DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, January 4, 2013

HARAM DAN BERDOSA BESAR HUKUMNYA SESIAPA YANG MENGUNDI UMNO PADA PRU KE-13



Lihatlah dan kaji gambar-gambar ini dengan fikiran yang matang. Haram dan berdosa besar hukumnya mengundi UMNO, berbanding dengan PAS. Maka di sini benarlah apa yang terkandung dalam ‘Amanat Haji Hadi’ yang diputarkan semula selepas 31 tahun  dan baca juga rencana di bawah :


UMNO  sudah menerima hakikat bahawa mereka gagal mendapat sokongan orang Cina dan India. Satu-satunya harapan mereka ialah orang Melayu. Sehubungan itu, sokongan kaum tersebut menjadi fokus utama UMNO  pada masa ini untuk meneruskan kuasa yang mereka miliki. Maka, dalam keterdesakan itu, mereka mengambil pendekatan yang salah, iaitu menakut-nakutkan orang Melayu.


Tindakan UMNO melacurkan Abdullah bin Sa’amah  seorang guru pondok konon-kononnya beliau adalah pengasas pondok Geting, Tumpat, Kelantan untuk menarik sokongan Melayu sebenarnya beliau dirasuahkan (dibayar) RM2.0 juta semata-mata mengeluarkan fatwa (membelakangkan Majlis Fatwa Kebangsaan) bahawa haram mengundi DAP. Langkah tidak bijak ini dengan sendirinya memperlihatkan kedunguan UMNO  sehingga mereka sanggup meremehkan kerja Majlis Fatwa Kebangsaan. Anehnya, majlis itu tidak bersuara pun apabila terang-terangan diperkotak-katikkan oleh UMNO  itu dan seolah-olah menerima fatwa yang dikeluarkan oleh guru pondok itu. Malang sungguh nasib Malaysia ketika ini.

Akan berjayakah tindakan UMNO itu? Jika kita melihat kemerosotan edaran akhbar Utusan Malaysia sekarang, Utusan sudah tidak laku lagi, orang ramai merasa ‘malu, meluat, benci’ untuk membeli dan mengepit Utusan bawa ke sana ke mari macam di era kemashorannya dulu. Kini, Utusan terpaksa diedar secara percuma bagi mengelak ia tutup kedai. Utusan merupakan komponen UMNO itu hanya syok sendiri. Orang UMNO yang dikatakan berjumlah 3 juta orang pun tidak membeli akhbar itu. Senang cerita, mereka sedang melakukan kerja yang sia-sia.

Jika kita melihat kembali kenyataan Najib, dia kata media alternatif amat berperanan menarik sokongan pengundi pada masa ini. Kenyataannya blog proUMNO tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Mereka ketinggalan dalam bidang ini. Jika kita mengambil kenyataan Khairy sebagai  penanda aras, kedudukan UMNO semakin parah. Dia menuduh media alternatif membuang komen pengunjung yang proBN bagi menggambarkan media itu mendapat sokongan padu Pakatan Rakyat. Sour grape tidak memberi erti apa-apa kepada UMNO.

Para penyelidik turut menyenakperutkan UMNO. Pengundi muda yang berusia 40 tahun ke bawah akan menjadi penentu pihak yang memenangi PRU Ke-13 nanti. Golongan ini dilihat mengarahkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat. Lihat sahaja sokongan mereka kepada BERSIH 3.0, Himpunan Oren, Himpunan Hijau ke Putrajaya, gerakan antiLynas, dan lain-lain. Semuanya dipenuhi anak-anak muda. UMNO terpaksa berbelanja besar untuk menarik sokongan palsu terhadap Ulangtahun Ke-60? UMNO, Himpunan Sejuta Belia, dan 1M4U. Budak-budak sekolah yang tak boleh mengundi pun turut diseret untuk memenuhi ruang, namun tetap juga kosong.

Kini UMNO  berada dalam keadaan kritikal. Jajaan mereka tentang DAP menentang hudud yang dibawa PAS ternyata kecundang. Ini kerana pendirian Pakatan ialah tidak melaksanakan huduh kerana bertentangan dengan perlembagaan. Isu Karpal menentang hudud dan negara Islam sudah terbatal apabila komponen Pakatan mengambil pendirian tidak menyokong tetapi menghormati pendirian masing-masing. Dengan itu, dasar Islam dalam Perlembagaan PAS tidak terusik. Demi kepentingan semua umat, Pakatan menerima prinsip Negara Berkebajikan. Rakyat dapat melihat pelaksanaan prinsip ini di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, dan Selangor. Cubaan berkali-kali UMNO untuk menconteng arang ke muka Pakatan atas isu ini semuanya kecundang.

Tiada apa-apa yang tinggal lagi untuk UMNO . Rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang selesa untuk menukar kerajaan. Mereka bersedia untuk membentuk Malaysia Baru yang memperjuangkan keadilan untuk semua. Mereka tahu bahawa Utusan sebenarnya menuding jari kepada UMNO dalam isu haram memberi sokongan ini. Najib (termasuk di dalamnya semua ahli UMNO termasuk MCA rakan baiknya) tidak sokong hudud. Oleh sebab itu, haram mengundi UMNO. MCA ialah parti antihudud nombor wahid. Oleh sebab itu, haram undi MCA. Parti-parti komponen BN yang lain tidak sokong hudud. Maka secara menyeluruh, mengundi UMNO dan BN itu haram hukumnya.

No comments: