SEREMBAN: Menjelang sehari sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat di
Seremban esok, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis
berhubung ugutan Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN)
Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria hari ini.
Akhbar
Sinar Harian hari ini melaporkan Razali berkata:
‘Jika
polis tidak bertindak, jangan salahkan NGO jika kami bertindak pada hari
program itu berlangsung dan kami tidak akan bertanggungjawab jika ada berlaku
kemalangan atau pertumpahan darah’.
Laporan
polis itu dibuat oleh Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.
“Kata-kata
tersebut bukan sahaja mencabar polis, tetapi turut berunsur ugutan terhadap
kami selaku penganjur dan orang awam yang dijangka akan hadir pada program Himpunan
Kebangkitan Rakyat 03 November ini.
“Selain
itu, mereka yang terbabit juga telah membuat pelbagai tuduhan liar dan fitnah
terhadap Pakatan Rakyat tentang program kami.
“Kami
berharap polis boleh bertindak segera terhadap mereka yang terbabit dalam
mengeluarkan kenyataan ini, kerana ia berunsur ugutan dan mengganggu keamanan
dan ketenteraman awam,” kata Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd
Yassim.
Turut
bersama Sabaruddin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban
ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Sembilan, Anuar Azhari dan Setiausaha
DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin.
Semalam
GMPN dan beberapa NGO Negeri Sembilan mengadakan bantahan di tapak program
membantah penganjuran program Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Razali
juga dipetik berkata mereka yakin program itu akan menimbulkan huru-hara dan
keamanan yang dimiliki negara tidak sepatutnya dimusnahkan dengan menjadikannya
bahan politik.
Pemangku
Setiausaha Agong Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad pula berkata
program itu dikhuatiri akan menimbulkan kejadian tidak diingini.
“Jangan
menyibuk dan kacau Negeri Sembilan, pergilah negeri sendiri. Kami sepakat jika
program ini diteruskan, kami akan menghalang dan membantah 100 peratus,” katanya.
50,00
disasarkan
Sementara
itu Pakatan Rakyat mensasarkan sekurang-kurangnya 50, 000 akan hadir pada
Himpunan Kebangkitan Rakyat bertempat di Taman Seremban Jaya (Belakang
Petronas) pada hari Sabtu, 03 November ini.
Program
akan bermula seawal jam 03.00 petang apabila lebih 300 penunggang motorsikal
dari Kelab ARC dan pendokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di Perkarangan
Stadium Paroi.
Konvoi
bermotorsikal ini akan bergerak menuju ke Tapak Himpunan di Taman Seremban
Jaya.
Pelbagai
acara telah disenaraikan dan antaranya Pidato Rakyat yang akan menampilkan
pemimpin muda dari Pakatan Rakyat dan NGO; persembahan artis, pameran Kerajaan
Negeri Pakatan Rakyat dan ceramah oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat.
Tentatif
Program adalah seperti berikut:
MASA
|
ATURCARA PROGRAM PETANG
|
03.00 petang
|
Konvoi motorsikal berkumpul di
Perkarangan Stadium Paroi
|
03.30 petang
|
Konvoi bergerak menuju ke
Tapak Himpunan di Taman Seremban Jaya (Belakang Petronas)
|
04.15 petang
|
Konvoi tiba di tapak Himpunan.
Sambutan Gendang India, Kompang
& Tarian Singa
|
04.30 petang
|
Karinal Rakyat bermula:
|
06.30 petang
|
Program Petang Tamat.
|
MASA
|
ATURCARA PROGRAM MALAM
|
08.00 malam
|
Pameran Kerajaan Negeri Pakatan
Rakyat (sehingga pukul 12.00 malam)
|
08.30 malam
|
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis,
Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB P Gunasekaran
|
08.35 malam
|
Ucapan Pesuruhjaya PAS Negeri
Sembilan,YB Mohd Taufek Abdul Ghani
|
08.45 malam
|
Ucapan Pengerusi DAP Negeri
Sembilan, YB Loke Siew Fook
|
08.55 malam
|
Ucapan Pengerusi KeADILan Negeri
Sembilan, YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
|
09.05 malam
|
Gimik Penyerahan Memorandum
Persefahaman Pakatan Rakyat Negeri Sembilan
|
09.10 malam
|
Ucapan Timbalan Presiden KeADILan,
YB Azmin Ali
|
09.30 malam
|
Ucapan Timbalan Presiden PAS &
Pengarah Program, Saudara Mohamad Sabu
|
09.50 malam
|
Ucapan Wakil Hijau (Lynas)
|
09.55 malam
|
Ucapan Wakil Kuning (Bersih 3.0)
|
10.00 malam
|
Ucapan Wakil Merah (Royalti)
|
10.05 malam
|
Ucapan Wakil Oren (Felda)
|
10.10 malam
|
Deklamasi Sajak – Sasterawan
Negara, A Samad Said
|
10.15 malam
|
Ucapan Presiden PAS, YB Dato’ Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang
|
10.45 malam
|
Ucapan Penasihat DAP, YB Lim Kit
Siang
|
11.15 malam
|
Gimik Muzikal ‘Ubahlah Sekarang’
|
11.20 malam
|
Ucapan Ketua Pembangkang, YB Dato’
Seri Anwar Ibrahim
|
12.00 malam
|
Gimik Pelancaran Himpunan
Kebangkitan Rakyat
|
1 comment:
LAWAN TETAP LAWAN...........!!!!
Post a Comment