DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, November 2, 2012

HIMPUNAN 1 NOV : CAI UMNO/BN MAKIN MEROYAN



Minggu ini ramai sungguh puak-puak UMNO/BN bercakap tentang tindakan ahli-ahli majlis PBT Kedah yang akan mengadakan himpunan aman – desak, duduk dam riadah bagi mendesak Datuk Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan (SUK) meletakkan jawatan.



Ia memberi gambaran amat jelas bahawa pemimpin UMNO/BN Kedah seperti Mahdzir Khalid, Ahmad Bashah, Mukhriz Mahathir dan cai-cai (blogger UMNO/BN) sangat bimbang jika desakan ahli-ahli majlis PBT ini berjaya mendorong Datuk Rasli meletakkan jawatannya.
Bagi UMNO/BN sekiranya Datuk Rasli meletakkan jawatan maka akan gagallah segala perancangan mereka untuk mengugat kedudukan kerajaan negeri PR Kedah. Datuk Rasli adalah perkakas dan agen mereka yang berkedudukan paling strategik dalam kerajaan. Telah banyak tindakan Datuk Rasli yang berjaya melemahkan pentadbiran kerajaan negeri selama ia menjadi SUK. Peranannya amat besar buat UMNO/BN.

Tindakan ahli-ahli majlis PBT mendesaknya meletakkan jawatan amat memberhahaya buat UMNO/BN bukannya kepada KCS. Ini kerana, difahamkan lebih 80 peratus KCS tidak bersetuju dengan gaya dan kepimpinan Datuk Rasli yang mengamalkan kronisme, nepotisme dan korupsi di dalam pentadbirannya. Kejatuhan Datuk Rasli adalah kemenangan besar buat KCS keseluruhannya.

Oleh itu, pemimpin UMNO/BN Kedah dan cai-cai (blogger UMNO/BN) sedaya upaya memberi kenyatan kepada media dan blog bertujuan isu pokok yang diperjuangkan oleh ahli-ahli majlis PBT kepada isu lain. Tidak seorangpun dari kalangan mereka (UMNO/BN dan cai-cai ) dapat mengemukakan hujah yang menyakinkan rakyat Kedah bahawa tindakan Datuk Rasli dalam hal ehwal perlantikan seseorang Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan adalah sah dari segi undang-undang (Akta 171).

Apa yang boleh dihujahkan oleh pemimpin UMNO/BN ialah isu perlantikan Datuk Rasli semata-mata. Perlantikan SUK diperkenan oleh Al Sultan Kedah semata-mata. Mendesak Datuk Rasli meletakkan jawatan adalah menghina Al Sultan Kedah.

Tujuan mereka (UMNO/BN Kedah) adalah menyakinkan rakyat Kedah bahawa ahli-ahli majlis mempertikaikan, derhaka, tidak menghoirmati Al Sultan Kedah. Pada hal pemimpin UMNO/BN Kedah tersangat bodoh dan bangang di dalam memahami isu yang sedang diperjuangkan oleh ahli-ahli majlis PBT Kedah.

Isu pokoknya ialah ahli-ahli majlis PBT Kedah lawan Datuk Rasli di atas landasan undang-undang (Akta 171).

Persoalannya ialah, adakah UMNO/BN boleh mengatakan bahawa Al Sultan Kedah melantik Datuk Rasli untuk dia sewengang-wenangnya membelakang undang-undang atau mencabul undang-undang ?

Apakah tindakan Datuk Rasli membelakangkan seksyen 10 dan 11, Akta 171 tersebut dianggap sah dari segi undang-undang ?

Kalau UMNO/BN Kedah kata sah dari segi undang-undang, maka jelaslah mereka juga buta tentang undang-undang seperti Datuk Rasli, kerana itulah banyak undang-undang yang mereka langgar semasa memerintah negeri Kedah dulu.

Jika pemimpnj UMNO/BN bersetuju tindakan Datuk Rasli sah di dalam isu perlantikan Yang diPertua Majlis Daerah Kubang Pasu, penulis mencabar UMNO/BN maupun Datuk Rasli arahkan dengan segera pegawai daerah Kubang Pasu, Datuk Abdul Aziz Bin Abdul Ghani menjalankan tugasnya sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu. Dalam hal ini, ahli-ahli majlis Kubang Pasu dan PBT Kedah nak lihat samada ia (Datuk Abdul Aziz) boleh melaksanakan tugasnya ataupun sebaliknya.

Sehingga hari ini (31 Oktober), Datuk Rasli masih lagi teragak-agak @ takut nak arahkan Datuk Abdul Aziz (Pegawai Daerah Kubang Pasu) menjalankan tugas sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu. Oleh itu, penulis ingin menasihatkan pemimpin UMNO/BN Kedah pergilah mengaji lagi tentang undang-undang Akta 171, supaya hujahnya mereka nanti selari mengikut undang-undang.

UMNO/BN Kedah dan Datuk Rasli perlu sedar bahawa segala salah laku terhadap rakyat dan kerajaan negeri Kedah tidak akan dimaafkan begitu saja, malah ia akan menjadi mimpi buruk buat mereka sepanjang hayat. Pastinya Datuk Rasli akan menjadi manusia yang hina di atas perbuatan jahatnya kepada rakyat dan kerajaan negeri Kedah selama ini. Hanya masa yang akan menentukan.

Sila lihat gambar-gambar demontrasi ahli-ahli PBT Kedah mendesak SUK meletakkan jawatan :

No comments: