Semua Ahli Parlimen mesti hadir dalam taklimat dua orang
peguam Perancis
Oleh : Aspan Alias
Oleh : Aspan Alias
BERIBU KALI NAJIB MENAFIKAN-RAKYAT SEMAKIN TIDAK PERCAYA DAN SANGSI
Rakyat perlu diberikan sepenuh
pengetahuan dan fakta tentang isu pembelian kapal selam Scorpene yang tidak habis-habis
diperkatakan sekarang ini. Isu ini wajar diberikan perhatian oleh kerajaan dan
‘law-makers’ negara kerana ini merupakan satu skandal yang teramat besar yang
melibatkan wang rakyat. Ia juga hampir sama besar dengan skandal PKFZ yang
melibatkan pimpinan BN dan berkaitan dengan beberapa Menteri dalam pentadbiran
Dr Mahathir dan Abdullah Badawi.
Ia berkaitan dengan
pemimpin-pemimpin kerajaan dan oleh kerana ia melibatkan pihak yang berkuasa,
ia amat susah untuk ditampilkan dengan setelus-telusnya kepada penghakiman
rakyat. Saya mengajak seluruh rakyat yang berbilang kaum di negara ini untuk
memberikan perhatian serius dan mengamati dengan sesungguh-sungguhnya isu-isu
ini kerana rakyat sudah tidak tertanggung lagi kelakuan pihak-pihak yang begitu
jahil dan tidak menganggap mengambil rasuah sebagai satu jenayah yang terlalu
besar ini.
Mesti ada pihak yang terlibat. Ia
tidak boleh dinafikan dengan alasan tiada bukti kukuh dan sebagainya. Kita juga
mahukan bukti yang wang itu tidak dibelanjakan seperti yang dituduh jika alasan
tiada bukti itu menjadi alasan untuk menutup kes-kes seperti ini. Kita tidak
mahu berlaku seperti kes PKFZ yang sedang dalam penghakiman mahkamah dengan
alasan tiada kes penipuan seperti yang disebut oleh Dr Mahathir tetapi pihak
defendant (kerajaan) wajar juga membuktikan yang wang sejumlah yang disebut
dalam isu ini tidak dibelanjakan. Kita tidak mahu mendengar dan menerima yang
tiada kes seperti yang dituduh tetapi wang yang begitu besar telah
dibelanjakan.
Pada 22hb Nov ini, dua orang peguam
Perancis akan tiba di Parlimen Malaysia untuk memberikan taklimat kepada
Parlimen Malaysia di atas jemputan Ketua Pembangkang Malaysia, Saudara Anwar
Ibrahim. Ahli Parlimen Subang, Sivarasa,
telah mengesahkan yang William Bourdon dan Joseph Breman akan datang ke
Malaysia untuk memberikan taklimat kepada Parlimen Malaysia.
Rakyat mesti memberikan perhatian
tentang isu sebesar ini. Kita berharap tidak akan ada halangan-halangan yang
akan dibuat oleh pihak berkuasa kerajaan dan Parlimen kerana jika tidak ada
elemen-elemen rasuah seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak itu, tidak
ada sebab ada pihak yang takut dan cuba menghalang kedua-dua peguam ini untuk
datang dan memberikan taklimat kepada rakyat Malaysia melalui wakil-wakil mereka
di Parlimen.
Kalau pihak yang dikaitkan dengan
isu ini benar-benar tidak bersalah, tidak ada sebab taklimat dua peguam ini
kepada rakyat Malaysia ditolak dan dihalang untuk memberikan taklimat ini
dengan semudah-mudahnya. Malahan pihak berkuasa, seperti Najib
sendiri, mesti memberi segala kerjasama kerana beliau boleh memberikan
keyakinan kepada pihak-pihak yang menuduh beliau terlibat itu mendapat
kebenaran yang beliau adalah sebersih-bersih pemimpin yang tidak langsung
terbabit dengan isu rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene ini.
Kita akan lihat, jika ada usaha
pihak Parlimen dan kerajaan untuk menghalang kehadiran kedua-dua peguam ini
maka sekali gus rakyat akan yakin yang Najib serta mereka yang menuduh itu ada
kebenarannya.
Ketua pembangkang telah menulis
surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamudin untuk meminta kepastian yang
kemasukan kedua-dua peguam ini ke Malaysia tidak dihalang dan Hisham sepatutnya
memberikan jawapan ‘ya’ dengan secepat mungkin.
Kita semua ingin tahu pandangan dan
penyiasatan yang dilakukan oleh kedua-dua peguam Perancis ini kerana ia
melibatkan wang rakyat dan moral kepimpinan negara. Jika ada halangan dari
pihak Kementerian Dalam Negeri, maka jangan disalahkan rakyat ramai mengekalkan
persepsi mereka pucuk pimpinan kita benar-benar terlibat dengan kes Scorpene
ini.
Jika perkara ini tidak diselesaikan,
bagaimana Najib hendak menunaikan janji untuk mentadbir negara dengan sebaik
mungkin sedangkan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa memandang serong
terhadap beliau? Lagipun bagaimana Najib hendak meyakinkan rakyat yang jika PR
memerintah negara, negara akan bangkrap seperti yang beliau kata di mana-mana
dalam siri kempen beliau di seluruh negara?
Jika pimpinan BN lebih cenderung
untuk menunjukkan kepada kami rakyat di bawah ini yang mereka tidak jujur
dengan menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya, bukankah pihak BN itu
yang mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadikan negara ini sebuah negara
yang bangkrap?
3 comments:
KERJA-KERJA DAJJAL SEKUTU APCO MENUTUP LOBANG PENDEDAHAN NAJIS BESAR ! ABU !
apa yang susah sangat.bagi dia peguam tu ceramah dekat stadium di kelantan.dan buat live utk negeri pakatan rakyat.aku rasa bukan saja cnn nak cari makan kutu tv 3 suku pun curi curi taping heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
u anonymous bijak punya otak. boleh lebih ramai yang mendengarnya tidak hanya terhad ahli parlimen saja
Post a Comment