DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, November 30, 2012

MARI RAMAI-RAMAI KITA DOAKAN SEMOGA NAJIB CEPAT-CEPAT DIKAPANKAN POLITIKNYA-POLITIK SAMSENG AMALANNYA BAHAYAKAN NEGARA DAN RAKYAT



Hakim Perancis sahkan sepina kedua untuk PM atau Razak Baginda
 
KUALA LUMPUR 30 November: Hakim Mahkamah Perancis mengesahkan sepina untuk saksi kedua kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene akan dikeluarkan dalam beberapa minggu lagi, kata Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

Menurutnya, kemungkinan besar sepina tersebut akan dikeluarkan sama ada kepada Razak Baginda atau Perdana Menteri, selepas sepina pertama kepada Jasbir Singh Chal Jun lalu.

Jasbir merupakan individu yang dikatakan berperanan penting dalam pembelian kapal selam itu.


“Nama saksi hanya akan diumum selepas (sepina) keluar. Tetapi pada masa sama, kita tahu ada tiga saksi yang diutamakan iaitu Jasbir, Razak Baginda dan Datuk Seri Najib Razak,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau menjelaskan demikian pada majlis pelancaran buku kartun terbaru kartunis Zunar bertajuk ‘Hikayat Pak Monggol dan Scorpene’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Nama lain yang turut disenarai Suaram sebagai saksi utama kes ini adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev dan ahli korporat, Lodin Wok Kamaruddin.

Peguam Scorpene, Apoline Cagnat dalam taklimatnya di Singapura Selasa lalu turut menyatakan Najib dan Razak Baginda menjadi fokus utama untuk disepina.

Beliau yang merupakan rakan sejawat William Bourdon memberi taklimat berhubung kes ini kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan pengamal media selepas dihalang berbuat demikian di Parlimen Malaysia.

Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Perancis akan ke sini jika tidak mendapat sebarang kerjasama dari kerajaan Malaysia dan mereka yang terlibat dalam kes rasuah Scorpene.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menjelaskan, saksi boleh disepina dan dikenakan waran tangkap jika mereka gagal mengikut perintah mahkamah.
 
“Perbicaraan tersebut akan dijalankan di sini oleh hakim Perancis berikutan keengganan Malaysia untuk membantu siasatan.

“Itu antara pilihan yang mereka (saksi) ada,” katanya ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, Mahkamah Perancis memandang serius kes tersebut dan tidak akan mengenepikan bukti-bukti berkaitan.

Beliau mengambil contoh kes rasuah melibatkan anak kepada Presiden Equatorial Guinea, Teodoro Nguema Obiang Mangue yang dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Perancis kerana gagal hadir perbicaraan.

“Jelas, mahkamah tidak akan segan silu untuk keluar waran tangkap jika mereka terbabit tidak mematuhi arahan,” kata Tian.

“Walaupun kerajaan Malaysia berusaha untuk sembunyi kes ini, kes tetap tidak akan ditutup,” tegasnya.

Hakim Penyiasat Perancis yang terlibat dalam kes ini adalah Roger Le Roire dan Serge Tounaire.

Dalam taklimat oleh peguam Apoline Cagnat di Singapura, Selasa lalu, beliau menjelaskan Datuk Seri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda menjadi fokus utama untuk disepina.

Beliau menegaskan, tiada sesiapa memiliki imuniti penuh dari sebarang pendakwaan atau sepina dalam kes berkenaan, termasuk Perdana Menteri.

Saksi lain yang turut disenarai Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk disepina adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev; penyiasat persendirian, Balasubramaniam dan seorang korporat, Lodin Wok Kamaruddin.

Apoline turut menyatakan, rekod kes pembunuhan Altantuya juga akan diteliti Hakim Siasatan Mahkamah Perancis.

BERLAKU ADILLAH TERHADAP KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA SHARIBU. PERANCANG UTAMANYA MASIH BEBAS DAN HIDUP MEWAH DENGAN KUASA DITANGAN. DUA PEGAWAI POLIS ITU SEBENARNYA ADALAH MANGSA DAN MENJADI KAMBING HITAM SAJA. 

BERJUANGLAH MENEGAKKAN KEADILAN UNTUK ALTANTUYA

No comments: