DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, November 16, 2012

PERBUATAN KEJI DAN FITNAH UTUSAN DITELANJANG LAGI.MUNGKINKAH INI SATU KAEDAH ALLAH SWT BERIKAN BAGI MEMUFLISKAN UTUSAN.SATU DEMI SATU BALA MENIMPA UTUSAN DAN BH.KALI INI BERAPA JUTA PULA UM DAN BH KENA BAYAR-NURUL IZZAH BILA LAGI NAK SAMAN ?



Senator Australia lapor polis atas berita 'keji'

Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times atas penyiaran berita palsu mengenainya yang disifatkan sebagai "keji lagi menjijikkan".

Dalam laporan tersebut, Xenophon meminta polis menyiasat laporan akhbar berkenaan Seksyen 499 Kanun Acara Jenayah kerana didakwa merupakan fitnah jenayah ke atasnya.

Ia dibuat terhadap berita dengan tajuk "Senator anti-Islam pantau Bersih 3.0" yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia pada 1 Mei dalam edisi cetak dan dalam talian.

Utusan dalam laporan itu mendakwa Xenophon menyifatkan Islam bukan sebagai pertubuhan keagamaan tetapi organisasi jenayah yang berselindung di sebalik agama.

New Straits Times  pula pada 2 Mei melaporkan berita yang sama dalam akhbar mereka dengan tajuk Observer under scrutiny (Pemantau diperhatikan).

Bagaimana pun, laporan itu kemudian ditarik balik selepas kedua-dua akhbar itu didapati mengubah suai konteks ucapan Xenophon yang merujuk kepada Scientology dengan perkataan 'Islam'.

"Isu ini begitu serius kerana dengan melaporkan apa yang saya tidak sebut tentang Islam, ia boleh mencetuskan perbalahan dan keganasan.

"Secara peribadi saya dapati tuduhan itu sangat keji.

"Saya langsung tidak tergamak mengulangi berita (palsu) itu di sini kerana ia sangat mendukacitakan," katanya kepada pemberita di luar balai polis Travers pagi tadi.

New Straits Times  memohon maaf kepada Xenophon pada 4 Mei dan menurunkan berita itu dari laman dalam talian mereka.

Bagaimanapun, Utusan yang terlebih dahulu menerbitkan berita itu daripada New Straits Times  hanya berbuat demikian pada 12 Mei - 12 hari selepas berita itu tersiar.

"Saya terima hakikat bahawa permohonan maaf dibuat tetapi perkara ini melangkaui permohonan maaf berkenaan.

"Kadang-kala permohonan maaf tidak cukup dan ia tidak menafikan hak saya untuk meneruskan perkara ini.

"Perkara yang disebutkan tentang saya sangat keji dan menjijikkan dan jika ia melanggar Kanun Acara Jenayah Malaysia, maka tindakan perlu diambil.

"Saya mahu nama saya dibersihkan sepenuhnya," kata Xenophon tegas.

Peguam Amer Hamzah Arshad mewakili Xenophone berkata pihaknya akan membuat susulan laporan dalam masa 14 hari daripada hari ini.

"Berdasarkan undang-undang polis dikehendaki memberi maklum balas bertulis tentang sebarang laporan dalam masa 14 hari.

"Jika tiada tindakan, kita akan menulis kepada Peguam Negara," katanya.

Beliau juga menggesa agar laporan itu tidak dipolitikkan mana-mana pihak demi menjaga hubungan baik kerajaan Australia dan Malaysia.
Sumber : Malaysiakini

No comments: