AKHIR sekali Selangor pun bersikap
seperti negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain melarang kamera AES dipacak di
tanah yang dikuasainya hinggalah ada keputusan yang lain dari Pakatan.
Maka
di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor motokar masih boleh dipandu laju
lagi.
Di
negeri yang kuat UMNO seperti di Johor dan di Felda-Felda Pahang tiada
boleh lari laju lagi bila kamera AES dipasang nanti. Kalau negeri-negeri itu
lepas PRU13 nanti ditawan Pakatan nescaya kamera yang sudah dipasang akan
dicabut balik.
Mengapa
orang marah sangat dengan sistem AES itu sedang ia bertujuan mendisiplinkan
pemandu supaya jangan memandu lebih dari kelajuan yang ditentukan?
Semua
setuju supaya pemandu jangan laju ikut suka hati. Semua setuju supaya diadakan
peraturan. Tetapi yang orang tidak setuju ialah peraturan itu diadakan untuk mencari
duit dan antara denda yang dikenakan nanti bukan masuk kepada kerajaan
semuanya, ia disapu sama oleh saudagar.
Seperti
undang-undang tali pinggang keledar mula-mula dulu. Keselamatan jalan raya jadi
tujuan kedua. Yang utamanya ialah syarikat tali pinggang keledar yang
melobi kerajaan mengadakan peraturan itu.
Sistem
yang hendak diadakan sekarang ini akan melibatkan kerajaan mengambil duit dari
rakyat. Di mana-mana negara juga di dunia sejak dulu lagi, rakyat
rata-rata sensitif dengan cukai. Walau pun cukai itu telah diterima sebagai
satu kaedah bagi kerajaan menambah hasil, tetapi rakyat menentang cukai yang
tinggi dan apa jua yang memaksa rakyat membayar kepada kerajaan.
Cukai
yang tinggi dan apa jua yang rakyat terpaksa bayar pada kerjaan, mudah menjadi
satu penindasan.
Denda
AES nanti adalah satu tambahan lagi bagi kerajaan untuk mengambil duit rakyat.
Tujuan utama kerajaan ialah bagaimana mahu membantu rakyat menjana pendapatan
yang sebanyak-banyaknya, bukan mengambil duit sebanyak-banyak dari rakyat.
AES
samalah seperti sikap anak-anak raja purba yang tidak cukup duit akan menyekat
jalan bagi ssesiapa yang lalu. Jika mereka mahu lalu mesti memberi sebanyak
yang ditentukan oleh anak-anak raja itu. Maka itulah timbul banyak perumpaan
menahan jerat di tempat genting atau menahan lokah di temat genting. Semua
perumpaan itu adalah menyatakan penindasan terhadap orang bawah.
Bukan
rakyat tidak boleh didenda, tetapi denda adalah yang terakhir. Amerika adalah
sebuah negara bapa kapitalis. Mereka diketahui sebaga penindas.
Dalam
mengurangkan had laju kenderaan ini, pernah mereka memperkenalkan satu alat
yang dipanggil detektor yang boleh mengesan sekatan polis sejarak 2
kilometer. Apabila alat itu berbunyi, maka pemandu pun memperlahankan motokarnya.
Ia dihalalkan.
Alat
itu digunakan supaya pemandu tidak memandu laju. Dengan alat ini kerajaan tidak
dapat memungut banyak duit rakyat. Tetapi tiada kenderaan laju setiap ada
sekatan polis. Cuba alat itu dicipta setiap ada kamera AES, maka kuranglah
kereta langgar peraturan dan orang tidak ramai yang didenda. Pemandu tidak
keberatan membeli alat itu sekitar RM300 satu dari membayar denda setiap kali
dirakam.
Kerajaan
fikirkan banyak cara mendisiplinkan rakyat dengan tidak mengambil duit dari rakyat
kerana mengambil duit itu dikira menindas.
Katakanlah
pesalah AES itu dikenakan lokap mandatori tiga hari bagi
setiap kesalahan tanpa merekodkannya sebagai jenayah, maka dipercayai
oleh boleh terima berbandingkan dengan banyak RM300 setiap kali tidak kira dia
wakil rakyat atau tok penghulu, maka percayalah orang tidak merungut dan
kamera pun tidak banyak merakamkan kenderaan laju.
Apabla
denda mandatori RM300, orang terasa ia ada penindasan untuk mengkayakan
beberapa orang. Ia akan jadi satu lintah darat yang dikeji.
No comments:
Post a Comment