Written by Christopher Fernandez
Pemecatan
timbalan perdana menteri yang juga menteri kewangan, Anwar Ibrahim pada tahun
1998 merupakan permulaan kepada masalah sebenar di Malaysia kerana Mahathir
yang keras kepala mengambil keputusan untuk kekal dalam kuasa walaupun
sebenarnya dia adalah antara penyebab krisi kewangan yang berlaku di Asia pada
ketika itu.
Apa
yang telah berlaku adalah Mahathir, dengan wang yang didapatinya dari Bank
Negara Malaysia (BNM), atas sikap tamaknya mahu mendapatkan keuntungan yang
lumayan dengan menspekulasi mata wang walaupun tidak disukai dan dipersetujui
oleh Anwar.
Anwar
menjadi begitu takut akan ketamakan Mahathir namun kuasa boleh memupuk korupsi
dan kuasa yang mutlak akan menjadikan seseorang menjadi sangat korup. Mahathir,
sebagai diktator di Malaysia tidak mempedulikan rayuan Anwar dan meneruskan
dengan perjudiannya.
Tanpa
diketahui oleh Mahathir, diseberang Atlantik, seorang pelabur mata wang
terkemuka sedang memerhatikan wang yang bakal diperolehinya. Spekulasi yang
dibuat oleh Mahathir terbukti mengalami kerugian dalam jumlah yang besar telah
diraih pula oleh Soros dan Yahudi licik dari Hungary ini pula sanggup
mendermakan sejumlah USD 500 juta kepada Russia yang sedang berada dalam
masalah dari wang perolehannya.
Mahathir
yang kebingungan dengan beraninya menyalahkan timbalannya untuk menyembunyikan
kesalahannya sendiri sekaligus menjadikan Anwar sebegai kambing hitam dalam
keseronokan perjudiannya. Tetapi pemecatan Anwar bukan sesuatu yang tidak
dijangka. Timbalan-timbalannya terdahulu seperti Musa Hitam, Ghaffar Baba juga
telah menerima nasib yang sama akibat tindakan diktator ini.
Inilah
yang mengakibatkan Malaysia tenggelam dalam masalah serius selepas menikmati
kemakmuran ekonomi dalam tempoh yang agak lama. Kesan daripada insiden ini,
beberapa kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan ia memecah-belahkan
bangsa kita buat pertama kalinya dalam sejarah.
Bagaimana drama bermula
Bukan
sahaja Anwar dilucutkan dari jawatan dalam Barisan Nasional, konspirasi politik
yang didakwanya sudah bermula dengan begitu dramatik menjadikan dakwaan liwat
terhadapnya dijadikan alasan.
Peristiwa
ini, sehingga ke hari ini telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia dari pelbagai
latar belakang untuk memberi pendapat yang berbeza terhadap kesalahannya. Namun
dia telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selepas melalui
perbicaraan yang begitu sensasi sehinggakan menarik minat masyarakat
antarabangsa.
Selepas
dirinya ditumbuk oleh Ketua Inspektor Polis yang menyebabkan matanya lebam lalu
menaikkan kemarahan rakyat Malaysia dan menarik lebih banyak simpati dari
penyokongnya, lahirlah Parti Keadilan Rakyat.
Kerana
Anwar sedang berada dalam tahanan, PKR diketuai oleh isterinya, dan dia telah
dibayangi oleh kebanyakkan pihak sebagai pemimpin de fakto parti politik baru
ini. Dari belakang jeriji besi, Anwar sudah mula memberi kesan terhadap
pemikiran rakyat Malaysia.
Beberapa
siri pembedahan kesalahan Mahathir dan kroni-kroninya mula timbul dan
memeranjatkan dan mencuri perhatian rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Walaupun semua kesalahan telah didedahkan kepada orang ramai, Mahathir bagaikan
tidak peduli cercaan kerana dia tahu bahawa dia terkecuali dari undang-undang
negara ini.
Mahathir
memperlekehkan sahaja kesemua dakwaan yang telah dibuat Anwar terhadapnya,
“walaupun terdapat banyak bukti yang dikemukan untuk menangkapnya.”
Ini
menyebabkan rakyat Malaysia buat pertama kalinya mendapat tahu akan maklumat
yang mengemparkan tentang bagaimana Mahathir mentadbir Malaysia sebagai seorang
dictator yang hidup tanpa ada sekatan undang-undang negara dan boleh melakukan
apa sahaja untuk menegakkan perkauman dan ketuannan dalam jiwa Melayu.
Tidak
pernah wujud sedikit pun amalan meritokrasi diguna pakai dalam pentadiran
kerajaan dan akhirnya dia terpaksa mengalah dan berundur dalam keadaan yang memalukan
sebagai perdana menteri yang ke empat akibat terlalu ramai yang sudah jelik
padanya.
Seorang diktator tidak akan mati?
Walaupun
telah meletak jawatan sebagai perdana menteri, Mahathir sering menyibuk dalam
pentadbiran negara untuk memastikannya mengikut kehendaknya dengan mencampuri
urusan Abdullah Ahmad Badawi, penggantinya.
Pada
ketika itu, lebih ramai rakyat Malaysia sudah menyampah dengan kegilaan
Mahathir dan sudah menganggapnya sebagai tidak lebih dari seorang yang
menyusahkan dengan pandangan dank omen-komennya yang menjengkelkan.
Rakyat
Malaysia mengundi sebagai isyarat bahawa mereka mahukan perubahan dan reformasi
dalam pilihanraya umum ke-12. Persekutuan politik antara PKR, PAS dan DAP
menunujukkan betapa mereka semakin menggerunkan dengan merampas kuasa di tiga
negeri di Semenanjung Malaysia.
Mahathir
sebagai seorang diktator yang jahat menjadi marah lalu merancang penyingkiran
Badawi sebagai perdana menteri dan menjadikan Najib menduduki kerusi terpenting
dalam kerajaan. Jika Badawi merupakan pemimpin yang lemah, Najib sendiri pun
tidak berupaya juga kerana dia hanya tahu memujuk rakyat agar mengekalkan
dirinya sebagai pemimpin.
Penyalahgunaan
dan salah laku Najib dan ahli-ahli kabinetnya termasuk kroni-kroninya telah
dikemukakan ke atas mereka oleh manusia dari segenap pelusuk dunia tetapi
hingga ke hari ini, tiada tindakan yang sepatutnya telah diambil ke atas mereka
untuk memperbetulkan kesalahan dalam pentadbiran mereka.
Bukan
sahaja Najib, malah Mahathir dan koncu-koncu perompaknya dan juga kroni-kroni
sedang bergerak seperti orang-orang yang tidak tertakluk kepada undang-undang.
Apa pun ugutan dan dakwaan yang dibuat ke atas mereka hanya akan didiamkan oleh
pihak berkuasa dalam negara ini.
Walaupun
Mahathir meletak jawatan dalam keadaan yang memalukan, dan legasinya berakhir
dengan imej sebagai penjahat, sehingga ke hari ini dia masih lagi tidak
berganjak dan dengan angkuhnya suka mencampuri urusan pentadbiran negara dan
mahu melaksanakan kehendaknya ke atas rakyat.
Nampaknya,
seorang dictator memang tidak pernah mati dan Mr Barry Wain, bekas editor
majalah Asian Wall Street Journal yang begitu berpengaruh dalam bukunya
menerangkan bagaimana Mahathir, seorang diktator dari Malaysia menyalahgunakan
berbillion ringgit wang rakyat Malaysia semasa pemerintahannya sebagai perdana
menteri.
Rakyat Malaysia terhutang budi padanya dan wang mereka miliknya-
benarkah?
Sebabnya,
jika dibaca dari kelakuan Mahathir, adalah kerana dia percaya bahawa dia
bertanggungjawab membangunkan Malaysia, jadi dia boleh membuat keputusan dalam
semua aspek.
Dia
tidak nampak usaha bersungguh-sungguh dan penderitaan rakyat Malaysia dari
semua golongan masyarakat sebagi penyumbang kepada kejayaannya, malah dia
melihat kejayaan dan pembangunan Malaysia sebagai usaha dirinya sendiri
sahaja.Adakah kerana pemikirannya ini dan peranannya, Mahathir mahu meminta dan
mencari populariti, ketamakkannya tidak mampu dipuaskan lagi, rakyat Malaysia
berada di bawah tekanan si diktator yang berterusan menyusahkan semua walaupun
kebanyakkan rakyat Malaysia menganggapnya sebagai nyanyuk dan tidak diperlukan
lagi.
Mahathir
benar-benar percaya bahawa rakyat Malaysia terhutang budi padanya dan kerana
itulah dia percaya sebahagian besar kekayaan disini adalah hak miliknya,
kroni-kroni dan juga para pemujanya.
Rakyat
Malaysia yang selebihnya pula hanyalah pemerhati dan sepatutnya hanya diberi
taraf pejalan kaki kerana mereka ibarat bahagian halus yang hanya diperlukan
olehnya untuk mengekalkan kuasa, kemahuan dan kekuasaannya.
Lebih
banyak lagi akan dilakukan oleh si diktator Mahathir Mohamad kerana dia telah
berkata bahawa dia datang dari kalangan keluarga yang keturunannya mampu
bertahan lama mengikut kehendak mereka dan dia merancang akan bertahan selama
yang mungkin untuk mendapatkan apa yang dimahukannya dan boleh terlepas begitu
sahaja kerana dia seorang diktator.
Ini
bermaksud, bagi rakyat Malaysia, mereka terpaksa melalui kehidupan yang sukar
dibawah kekejamannya dan penindasan dan mereka sekarang mungkin berharap mereka
tidak pernah membolehkan dirinya menduduki kerusi paling berkuasa dalam negara
ini dahulu.
Satu-satunya
cara untuk memastikan Mahathir meninggalkan Malaysia dengan cepat dan segera
adalah untuk mengeluarkan BN dari menguasai kerajaan sekarang. Ini akan menjadi
cara yang paling efektif untuk menutup mulut Mahathir dan membuangnya ke dalam
tong sampah sejarah dimana dia sepatutnya berada.
Malaysia
Chronicle
Related
Stories:
No comments:
Post a Comment