DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, November 13, 2012

RAKYAT DAN KUASA PILIHAN RAYA



Oleh : Rahman Shaari

Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya adalah ‘wajib’. Hasil daripada pilihan raya, kerajaan mungkin kekal dan mungkin juga bertukar. Mengekalkan atau menukar kerajaan pula ialah urusan rakyat. Urusan rakyat ini hendaklah dilaksanakan dengan berpandukan pemikiran dan maklumat yang betul. Pada masa ini, pihak yang akan bertanding sedang giat mengatakan diri sendiri adalah baik, dan pihak lawan pula sebaliknya. Oleh sebab masing-masing kurang yakin dalam hal kebaikan diri sendiri, maka muncullah perkara-perkara tidak perlu. Perkara tersebut ialah serangan yang berlebih-lebihan agar pihak lawan tergambar terlalu buruk.

Bagi orang yang benar-benar memahami politik, terutama politik Malaysia, serangan yang bukan-bukan itu sebenarnya perkara kecil. Perkara besar ialah kehidupan rakyat sendiri. Kerajaan untuk rakyat, dan pembangkang juga untuk rakyat. Rakyat tidak perlu terlalu taksub mengatakan satu pihak terlalu baik, dan pihak lain terlalu buruk.

Pada masa ini, kita secara langsung atau tidak langsung, sedang menyediakan pemimpin masa depan. Pemimpin sedia memang baik untuk zaman kita, tetapi kita bimbang kalau-kalau tersilap pilih pemimpin masa depan. Ada pihak bercakap tentang perubahan mutlak, kerana rakyat pada masa depan memerlukan corak baru. Dalam hal ini, saya teringatkan kata-kata Datuk Yunus Mohd Nor, bahawa kita tidak mungkin tahu dengan pasti akan kehendak manusia masa depan.

Oleh itu, anggapan bahawa kerajaan perlu ditukar adalah andaian dan kepercayaan saja. Rakyat perlu melihat peristiwa harian dengan rinci dan teliti.  Perhatikan adakah kerajaan sedia ada menindas atau menipu rakyat dalam erti kata sebenar? Jika terdengar orang mengatakan begitu, buat tinjauan adakah itu hasil pengaruh pihak pembangkang? Pada masa sama, perhatikan juga penilaian pembangkang oleh pihak kerajaan, adil atau sebaliknya.

Pada masa ini, di mana-mana pun orang ‘berkempen’, namun penutur kempen tidak begitu sedar akan pelaksanaan kempen mereka. Pendengar kempen pun mungkin tidak sedar bahawa mereka menjadi sasaran kempen.

Sebagai contoh, ini pengalaman saya sendiri, dalam masa sehari saya bersua dengan empat kawan yang berbeza sikap. Kawan pertama mengatakan, ‘Jika hendak berbohong pun, berbohonglah secara profesional’. Kawan kedua pula mengatakan, ‘Kerajaan Negeri ini berkecamuk.’ Seorang lagi mengatakan ‘Perdana Menteri kian diterima’, manakala yang keempat mengatakan ‘Ketua pembangkang kian aktif’. Kesemua yang bertutur, adalah berkempen.

Perhatikan dua daripada ucapan-ucapan di atas adalah hasutan, manakala dua lagi berupa pujian. Kata-kata mereka memuatkan hasrat untuk mendorong pendengar membina persepsi. Ayat pertama mahu menyatakan pihak tertentu ialah pembohong. Ucapan sinisnya itu bermaksud menyatakan pembohong yang tidak cerdik.

Ucapan kedua langsung menyatakan Kerajaan Negeri tertentu tidak cekap dalam pentadbiran. Kawan ketiga dan keempat lebih ketara memuji pihak yang disenangi masing-masing.

Pujian terhadap pihak yang disenangi dan kecaman terhadap pihak yang ditolak adalah perkara biasa. Dalam politik Malaysia, gejala demikian telah berterusan berpuluh-puluh tahun. Oleh itu, adalah silap jika rakyat yang akan mengundi nanti tunduk atau tertakluk pada hasutan. Rakyat hendaklah membuat pemerhatian rapi terhadap pencapaian kerajaan masa kini, dan membuat telahan tentang arah tuju pihak pembangkang yang berhasrat mengambil alih pemerintahan.

Perkara penting yang perlu ada di fikiran rakyat ialah, pilihan raya adalah untuk rakyat, bukan untuk kumpulan yang bertanding. Oleh itu, janganlah kita terpedaya dengan hasutan, kerana hasutan untuk kebaikan pihak yang menghasut itu sendiri. Sayangilah undi yang berada di tangan masing-masing, jangan terlepas kepada pihak yang mempunyai tujuan untuk dirinya.

Realiti dalam politik Malaysia berpuncak pada dua golongan yang akan menawarkan diri untuk berkhidmat. Dalam bahasa kempen mereka berlawan, tetapi hakikatnya mereka hanya membuat tawaran. Jika rakyat tahu ini, maka konflik tidak timbul. Andai kita mahu kerajaan dan pembangkang terus kemas, berikan undi lebih kurang dalam kadar sedia ada. Kukuhkan keupayaan membuat penilaian, dalam memastikan pencapaian kerajaan dan pembangkang kini.

No comments: