DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, November 8, 2012

KERANA INI IKITA WAJIB KE JALAN RAYA




Minggu lalu saya telah menulis tentang siapa musuh yang dilawan  dan cuba dikalahkan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan oleh   pemimpin Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang akan datang.  Untuk saya amat jelas, musuh mereka   bukan Barisan Nasional. Bukan parti United Malays National Organisation. Bukan Najib, Muhyiddin, Soi Lek atau  Taib Mahmud. Musuh mereka ialah  satu sistem pemilihan yang telah diwujudkan khusus untuk menipu Pakatan Rakyat.


Sistem pengundian yang  diwujudkan oleh Suruhnjaya Pilihan Raya ini  telah dirancang dan dibentuk dengan tujuan memustahilkan parti mana pun dari  berjaya mengalahkan  United Malays National Organisation. Ini bukan padang berat sebelah. Ini bukan  pengadil tumbuk rusuk.  Apa yang sedang dirancang lebih licik dari semua ini.

Mari kita kaji dan lihat  kawasan Lembah Pantai. Dalam PRU12   Shahrizat Jalil,  menteri kabinet Andullah Badawi telah dikalahkan oleh Nurul Izzah dengan kemenangan majoriti 2895 undi.  Ini satu kemenangan hebat untuk pendatang baru saperti Nurul Izzah. Hari ini Shahrizat Jalil bukan sahaja telah terpinggir malah  sedang disingkirkan oleh Raja Nong Cik yang mahukan kerusi Lembah Pantai.

Lembah Pantai telah dipilih oleh Raja Nong Cik kerana semuanya telah disusun dan dirancang dengan   baik oleh SPR dengan kerjasama Jabatan Pendaftran Negara (JPN) dan PDRM.   Dalam perancangan ini secara tetiba  13,486 pengundi baru telah mendaftar di Lembah Pantai.

Ini seolah-olah 21 tahun dahulu 13,486  pasangan warga kampong Kerinchi, Pantai Dalam dan Abdullah  Hukum telah bersegema pada malam dan hari yang sama. Hasilnya 21 tahun kemudian – anak-anak ini  semuanya  telah mendaftar untuk menjadi pengundi di PRU13 ini.  Apakah ini betul?

Jawabnya tidak. Kemasukan pengundi baru ini  ialah perancangan SPR yang licik.  Pengundi-pengundi Melayu dari Bukit Bintang , Seputeh - kawasan yang mustahil untuk dimenangi oleh United Malays National Organisation telah diloroh masuk  ke Lembah Pantai. Ini satu kerja lojistik yang berat justeru  memerlukan kerjasama rapat dengan JPN.

Tidak cukup dengan ini  - di Lembah Pantai ada 2000 pengundi pos. Pada tahun 2008 dahulu hanya ada 148 sahaja. Hantu manakah yang menjadi pengundi pos ini? Mereka ini ialah pegawai polis.  Apakah Lembah Pantai ini kawasan jenayah? Tidak. Bangsar yang ‘ chic’ dan ‘trendy’ termasuk ke parlimen  Lembah Pantai. Justeru, dari mana 2000 ekor Mat Kampau ini datang?

Jangan terperanjat. Jangan mengeleng-geleng kepala apabila saya nyatakan bahawa Rumah Pasong di Bukit Jalil yang 15 batu dari Lembah Pantai ini  juga dikira sebagai pengundi pos untuk Lembah Pantai. Bunyinya  lawak tetapi inilah hakikat perancangan  penipuan di Lembah Pantai.

Justeru,  pembaca jangan terperanjat apabila saya nyatakan:  15,000 lebih  pengundi baru ini  akan mengalahkan Nurul Izzah. Ini bukan kerana  si Nurul ini tidak berkemampuan. Atau dibenci oleh warga Lembah Pantai. Tidak. Nurul Izzah adalah seorang YB yang amat-amat popular dan disayangi oleh penduduk Lembah Pantai. Di Parlimen Nurul mengajukan pelbagai soalan dan dilihat bergerak cergas sebagai wakil rakyat.

Tetapi, Nurul Izzah akan dikalahkan kerana sistem pengundian yang diwujudkan khusus untuk menipu dan memenangkan calon United Malays National Organisation.

Jika kurang yakin dengan apa yang saya labonkan tentang Lembah Pantai maka biar saya surahkan pula kawasan  YB Sivarasa dari Subang. Kawasan ini lagi pelik bin takjub.  Telah ada penambahan 30,000 pengundi baru. Ini bererti 30,000 warga Subang dengan penuh takzim telah berikrar untuk mengambil  bahagian dalam pesta demokrasi.   Jadi apa yang dihairankan?

Yang menjadi takjub bin hairan ini ialah disebelah kawasan Subang ialah kawasan Petaling Jaya Utara dimana warganya  tidak ramai yang  mendaftar untuk menjadi pengundi.  Di PJ Utara hanya  ada 5,000 penambahan pengundi baru berbanding dengan 30,000 kawasan disebelahnya.  Apakah warga di PJ Utara manai, malas dan sembab? Jawanya tidak. Pendaftaran pengundi baru di Subang ini jelas untuk menipu.  Rancangan jahat ini akan mengorban bukan sahaja Sivarasa malah Dr. Nasir dan  Elizebeth Wong juga akan terkorban sama.

Kemudian mari kita beralih ke kawasan  YB Charles  Santiago di Klang. Mengikut laporan YB Charles kepada Bersih 2.0, dikawasan ini tetiba terdapat 5,000 pengundi hilang entah kemana?  Pelik bin Melik kemana perginya 5,000 pengundi ini. Apakah mereka telah disambar  Geruda atau diculik oleh  UFO?

Jawabnya tidak. Nama-nama ini sengaja dihilangkan untuk memastikan Rodiah Ismail dari N41 Batu Tiga dan Dr. Rani dari N42 Meru akan bungkus. Mereka berdua ini adalah Adun dalam kawasan Parlimen   Charles Santiago.

Disini sekali lagi saya katakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan jatuh. Ini bukan kerana kerajaan Pakatan tidak popular. Atau kerajaan Pakatan Rakyat ini mengamalkan rasuah.  Sama saperti Nurul Izzah di Lembah Pantai – kekalahan ini disebabkan sistem penipuan yangh diwujudkan oleh SPR. Khalas.

Saya ingin  mencerah dan mengigatkan kembali para pembaca tentang 8 Tuntuan Bersih. Hingga ke hari ini hanya –pengunaan  dakwat kekal – yang dikatakan akan digunakan. Pengunaan dakwat ini pun dirancang  penuh dengan tipu muslihat untuk memastikan kertas undi akan kotor. Untuk memastikan banyak undi rosak. Semua disusun untuk memastikan Pakatan Rakyat akan kalah.

Minggu  lalu orang ramai diberitahu oleh SPR bahawa akan diwujudkan – kerjaaan sementara – sesudah Parlimen dibubarkan. Ini langkah yang baik. Tetapi bukan ini  yang dituntut oleh Bersih.  Kenyataan SPR ini jelas untuk mendodoikan dan mengalih pandangan  orang ramai. Kelentong baru ini dibuat  untuk menutup sistem penipuan yang telah dipasang.

Kenyataan dibuat untuk melalaikan orang ramai dari 8 Tuntutan yang belum dilunaskan.  Ini bukan sandiwara. Ini  juga bukan lawak seram. Ini terang-terang   buat kerja tipu.

Muhyiddin Yassin telah juga  membuat kenyataan mengatakan bahawa semua Tuntutan Bersih telah ditunaikan. Muhyiddin ini sebenarnya  terberak dimulut dan bercakap di buntut. Muhyiddin berbohong. Muhyiddin sengaja terberak  di padang  sebagai usaha  membantu SPR.

 Kemudian berkali-kali Najib dan Muhyiddin berkata : kalau pilihanraya ini  tipu  macam mana di PRU12  - Pakatan Rakyat boleh menang lima negeri.  Nampak sangat Najib dan Muhyiddin  masih lagi  terberak di mulut. Hujah terberak di padang ini  dijaja ke hulu ke hilir sebagai bukti bahawa SPR dan pilihanraya di Malaysia ini bersih dan telus.
  
Jawabnya cukup senang – dalam PRU12 dahulu – jika tidak ada penipuan maka Pakatan Rakyat akan mendapat kemenngan mutlak. Pakatan  akan menubuhkan kerajaan baru. Ini hakikat. Ini diketahui  orang ramai.

Justeru, sesudah melihat  keputusan PRU 12 dahulu, United Malayas National Organisation telah mengarahkan  dua orang ahlinya  yang menjadi Kepala SPR untuk menutup semua lubang yang mungkin memenangkan Pakatan Rakyat.  Undang-undang Kecil Pilihanraya telah diubah, peraturan baru telah diwuujudkan. Bukan untuk menambah baik pilihan raya tetapi untuk memustahilkan Pakatan Rakyat dari meccapai kemenangan.

Peraturan baru ini termasuklah melarang logo parti yang tidak bertanding dalam kawasan itu dipasang.  Menjauhkan lagi bilik panas dari tempat mengundi. Kalau dulu jaraknya hanya beberapa 50 meter kali ini 100 meter. Ini untuk memastikan pekerja parti  Pakatan Rakyat tidak  akan dapat melihat Mat Bangsa, Mat Indon atau Mat Burma masuk menyeludup mengundi.

Dalam  barong mengundi wakil parti didudukan bukan untuk melihat muka  dan meneliti kad pengenalan si Pengundi.  Kerusi dan meja mereka disusun untuk memastikan mereka hanya nampak punggung dan belakang pengundi.  Sekali lagi peraturan baru ini bertujuan untuk memastikan Mat Bangla, Mat Indon atau Mat Burma tidak dapat dilihat muka mereka.

Pasti para pembaca akan menjadi hairan dan bertanya : kenapa tidak buat laporan polis. Kenapa tidak ambil tindakan undang-undang?

Untuk menjawabnya saya bawa kembali kepada filem Rosemary’s Baby.   Si Ibu yang telah melahirkan anak syaitan telah pergi ke rumah pasong untuk membuat laporan polis. Sayangnya Tok Sarjan dalam balai pun adalah penyembah shaitan.  Si Ibu telah menalipon OCPD. Rupa-rupanya Tuan OCPD juga penyembah Syaitan. Lalu si Ibu lari mencari Tuan Doktor. Si Tuan Doktor ini juga dari kumpulan penyembah syaitan.

Pada ketika ini kedudukan Pakatan Rakyat  sedang di kelilingi oleh kumpulan Penyembah Syaitan.  Justeru membuat  laporan polis  tentang pengundi hantu tak ada guna kerana PDRM juga dibawah telunjuk syaitan. Pergi ke mahkamah untuk melaporkan pendatang haram ada kad pengenalan biru juga  tidak ada guna kerana mahkamah juga milik syaitan. Cuba mendapatkan data dari JPN  untuk membandingkan senarai pengundi  adalah kerja sia-sia. JPN juga adalah anak syarikat syaitan.

Kepala syaitan ini saperti kata Mahathir Muhamad ialah United Malays National Organisation sendiri. Ini syaitan yang kita kenali.  Kalau semuanya dimiliki syaitan dimana masa depan Pakatan Rakyat. Ada akan dijawab minggu hadapan.

1 comment:

maie1958 said...

pilihan yang ada ialah lawan tetap lawan dijalanraya!!!!!!!!!