebur
Megah.
Deepak
juga menuduh Ropiaah 'mencuri' dan menjual salah satu daripada tiga bidang
tanah kepada GuppyUnip Sdn Bhd dengan nilai RM16 meter persegi. Kes itu telag
didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur lewat bulan lepas, dengan Deepak
sendiri menjadi saksi. Ia telah ditangguhkan hingga Disember 14 tetapi tertunda
sementara menunggu penyelesaian yang dikatakan Deepak ‘dipaksa’ keatas dirinya
dan juga firmanya.
"Ia
memang benar bahawa pemegang saham dan diri saya sendiri telah menjual saham
kami di Asta Canggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami
iaitu RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta dalam bentuk sumbangan politik,
RM7 juta bagi kos kewangan dan RM2 juta untuk prosedur undang-undang dan kos
lain. Ini adalah keputusan yang telah dipaksa ke atas kami, "kata Deepak
dalam mesej teks pada hari Jumaat.
Menyelamatkan tabung pesara Angkatan Tentera
Pertelingkahan
memuncak apabila Deepak mendakwa ada 'tangan gelap' yang dibelakang perjanjian
itu. Dia menuduh keluarga Najib menerima berjuta-juta ringgit sebagai balasan
kepada Najib yang telah menyalahgunakan kuasanya dalam meluluskan perjanjian
itu.
Najib,
yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan, masih tidak
memberi apa-apa jawapan kepada siri dakwaan berat yang telah dileparkan
walaupun rakyat semakin jijik dan mendapat tekanan dari parti politiknya
sendiri.
Rafizi
menyelar Najib kerana enggan memberi penjelasan kepada orang ramai dan menuduh
dia bersubahat dengan Zahid kerana memasuki perjanjian yang meragukan yang
telah meletakkan dana pencen Kementerian Pertahanan dalam kedudukan yang
terancam.
"Hakikat
bahawa Najib tetap berdiam diri membuktikan bahawa transaksi itu telah dibuat
untuk mendiamkan Deepak. Ini juga menunjukkan pasti terdapat kebenaran dalam
tuduhan Deepak. Pendedahan Deepak pasti telah menakutkan Najib sehinggakan dia
mengarahkan Boustead untuk masuk ke dalam perjanjian ini," kata Rafizi.
"Sungguh
licik bagi Perdana Menteri untuk mengarahkan Menteri Pertahanan terlibat dalam
perjanjian itu. Di negara-negara lain, siasatan awam akan dilakukan. PKR akan
sedaya-upaya cuba untuk menggagalkan perjanjian itu kerana ia melibatkan LTAT,
dana pencen kementerian Pertahanan. Ia tidak masuk akal. kita sudah rugi RM250
juta dari seorang menteri dan sekarang kita akan kehilangan RM160 juta wang
pesara oleh seorang lagi menteri lain. "
Rafizi
merujuk kepada kemelut pembiakan lembu NFC yang bernilai RM250 juta yang
melibatkan keluarga Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil.
Najib perlu memenangi semula Selangor untuk mementerai perjanjian
Dalam
kes Deepak-Ropiaah, Rafizi menegaskan bahawa tanah itu tidak pernah bertukar
tangan dari awal lagi dan seterusnya mempersoalkan kenapa Kementerian
Pertahanan membeli balik tanahnya sendiri.
"PKR
akan menulis surat kepada kerajaan negeri Selangor untuk menghentikan
perjanjian ini. Sebelum ini kita diam sahaja kerana kita tidak pasti sama ada
dakwaan Deepak adalah benar. Tetapi kini, selepas pengumuman Boustand kepada
Bursa, semuanya sudah terjawab. Pada perhimpunan Umno baru-baru ini, Zahid
berkata dia akan meneliti perkara itu dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.
Selepas itu, terus senyap. Kami fikir ia adalah tindakan biasa Najib yang
sering enggan memberi jawapan kepada rakyat. Kemudian Boustead membuat
pengumuman mereka semalam, "kata Rafizi.
"Ini
jelas menunjukkan perjanjian dilakukan untuk menutup mulut Deepak. Tetapi ia
langsung tidak menyelesaikan masalah. Bagaimana Zahid boleh fikir yang
perjanjian akan berjaya? Ia akan memerlukan lampu hijau daripada kerajaan
negeri kerana tanah itu berada di Selangor . Deepak menegaskan bahawa dia tidak
akan berdiam diri kerana dia hanya mendapat RM30 juta walhal Ropiaah menerima
RM130 juta. Kami telah memberitahu Deepak, jangan bimbang. Kami akan berusaha
sedaya upaya untuk menggagalkan perjanjian ini kerana ia melibatkan wang
pesara. Malah, kita perlu berterima kasih kepada Tan Sri Khalid kerana berkeras
untuk memeriksa semua butiran dan tidak membenarkan transaksi berlaku. "
Rafizi
bersetuju hak milik tanah mungkin akan bertukar tangan sekarang jika bukan
kerana pembangkang berjaya menguasai Selangor selepas pilihan raya umum 2008.
