KUALA
LUMPUR: Pendedahan Pengarah Strategi PKR,
Rafizi Ramli berhubung pendedahannya mengaitkan keluarga Datuk Seri Mohamed
Nazri Abdul Aziz dengan jutawan balak, Michael Chia menimbulkan banyak
persoalan.
“Kenyataan
Nazri mengesahkan bahawa hubungan Michael Chia dengan beliau dan anak beliau
tidak semudah 'sekadar meminjam sebuah kereta Hummer bernilai setengah juta.'
Sama seperti kes derma RM40 juta kepada Umno Sabah, takkan derma sebanyak itu
diberi tanpa mengharapkan pulangan apa-apa?” soal Ketua Penerangan PAS Pusat,
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan
Ibrahim juga bertanya selain menderma RM40 juta kepada Umno Sabah dan meminjam
kereta mewah untuk kegunaan anak Nazri, apakah ada lagi ahli politik atau orang
institusi awam seperti di Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) yang menerima habuan berbentuk derma atau pinjaman
daripada Chia?
“Adakah
Chia kini dilayan seperti seorang VVVIP di dalam Umno sebagaimana seorang
pelanggan bank yang membuka akaun mewah di mana-mana bank?
Adakah
Chia mendapat manfaat berbentuk 'kekebalan' dan 'perlindungan khas' daripada
kerajaan Umno BN atas segala kegiatannya kerana sikap 'dermawan' beliau?” tanya
beliau lagi.
Pesuruhjaya
PAS Pahang itu berkata SPRM perlu bertindak untuk membuka kembali fail Chia dan
memberikan satu jawapan yang jelas kepada rakyat Malaysia apakah asas-asas
untuk tidak meneruskan siasatan terhadap derma sebesar RM40 juta tersebut.
Chia
sebelum ini dilaporkan tertangkap dengan wang tunai bernilai RM40 juta di
Lapangan Terbang Hong Kong.
Namun,
Nazri ketika memberikan penjelasan di Parlimen berkata, wang itu adalah milik
Umno Sabah, sekaligus membersihkan Chia daripada tuduhan rasuah.
"Kalau
betul Michael Chia tidak bersalah, beliau perlu kemukakan dokumen bukti
terutamanya surat pengesahan dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong
(ICAC).
"Kita
inginkan bukti dan bukannya hanya sekadar penjelasan di Parlimen, kalau betul
dan berani sila kemukakan, saya nak tengok," sambung Rafizi lagi.
Semalam
Rafizi mendakwa kenyataan Nazri itu dilihat mempunyai konflik kepentingan.
Katanya, ini kerana anak sulung Nazri, Nedim ada hubungan dalam bentuk kenderaan dengan Chia.
Kenderaan itu ujarnya berupa SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh Nedim.
Sehubungan itu beliau juga akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin depan terhadap Nazri dan juga menuntut siasatan semula terhadap Chia.
Katanya, ini kerana anak sulung Nazri, Nedim ada hubungan dalam bentuk kenderaan dengan Chia.
Kenderaan itu ujarnya berupa SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh Nedim.
Sehubungan itu beliau juga akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin depan terhadap Nazri dan juga menuntut siasatan semula terhadap Chia.
No comments:
Post a Comment