Oleh : Aspan Alias
Saya cuba untuk mengelak hendak
menulis dan memberi komen tentang isu Dr Mahathir memalitkan Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj dengan isu pemberian kerakyatan kepada bangsa Cina seramai sejuta
orang semasa dalam mengusahakan kemerdekaan negara dahulu. Saya gagal untuk
mengelak dari membuat komen dalam isu yang di sebut oleh Dr Mahathir terhadap
beliau dan saya terus menulisnya mengikut pengamatan saya terhadap isu yang
disebut oleh Dr Mahathir ini.
Tunku telah lama meninggalkan kita
dengan nama yang baik sebagai Bapa Kemerdekaan Negara Malaysia ini. Setelah
mengaku bertangungjawab terhadap pemberian kerakyatan kepada pendatang asing
Filipina dan lain-lain di Sabah Dr Mahathir cuba untuk membawa Tunku nampak
sama bersalah dengan beliau dan ini merupakan satu penganiaan moral yang paling
buruk di lakukan terhadap Bapa Kemerdekaan yang bertanggungjawab menyempurnakan
pencapaian kemerdekaan kita dahulu.
Rakyat tahu pemberian kerakyatan
kapada kaum Cina dan India adalah merupakan pra-syarat untuk mendapatkan
kemerdekaan itu dan dirundingkan secara terbuka.. Mereka yang diberikan
kerakyatan itu termasuklah dari India samada India yang beragama hindu mau pun
yang beragama Islam. Suruhanjaya apa yang Mahathir cadangkan dalam isu
pemberian kerakyatan semasa Tunku dahulu. Ia di buat secara terbuka dengan
persetujuan semua pihak, bukannya dilakukan di dalam gelap seperti kerja
mencuri seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir.
Ada diantara keturunan mereka telah
mendapat kerakyatan itu telah menempa kejayaan seperti menjadi pemimpin besar
negara ini. Tidak payah kita mengulangi kenapa Tunku dan pimpinan semasa itu
memberikan kerakyatan kerana ia di baca oleh murid-murid sekolah menengah dan
di universiti di seluruh dunia. Ia dilakukan untuk membina negara dan menolak
kerajaan penjajah di bumi kita.
Mahathir membabitkan Tunku untuk
menemani beliau sebagai seorang yang menjenayahi negara. Mahathir melakukannya
kerana kepentingan politik beliau dan parti beliau dan ini merupakan satu
pembelotan terhadap negara merdeka kita. Sesiapa yang menjenayahi negaranya
adalah pembelot dan rakyat wajar menhukumnya. Saya pernah memberikan label
terhadap Mahathir sebagai seorang yang mempunyai ‘migrant mentality’ beberapa
ketika dahulu dalam blog ini dan beliau sendiri membuktikan tuduhan saya itu
benar.
Mahathir tidak habis-habis dendamnya
terhadap Tunku tetapi bagi sesiapa yang benar-benar bersikap sayang kepada
negara akan tahu yang Tunku merupakan manusia yang tidak dapat di cari ganti
dengan mudah bersabit dengan sikap pengorbanan terhadap negara ini. Mahathir cuba untuk menjatuhkan imej Tunku
semasa beliau sudah tiada dan tidak dapat mempertahankan diri dengan tuduhan
jahat Mahathir itu.
Tunku adalah seorang pemimpin yang
disayangi oleh rakyat semua kaum dan beliau merupakan pemimpin yang mempunyai
‘magnanimity’ yang amat tinggi dan tiada siapa yang mampu menandingi beliau
jika dipandang dari susut kemanusiaannya. Mahathir tidak boleh menyamakan
dirinya dengan Tunku kerana menyamakan dirinya dengan Tunku serupalah
menyamakan buah epal dengan buah bacang. Itu sahaja.
Kenyataan Mahathir ini amat
melukakan hati banyak rakyat terutamanya kepada rakyat yang berhati dan berjiwa
bersih dan ia meliputi semua kaum. Tidak siapa yang menyangka Mahathir akan
sampai ketahap ini memainkan politik beliau, kerana hendak menutup kelemahan
serta jenayah moral beliau sendiri.
Siapa pun boleh mempertahankan Dr
Mahathir ini tetapi hakikatnya beliau telah membuka segala kelemahan beliau
untuk di tontoni oleh semua orang.
Rakyat sekarang boleh membuat pandangan yang ‘conclusive’ terhadap bekas
Perdana Menteri ini dan kita tahu rakyat sekarang memandang beliau sebagai
seorang pemimpin yang tidak mempunyai pemikiran dan keterampilan sebagai
seorang negarawan..
Dr Mahathir gagal segagal-gagalnya
untuk duduk dan berdiri sebagai seorang negarawan dan beliau tidak akan
mencapai taraf itu buat selama-lamanya. “Mahathir is disgusting leader” kata
saorang rakan yang bercakap dengan saya tentang isu ini.
Tunku, marilah kita panjatkan doa
kepada Allah swt agar roh beliau di bariskan bersama roh-roh orang yang beriman
dan syuhada….al-fatihah
No comments:
Post a Comment