Menurut Rafizi, jika Najib mahu perjanjian berjalan lancar, satu-satunya cara
adalah jika "dia berjaya menawan Selangor kembali".
Negeri
ini merupakan yang terkaya dan mempunyai ekonomi yang terbesar berbanding 13
negeri di Malaysia. Najib sebelum ini telah berikrar untuk mengambil kembali
Selangor "dengan apa jua cara." Negeri ini kini diketuai oleh Ketua
Menteri PKR Khalid Ibrahim.
Unit Mindef membayar RM160 juta bagi tanah yang masih dimilikinya
Dalam
satu kenyataan kepada bursa saham, Boustead Holdings Bhd, sebuah unit LTAT,
mengumumkan bahawa unit milik penuh Bakti Wira Sdn Bhd telah memperolehi
kepentingan 80 peratus di Astacanggih Sdn Bhd dengan nilai RM30 juta.
Pembangunan
Bakti Wira dan Astacanggih juga telah menandatangani perjanjian dengan Awan
Megah terlebih dahulu pada hari Jumaat untuk memperoleh 80.94 hektar tanah
pegangan bebas di Klang, Selangor dengan harga RM130 juta. Menyifatkan
perjanjian itu sebagai satu peluang untuk menambah hak tanahnya, Boustead
berkata pembelian saham dan pemerolehan tanah itu akan dibiayai menerusi
pinjaman bank dan dana yang dijana dari dalam.
"Selain
itu, tanah itu juga bersebelahan dengan 283.28 hektar tanah yang dibangunkan
oleh Jendela Hikmat Sdn Bhd, sebuah syarikat dimana kumpulan itu serta Lembaga
Tabung Angkatan Tentera bersama-sama memegang 60 peratus dalam kepentingan
ekuiti. Permintaan untuk tanah perindustrian di lokasi ini telah menunujukkan
aliran menaik setelah siapnya pembinaan loji penyimpanan dan ujian terbaru UMW
di Bukit Raja, Klang, "kata Boustead.
Rafizi
berserta wakil Pakatan Selangor akan meneliti perjanjian secara halus pada
hujung minggu ini dan merancang untuk mengadakan satu lagi sidang akhbar pada
hari Isnin.
"Pada
sebelah petang, kami bersama beberapa orang pesara akan ke pejabat Bakti Wira
untuk memeriksa dokumen. Para pesara mempunyai hak untuk mengetahui apa yang
berlaku kepada wang mereka," kata Rafizi.
The Black Rose
Setakat
ini, Ropiaah belum memberi sebarang komen tentang transaksi itu. Sebelum ini,
ketika dihubungi oleh Malaysia Chronicle, dia berkata akan merujuk dakwaan
Deepak kepada peguamnya.
Dalam
respons kepada pengumuman Boustead pada Jumaat, Deepak berikrar dia akan terus
membuat pendedahan. Deepak bukan sahaja telah mendedahkan penglibatan Najib
dalam urusan tanah Bukit Raja tetapi juga telah mendedahkan bahawa kedua-dua PM
dan isterinya, Rosmah meminta beliau dirinya dalam "memudahkan"
urusan penarikan balik akuan berkanun yang dibuat oleh penyiasat persendirian
yang membabitkan Najib dalam kes rasuah dan pembunuhan Altantuya
Shaariibuu-Scorpene.
Rupa-rupanya,
lebih banyak skandal "panas" akan didedahkan untuk menguji Najib yang
bagaikan jatuh ditimpa tangga, setelah menghadapi tekanan yang besar dari dalam
partinya sendiri Umno untuk mengundur diri dan menyerahkan tampuk kepimpinan
kepada Muhyiddin Yassin timbalannya sebelum mengadakan pilihan raya umum.
"Ironinya
ialah Raja Ropiaah yang telah 'mencuri' tanah dari kami dibayar RM130 juta,
jadi itulah kuasa sebenar, bukan?" Kata Deepak, yang dalam mesej teks
kepada Malaysia Chronicle dan telah berjanji untuk meneruskan agenda
mengeluarkan buku yang akan menceritakan segalanya mengenai Rosmah - 'The Black Rose'.
Related
Stories:
No comments:
Post a Comment