DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, November 29, 2012

SEMAKIN KERAS TINDAKAN PIHAK BERKUASA-SEMAKIN TERJEJAS IMEJ INSTITUSI ISTANA DI KACA MATA RAKYAT



Penulis buku politik kontroversi Syed Hussein. Alattas @ Pak Habib telah dicekup oleh pihak polis di PWTC.

Turut dirampas ialah beberapa naskah buku karangan terbarunya , Setan, Syaitan, Sultan.


Semalam Pak Habib kelihatan sedang berada dikawasan PWTC untuk menjual buku terbarunya itu sehingga menimbulkan rasa kurang senang dikalangan perwakilan UMNO terutamanya dari Sayap Pemuda.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan penulis buku politik Syed Hussein AlAttas @ Pak Habib untuk siasatan lanjut dibawah Sek 4(1)(C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakkan berunsur fitnah.

Kini Pak Habib dibebaskan dengan jaminan polis.

Besar kemungkinan beliau akan diheret ke Mahkamah untuk menghadapai pertuduhan.

Pak Habib memberitahu dengan tenang, beliau rela dan bersedia.

Sebelum ini Pak Habib kelihatan sedang berada dikawasan PWTC untuk menjual bukunya yang terbaru bertajuk, SETAN, SYAITAN, SULTAN.
Kesemua bukunya juga turut dirampas!

1 comment:

Anonymous said...

melukis katun kena tangkap, menulis buku kena tangkap, menjual buku kena tangkap, berceramah kena tangkap, mengajar agama kena tangkap, menolong orang susah kena tangkap, bercakap benar kena tangkap, haaaaiii nasib la rakyat Malaysia.

Yang tak kena tangkap kalau menipu, ambik rasuah, bunuh orang, ugut orang, rogol orang, selewang duit, kaut harta orang, fitnah orang, hina agama dan macam-macam la yang tak elok tu...

apa nak jadi ni?????