Gambar Ketua Pengarah JAKIM Hadiri
Perhimpunan Agung Umno Tersebar..
Cuba perhatikan di sebelah kiri
Khairy Jamaluddin, dalam bulatan tu.. kalau ko orang nak tau itulah Ketua
Pengarah JAKIM sekarang, Dato' Hj. Othman bin Mustapha.
Beliau hadir semasa ucapan amanat
Presiden Umno sempena perhimpunan agong Umno semalam (27 Nov 2012).
Yang menjadi persoalannya, beliau
hadir atas kapasiti apa? Sebagai penjawat awam ke? Ataupun perwakilan?
Double standard apa yang di amalkan
oleh Umno ni, kalau penjawat awam sokong parti pemerintah di benarkan walaupun
hadir pada waktu bekerja.
Manakala, penjawat awam yang sokong
Pakatan Rakyat di beri tekanan yang pelbagai termasuklah di buang kerja. Adakah
ini amalan murni yang diterapkan daripada slogan "Rakyat Di
Dahulukan"...
***************************************
SHAH ALAM, 26 NOV - Inisiatif
Selamatkan Insan Tertindas (Insan) menentang sekeras-kerasnya campur tangan
politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)
sehingga mengakibatkan pemecatan seorang guru sementara di Sekolah Rendah Agama
Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan, Qatrun Nada Mohd Latfi.
Koordinator Insan, Mohd Faris
Abdullah menyatakan sebagai sebuah agensi awam, Jawi sepatutnya bersifat
neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan.
Katanya, campur tangan ini hanya
mencemarkan imej Jawi sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.
“Jawi juga gagal memberi sebab yang
munasabah atas pemecatan Qatrun Nada (gambar kecil). Hal ini menguatkan dakwaan
bahawa Jawi dipengaruhi oleh kepentingan politik Umno sehingga sanggup
menzalimi kakitangan sendiri.
“Perkara ini jelas bertentangan
dengan Visi Jawi sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan
Hal Ehwal Islam,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Tv Selangor.
Pada 15 September 2012, Qatrun Nada
menghadiri satu ceramah anjuran Pakatan Rakyat yang disampaikan Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau disiasat dan menerima surat pemecatan pada
24 Oktober 2012 daripada pihak Jawi.
Notis yang diterima beliau
bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan.
Qatrun Nada kemudiannya menghantar
surat rayuan untuk bertanyakan sebab secara terperinci, Jawi hanya menjawab
dengan mengatakan beliau sememangnya boleh ditamatkan perkhidmatan pada
bila-bila masa berdasarkan kontrak perlantikan.
Sebelum itu, beliau juga menerima
panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno
Labuan pada 9 Oktober lalu.
Dalam panggilan tersebut individu
berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan
politik pembangkang.
Pada 22 Oktober, Qatrun Nada
dipanggil ke pejabat Jawi Labuan untuk diselidik mengenai kegiatan luar beliau.
Akhirnya, Qatrun Nada menerima notis sebulan penamatan jawatan yang akan
berkuatkuasa pada 1 Disember ini pada 24 Oktober lalu.
Mohd Faris juga mengecam tindakan
Umno-BN yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti
lawan.
“Umno sebagai sebuah parti politik
sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitk adalah hak setiap rakyat
Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
“Insan menggesa pimpinan tertinggi
Umno mengambil tindakan tatatertib terhadap individu yang terlibat kerana
melakukan tindakan yang memburukkan imej Umno.
“Tindakan Tatatertib itu juga
penting bagi menunjukkan Umno juga menentang sebarang salah guna kuasa dalam
pengurusan parti mahupun pengurusan kerajaan,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Insan akan
menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali pada 29
November 2012 bagi mendesak beliau membebaskan Jawi daripada sebarang campur
tangan politik sempit. ~selangorku
No comments:
Post a Comment