DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, November 13, 2012

JOHOR BAKAL TUMBANG PADA PRU INI-SEMUA ORANG UMNO DAH MABUK DAN GILA TAKUT KALAH



Benarlah kata-kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, bukan setakat Sabah dan Sarawak kini goyang dek kemaraan Pakatan Rakyat, bahkan di negeri tiang seri Umno pun, perubahannya sudah semakin kuat dirasakan.


Malam tadi, satu ceramah Pakatan Rakyat diadakan di Dataran PAS Parit Yaani, dalam parlimen Sri Gading yang diwakili oleh ahli parlimen yang terkenal dengan 'peluru kosong' di parlimen, Mohamad Aziz.

Merasakan tergugat dengan sambutan hebat penduduk sekitar, seorang pemimpin setempat dipercayai pemimpin Umno cawangan tiba-tiba meluru dan cuba menyerang ke arah penceramah yang sedang berucap.


Menurut Pengarah Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan, tindakan pemimpin Umno peringkat akar umbi ini tidak menggambarkan sikap demokratik mereka.


"Bagi saya, Umno ketika ini sangat tertekan dengan sambutan rakyat terhadap ceramah dan program-program yang dianjurkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat sehingga mengganggu ceramah dan program-program yang dianjurkan Pakatan Rakyat.


"Mereka mengganggu ceramah yang dianjurkan semalam apabila pemimpin mereka cuba untuk merampas mikrofon ketika mana ceramah dijalankan. Ini menunjukkan mereka langsung tidak demokratik", ujar beliau lagi ketika dihubungi.


Tambahan beliau lagi, selain ceramah yang diganggu, Umno juga telah menganggu program edaran sumbangan bantuan banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Teluk.


"Mereka juga turut mengganggu program edaran bantuan kepada mangsa banjir yang kami lakukan. Saya bersama Yang DiPertua PAS Kawasan Sri Gading, Hasim Jusoh cuba dihalau sedangkan kami sudah mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pihak Ikatan Relawan Rakyat (RELA) untuk hadir ke sekolah terbabit bagi menyampaikan sumbangan"


"Saya melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Umno ini. Sepatutnya mereka harus lebih terbuka kerana kita menyampaikan sumbangan kepada orang-orang susah yang sangat memerlukan bantuan ketika ini. Ini jelas menunjukkan kepada orang ramai bahawa pemimpin Umno bersikap tidak rasional sebagai pemimpin masyarakat di sini", jelas beliau lagi.

No comments: