DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, November 12, 2012

SEMANGAT WARGA EMAS UNTUK MEMBUANG UMNO PADA PRU KE-13 NI



Seorang warga emas penduduk tempatan mengamuk ketika Azmin Ali sedang memberikan ucapan  di daerah bersejarah tempat lahirnya United Malays National Organization, Umno iaitu di Daerah Batu Pahat. di Kampung Parit Lapis, Taman Nira, Batu Pahat. Kampung ini khabarnya merupakan kubu kuat Umno.

Warga emas ini begitu emosional ketika Azmin menyentuh tentang isu Talam di mana berlaku pemberian berpuluh ribu ekar tanah oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan Mohamad Taib kepada tauke cina Tan Ah Chai dan melibatkan kerugian kepada kerajaan negeri apabila tauke cina itu tidak membayar premium.

Warga emas itu tiba-tiba tanpa dijangka meninggikan suara menyebut "Sama dengan Batu Pahat, penyangak semua di pejabat tanah!" sehinggakan Azmin terpaksa menenangkan beliau dan memintanya bersabar.

Namun beliau terus meninggikan suara lagi mendakwa dirinya juga merupakan salah seorang mangsa penipuan perihal tanah ini. Bagi menenangkan beliau Azmin terpaksa berseloroh dengan menawarkan microfon kepada warga emas itu.

LIHAT VIDEO DI BAWAH

Sumber : MiloSuam

No comments: