DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, November 1, 2012

KITA TUNGGU NAZRI AZIZ NAK KELENTONG APA PADA RAKYAT-ANAK DIA SI NEDIM SEPAK TERAJANG-HATTA BUNUH ORANG PUN BEBAS-INI KAN RASUAH BEB-LAGI SENANG NAK KELENTONG SPRM DAN POLIS (BUDAH SURUHAN UMNO SAJA)



Kenyataan Nazri terhadap Chia diragui, kata PKR

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz di parlimen baru-baru ini bahawa ahli perniagaan Michael Chia telah dibersihkan daripada tuduhan rasuah dilihat mempunyai konflik berkepentingan, kata PKR.


Menurut Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli, PKR mendapati keluarga beliau khususnya anak sulung Nazri, Nedim ada hubungan dalam bentuk kenderaan dengan Chia.

Kenderaan itu ujarnya berupa SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh Nedim.

"Sebagai seorang menteri kanan, yang bertanggungjawab dalam soal perundangan terutamanya dalam isu rasuah dan pengubahan wang haram, Mohamed Nazri perlulah lebih telus dan bersih tanpa mempunyai sebarang kepentingan terutama dengan individu yang dikaitkan dengan tuduhan," kata Rafizi.

Rafizi turut menunjukkan satu salinan saman trafik yang dinyatakan pemiliknya sebagai Chia Tien Woh dan gambar-gambar yang menunjukkan bahawa kenderaan itu kerap dikesan di kondo di mana Nedim tinggal.

Rafizi menyatakan dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun dalam masa yang sama Mohamed Nazri mempertahankan Chia telah menimbulkan konflik kepentinga,

"PKR menunggu maklum balas dari Mohamed Nazri yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan selanjutnya," kata beliau lagi.

No comments: