Oleh : Aspan Alias
Takde
kawasan lain ke Hadi ni nak cari?
|
||
Ura-ura Tok Guru Hadi Awang (TGHA) untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan
amat menarik perhatian ramai termasuk diri saya sendiri. Jika benar apa yang
disebut oleh Presiden PAS itu akan terjadi maka BN terpaksa melakukan banyak
perkara yang ‘unorthodox’ bagi menampung sokongan yang semakin mengecil
terhadap UMNO dan Najib di seluruh negara.
Tindakan TGHA itu sedikit sebanyak
akan menjejaskan prestasi BN di Pahang dan akan memberikan impak yang bukan
kecil kepada pengundi-pengundi di kawasan yang kini menjadi harapan kepada PR
rakyat di negeri itu. Ada lapan kerusi parlimen yang dalam keadaan ‘reachable’
bagi PR di Pahang sebelum Hadi memberikan indikasi untuk bertanding di Pekan.
Jika benar-benar TGHA pergi bertanding di Pekan maka harapan bagi lapan kerusi
parlimen di Pahang untuk jatuh ke tangan PR akan bertambah cerah.
Keputusan saya bergantung kepada
parti.
|
Pendeknya, keputusan TGHA untuk bertanding di Pekan itu bukan sahaja menjadi isu besar kepada BN di Pekan, malahan ia akan menambahkan pengaruh dan rangsangan penyokong PR untuk memenangi kerusi-kerusi yang selama ini menjadi idaman PR di Pahang itu. Di antara kerusi-kerusi yang memberikan potensi besar kepada PR ialah Raub, Jerantut, Bera, Cameron Highland dan beberapa yang lain selain daripada mempertahankan kerusi Kuantan dan Indera Mahkota.
Mahu tidak mahu pertandingan di
antara TGHA dan Najib ini mesti diakui sebagai ‘the fight of the titans’ dan Pekan
akan menjadi kawasan yang menjadi fokus rakyat dalam PRU ini. Perlu diingat
Pekan bukan semestinya satu kawasan yang mustahil bagi BN dikalahkan. Telah
tercatat di dalam rekod dan sejarah pilihanraya di negara ini yang BN pernah
memenangi hanya 241 undi sahaja dalam pilihanraya 1999 dahulu. Jika ‘aura’
kebangkitan rakyat meninggi, kedudukan Najib sebagai PM yang selalunya sudah
untuk ditandingi akan hilang kerana rakyat bergerak seiring dan sehayun untuk
menukar kerajaan yang sudah terpalit dengan persepsi buruk rakyat sekarang ini.
TGHA sudah pasti melalui jalan yang
susah di Pekan dan ini boleh dianggapkan sebagai satu pengorbanan peribadi
terhadap perjuangan PAS. Jika TGHA tewas sekali pun menghadapi Najib tetapi
penyertaan TGHA di Pekan itu menambahkan kekuatan dan iltizam untuk PR meraih
kemenangan di kawasan-kawasan lain di Pahang dan seluruh negara.
Bagi TGHA menang kalah itu adalah
perkara biasa bagi pemimpin PAS selama ini. TGHA pernah kalah di Parlimen
Marang, tetapi perjuangan tetap terus terlaksana sehingga ke hari ini. Kalah
menang sudah menjadi mainan bagi pemimpin-pemimpin PAS dari dahulu hingga
sekarang.
Dalam UMNO sekarang sedang sibuk
mencari calon ‘winnable’ tetapi masalahnya UMNO itu sendiri sudah menjadi
sebuah parti yang tidak ‘winnable’ lagi. Sebaliknya, PAS merupakan sebuah parti
yang ‘winnable’ maka calon-calon yang diturunkan oleh parti itu dengan
sendirinya menjadi ‘winnable’ kerana mereka mewakili parti yang amat ‘credible’
dan ‘winnable’.
PAS tidak seperti UMNO kerana
kehadiran PAS di tengah masyarakat kini amat dirasai. UMNO tidak lagi dirasai
kehadirannya kerana cawangan-cawangan UMNO tidak bergerak lagi kerana tidak
mendapat sambutan di kalangan anak-anak muda di kampung-kampung lagi. Dalam
UMNO hanya Presidennya sahaja yang bekerja, mundar-mandir ke hulu ke hilir ke
seluruh negara dan bercakap banyak yang tidak terbawa oleh badan beliau
sendiri. Najib ke hulu ke hilir berjanji dengan semua orang sehinggakan
janji-janji beliau itu membolehkan beliau mengalih dan memikul bumi yang besar
ini. Bumi ini pun beliau berjanji akan mengalihkannya.
Tetapi kita jangan terlalu ghairah
kerana PAS belum menentukan lagi samada membenarkan TGHA bertanding di Pekan
atau pun tidak. Tetapi kenyataan TGHA yang beliau berkemungkinan ke Pekan untuk
bertarung dengan Najib itu memberikan impak yang besar kepada suasana politik
negara ini.
Rakyat sudah mula bertanya jika
kepimpinan tertinggi PAS berani untuk bertanding di kawasan dan kubu UMNO
seperti Pekan, tidakkah terfikir oleh BN untuk meminta Presiden UMNO bertanding
di salah satu kawasan di Kuala Lumpur atau di mana-mana kawasan yang dianggap
sebagai kubu PAS, PKR atau DAP?
Jika Lee San Choon, Presiden MCA
suatu ketika dahulu berani bertanding bagi pihak BN di Seremban, kubu kuat DAP
pada pilihanraya 1982 dahulu takkanlah Najib takut untuk bertanding di
kawasan-kawasan yang selama ini kawasan tradisi mana-mana parti dalam Pakatan
Rakyat pula
Najib yang begitu angkuh dengan
program pembaharuan yang tidak terlaksana itu dan mengaku hebat sebagai PM yang
terbaik di dalam sejarah negara, beliau patut bertanding di Kuala Lumpur dan
saya cadangkan supaya BN mendesak Najib bertanding di kawasan Bukit Bintang
atau Siputeh ATAU yang lebih baik bertanding di Selangor kerana beliau adalah pengerusi
UMNO perhubungan Selangor. Najib banyak pilihan untuk menunjukkan kejantanan
beliau. Jika hendak menunjukkan kejantanan beliau, Permatang Pauh mungkin
kawasan yang agak tepat untuk tujuan itu.
Jika Najib bertanding di Kuala
Lumpur dan menang, barulah beliau boleh dianggap sebagai hero UMNO seumur
hidup. Tidak guna mengaku kuat tetapi tidak berani mengalih kawasan
pilihanrayanya. Seseorang yang kuat dan diterima oleh semua pihak sepatutnya
berani bertanding di mana-mana dan menang.
Jika Najib berani bertanding di
Bukit Bintang maka Chua Soi Lek dicadangkan bertanding di Seputeh dan menang.
Barulah terbukti kekuatannya dan Chua Soi Lek boleh bercakap besar. Setakat ini
Chua Soi Lek hanya bercakap besar tanpa ada bukti untuk menunjukkan kehebatannya.
Begitu juga Tengku Adnan Mansor,
Setiausaha Agong UMNO dan BN. Tengku Adnan pula bercakap bergegar-gegar maka
saya cadangkan beliau bertanding di PJ Selatan atau di Ipoh Timur. Jika beliau
menang barulah boleh berkokok dari pagi hingga ke petang.
Sinar Harian pula
melaporkan :
Nik Aziz beri lampu hijau Hadi
tanding Pekan
KOTA BHARU - Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu bertanding di Parlimen Pekan, Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disambut baik dan direstui Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Abdul Aziz semalam memberi 'lampu hijau’ kepada Ahli Parlimen Marang itu dan menyokong kenyataannya bertanding PRU13 menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Dia (Abdul Hadi) adalah presiden parti, jadi apa (hasrat) yang dicakapkan kita akan turut dan sokong demi kebaikan parti serta perjuangan Islam.
“Saya sangat menyokong sekiranya
Abdul Hadi benar- benar mahu bertanding di Pekan pada pilihan raya akan datang
untuk menentang mereka yang mengagun-gagungkan perjuangan kebangsaan daripada
memilih agama,” katanya kepada Sinar Harian ketika
ditemui di rumahnya, semalam.
Nik Aziz yang juga Pengerusi Majlis
Syura Ulama Pas tidak terkejut dengan pengumuman Abdul Hadi yang ingin
berhijrah ke Pahang walaupun tidak dapat memberi jaminan sepenuhnya sama ada
kemenangan memihak kepada parti mahupun pihak lawan.
“Sekarang ini menang atau kalah itu
lain hal, apa yang penting adalah sokongan kepada beliau setelah menunjukkan
keberanian untuk bertanding di kerusi disandang Perdana Menteri,” katanya.
Tanpa menunjukkan kebimbangan
terhadap kerusi Parlimen Marang sekiranya dilepaskan Abdul Hadi nanti dengan
penghijrahannya ke Pekan, Nik Aziz mengharapkan perjuangan tersebut disokong
penuh.
Nik Aziz juga Menteri Besar Kelantan turut menyuarakan kebimbangan sekiranya pilihan raya yang berlangsung di Pekan tidak dilaksanakan dengan adil.
Nik Aziz juga Menteri Besar Kelantan turut menyuarakan kebimbangan sekiranya pilihan raya yang berlangsung di Pekan tidak dilaksanakan dengan adil.
“Saya minta ketika pilihan raya
nanti tidak ada pengundi- pengundi hantu yang mempengaruhi keputusannya,” katanya.
Dalam masa sama, Nik Aziz juga turut
memuji keberanian Abdul Hadi itu untuk melawan mana-mana calon yang dilihat
menolak kepada perjuangan Islam.- SH
No comments:
Post a Comment