DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, November 6, 2012

BILA PULA ABDULLAH SA'AMAH NAK MENGELUARKAN FATWA UNTUK MENGHARAMKAN MENGUNDI MCA-BERAPA LU NAK HA?



Kalau begini  alamatnya,  wang RM 2juta sebagai mengeluarkan "Fatwa" DAP Kafir Harbi dan haram umat Islam memberikan undi terpaksa dipulangkan balik kepada Tok Pa selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, sebab itu bukan fatwa pun.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Jaga Agama Malaysia, Jamil Khir Baharom di Parlimen hari ini bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang.


KUALA LUMPUR, 6 Nov — Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung istilah “Kafir Harbi” yang merujuk kepada komuniti bukan Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam itu juga menegaskan, gelaran Kafir Harbi, mahupun Kafir Zimmi yang dikeluarkan terhadap pihak-pihak tertentu juga adalah bersifat peribadi.


“Sehingga kini tidak ada fatwa atau pandangan hukum berkaitan kedudukan orang bukan Islam di Malaysia sebagai Kafir Harbi atau Kafir Zimmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri atau MKI,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.


Jamil turut menjelaskan, sebarang pandangan hukum di negara ini hanya sah dan diiktiraf selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).


“Fatwa dan pandangan hukum di negara ini hanya boleh dikeluarkan pihak berautoriti.


“Oleh itu, mana-mana pendapat atau institusi selain daripada dua entiti tersebut tidak boleh dianggap sebagai fatwa, sebaliknya hukuman bersifat peribadi,” katanya lagi.


Abdul Hadi sebelum ini bertanyakan soalan mengenai tindakan yang diambil terhadap pihak yang menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi.


Presiden PAS itu juga turut menyuarakan kebimbangan penggunaan istilah sedemikian yang menurutnya boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.


Mengulas berkenaan perkara itu, Jamil Khir berkata tidak wajar bagi seseorang menggunakan kebebasan bersuara sebagai alasan untuk mengeluarkan pandangan yang boleh mengelirukan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.


“Walaupun kerajaan meyakini prinsip kebebasan bersuara dan memberi pandangan, namun perkara yang berkait dengan isu agama merupakan isu sensitif bagi umat Islam,” katanya lagi.


Akhbar Utusan Malaysia pada Ogos lalu pernah mengeluarkan kenyataan berhubung satu temubual dengan pengasas Sekolah Agama Pondok Geting, Tumpat di Kelantan, Abdullah Sa’amah yang mengatakan adalah haram menyokong DAP kerana parti itu menolak hukum Islam dan turut melabelkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dengan gelaran Kafir Harbi.


Istilah Kafir Harbi merujuk kepada golongan musuh bukan Islam yang mengancam dan berperang dengan umat Islam yang mana darah mereka halal ditumpahkan.


Dalam konotasi suasana perang, ia boleh diistilahkan diperingkat negara kerana golongan Kafir Harbi itu juga turut berusaha untuk membunuh umat Islam.


LAGI SEKALI UMNO KENA KANTOI LUMAT LUNYAI!!!!!!!!!!!!!!...DUIT HABIS RM2JUTA TAPI AKHIRNYA KENA KANTOI!!!!!!.. YANG CERDIK SIGURU PONDOK YANG BODOH IALAH PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KELANTAN.

No comments: