DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, November 7, 2012

KITA DALAM PAKATAN RAKYAT TAK PERLU AMBIL PEDULI SANGAT LAPORAN SEPERTI INI.IA AKAN SEMAKIN MENJADI MENJELANG PRU KE-13. SELURUH MEDIA KAWALAN UMNO AKAN BERTINDAK SERUPA MENIPU, PEMBOHONG, MEMUTAR-BELITKAN DAN MEMANIPULASIKAN FAKTA BAGI MENGELIRUKAN RAKYAT. HAL-HAL SPIN INI DIAMALKAN OLEH UTUSAN (DAN LAIN-LAIN MEDIA UMNO) SEPERI YANG DIAKUAI OLEH MUNAFIKUN ZAINI HASSAN, TIMBALAN KETUA PENGARANG UTUSAN. STRATEGI KITA SEKARANG INI BAGAIMANA KITA HENDAK MENANGKIS DAN MENYERANG BALAS SPIN-SPIN DARI MEDIA UMNO



Penjelasan Dr Mujahid Yusof Rawa Yang Berforum Bersama YB Nurul Izzah Anwar

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

Isu Izzah: Rumusan tidak bertanggungjawab, kata Dr Mujahid 

SHAH ALAM - Tindakan mengaitkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan  “tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara.

"Kenyataan ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Mujahid merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supaya agama Islam dipelihara.

"Tiada paksaan bukan bermakna orang Melayu sewenangnya memilih agama lain kerana Islam itu penghayatan. Itulah semangat ucapan Izzah apabila menjawab soalan dari peserta tentang 'no compulsion'," katanya.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan prinsip mulia 'tiada paksaan' sebagai promurtad telah mencemarkan nama baik Islam.

"Itu bukan apa yang diperkatakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai," katanya.
Sumber : SinarHarianOnline

Baca juga artikel di bawah :

Apa yang diperkatakan Nurul Izzah itu betul - Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura)

Kenyataan Nurul dimanipulasi, mainan politik Umno - DSAI

No comments: