DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, December 7, 2012

NAJIB GAGAL KEMUDI UMNO KE ARAH PEMBAHARUAN BAKAL BERI KEMENANGAN MUDAH PR DLM PRU13



Oleh :  Maria Begum, Malaysia Chronicle

Apabila Perdana Menteri Najib Razak yang sering dibelenggu skandal gagal mengemudi parti Umno ke arah pembaharuan, ini akan menguatkan persepsi rakyat bahawa perubahan dalam pucuk pimpinan perlu dan mereka mungkin bakal memberi peluang kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menang dalam pilihanraya umum yang akan datang.


Semasa ceramah perdananya kepada delegasi Umno dalam perhimpuanan agung yang ke-66, Najib telah bermati-matian mencerca Anwar, mengangkat dirinya sebagai pemimpin yang lebih baik dari segi ekonomi sambil memfitah lawannya dengan pembohongan bahawa Malaysia akan kehilangan kedaulatan kepada ‘kuasa asing’.

“Dengan begitu banyak penekanan untuk memusnahkan Anwar, Najib sebenarnya telah mengakui kekuatan Pembangkang. Kegagalannya memberi halatuju baru pada Umno sebenarnya menunjukkan dia sendiri sebenarnya tidak pasti. Dia tidak perasan akan cakap-cakap yang telah lapuk dan retorik yang sering berulang. Dia tidak faham kenapa rakyat marah pada Umno-BN. Dan inilah realiti menyedihkan Umno. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah berakar umbi dalam Umno sehinggakan mereka tidak sedar bahawa ini adalah salah dan mereka perlu berubah. Mereka fikir merekalah betul dan seluruh Negaralah yang perlu berubah,” beritahu Ahli Parlimen PAS Shah Alam kepada Malaysia Chronicle.

Ini merupakan masa yang kritikal bagi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Najib pandai berkata bahawa rakyat sedang memerhati dan mereka tidak akan terpedaya. Kita telah minta dia untuk berdebat dengan Anwar namun dia tidak berani. Dia tiada isu lain selain untuk dicakapkan selain ketuanan Melayu apabila dirinya dan Umno berada dalam keadaan tertekan. Tiada idea konkrit dan pelan tindakan untuk ekonomi, pendidikan, hubungan antara kaum dan juga agama selain menyalahkan Anwar. Jadi, kenapa rakyat Malaysia perlu memberi mereka peluang? Jika Umno tidak berubah, MCA, MIC dan yang lain juga akan sama sahaja,”MP PKR Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Apa yang paling mengejutkan rakyat Malaysia adalah ketiadaan visi dalam ceramah Presiden Umno yang diberi Najib tentang bagaimana dia mahu membina Negara dalam suku kedua abad pertama Negara kemerdekaan Negara- selain jolokan Negara berpendapatan tinggi. ketiadaan tiga isu utamadalam ceramah presidennya membuktikan bahawa Malaysia sememangnya memerlukan perubahan politik pada pilihanraya umum ke-13 supaya Malaysia boleh bergerak ke hadapan dalam usaha pembangunan Negara,” kata MP DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang dalam sebuah kenyataan.

Tiga isu utama yang tidak disentuh Najib adalah: (1) mengumumkan toleransi sifar kepada rauah dan komitmen penuh untuk memerangi rasuah dan menaikkan integriti dalam Umno dan Negara; (2) membuktikan keikhlasan Najib dalam konsep 1Malaysia dengan mengumumkan Ketuanan Malaysia dan bukan Ketuanan Melayu menjadi objektif sebenar UMNO; (3) mendemonstrasikan kreditasi penuh demokrasi dan setia kepada objektif yang telah disytiharkan olehnya untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara demokrasi terbaik di dunia dengan memberi komitmen UMNO untuk menghormati keputusan pengundi untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan dan memberi jaminan penuh bahawa peralihan kuasa yang aman kepada Pakatan Rakyat jika inilah keputusan rakyat dalam PRU ke-13.

Pengkritik Siber

Sememangnya percubaan Najib untuk nampak lebih baik dari Anwar menarik perhatian pengkritik di alam siber, terutamanya dari segi ekonomi, dimana ramai yang menyalahkan kerana tidak ambil peduli apabila kos sara hidup dan perumahan naik mendadak akibat inflasi yang tidak ditangani.

Anwar yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri adalah buah hati masyarakat Melayu sebelum dilucutkan jawatan dan dipenjarakan pada tahun 1998 berikutan dakwaan Mahathir Mohamad, yang takut akan kelangsungan politiknya akan terancam.

Najib, yang merupakan pesaing terdekat Anwar bagi jawatan TPM, menyokong Mahathir. Akibatnya, Najib hampir kehilangan kerusi Pekan pada pilihanraya umum 1999. Pengkritik juga berkata, memori hampir kehilangan kerusi itu masih menghantui Najib dan kerana itulah sepanjang memegang jawatan PM, strateginya sentiasa berfokus kepada bagaimana untuk menghapuskan Anwar.

No comments: