DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, December 7, 2012

GUAN ENG SAMAN UTUSAN LAGI, KETUA PEMUDA UMNO PUN KENA SAMAN SAMA-MAMPUS KAU UTUSAN



GEORGE TOWN- Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin dan akhbar Utusan Malaysia kerana memfitnah beliau menerima rasuah.


Pegawai Khas Undang-undangnya, Andrew Yong berkata, Guang Eng akan mengarahkan peguamnya memfailkan saman malu terhadap akhbar milik Umno itu.

Shaik Hussein dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, “Guan Eng perlu faham rasuah juga merangkumi skop penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah seperti banglo mewah yang disewanya daripada seorang pengarah berkepentingan dalam KLIDC belum terjawab,”Shaik Hussein sebelum ini juga memfitnah Guan Eng menerima rasuah dari Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC).

“Rumah yang disewa oleh Ketua Menteri tidak dimiliki oleh pengarah ataupun pemegang saham KLIDC.

“Tuan punya rumah sewa Ketua Menteri tidak pernah membuat pembidaan pun ke atas tanah yang dimenangi oleh KLIDC secara tender terbuka, baik secara individu peribadi mahupun menerusi mana-mana syarikat sebagai pemegang saham atau ahli lembaga pengarah.

“Fitnah jahat Shaik dan Utusan Malaysia semata-mata suatu rekaan kosong demi mencapai niat jahat politik menjelang pilihanraya besar yang akan datang,” kata Yong.

Yong juga berkata, saman malu yang akan difailkan terhadap Shaik Hussein dan Utusan Malaysia untuk menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada desakan pertubuhan rasis Umno, dan tidak takut akan Umno dan Utusan.

“Cara yang paling baik untuk menentang fitnah pemimpin Umno yang cakap tak serupa bikin adalah dalam mahkamah supaya bukti dapat diberikan secara hitam putih tanpa sebarang keraguan,” katanya.

Utusan Malaysia sudah dua kali disaman oleh Guan Eng kerana menyebarkan fitnah terhadap beliau. Kedua-dua keputusan mahkamah berpihak kepada Guan Eng yang juga Setiausah Agung DAP.

"Namun, Utusan terus menabur fitnah terhadap Guan Eng, DAP dan para pemimpin Pakatan Rakyat, menimbulkan persoalan siapa yang mendalangi Utusan sehingga berani memfitnah dan berbohong serta melacurkan amalan kewartawanan di Malaysia," katanya.

No comments: