Serangan
terhadap Najib bertalu-talu dengan pelbagai kisah dan skandal yang menyelubungi
kerjaya politiknya dan kuasanya sebagai PM. Dari keborosan beliau, isteri
beliau dan keluarganya telah didedahkian kepada umum, ditambah lagi dengan isu
skandal scorepene dengan nilai suapan lebih RM500 juta dan pembunuhan mistri
Altantuya Sharibu sering dibangkitkan tidak pernah berakhir yang mengejarnya di
mana ia pergi.
Ini
adalah pembalasan daripada Allah kepada beliau yang menyebabkan beliau tidak lena
tidur menanti kesudahan episod ini. Yang pastinya orang yang dizalimi tidak
akan berdiam diri, dan orang yang menzalimi pasti akan dihukum di dunia lagi.
Kini
Najib diserang olah kenalan rapat bininya Rosmah Mansor mencerita
segala-segalanya dan rakyat sudah mulai kenal siapa dia Najib yang sebenarnya.
Kenyataan Musa Hassan terhadap Hishamuddin sepupunya yang mencampuri urusan
polis yang menyalahi undang-undang menambah lagi luka di hatinya. Hukum karma
sedang melanda Najib sekarang. Kita tunggu dan lihat kisah ini selanjutnya.
*********************************
KUALA
LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak sendiri yang sepatutnya menjawab dakwaan yang dibuat ahli perniagaan
Deepak Jaikishan di dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno hari
ini atas tiga sebab.
Penasihat
DAP, Lim Kit Siang menyatakan demikian sebagai respons kepada Menteri
Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengatakan
akan menjawab dakwaan Deepak Jaikishan terhadap keluarga Najib yang turut
melibatkan kes pembunuhan berprofil tinggi seorang warga Mongolia Altantuya
Shaariibuu.
Justeru,
tegas Ahli Parlimen Ipoh Timur itu bahawa sepatutnya Najib yang menjawab
dakwaan itu, bukannya Zahid.
Pertama,
katanya dakwaan Deepak melibatkan keluarga Najib, yang mana dia telah membayar
sejumlah wang yang tidak didedahkan untuk campur tangan Perdana Menteri bagi
membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu projek Kementerian Pertahanan pada
2005 yang bernilai RM100 juta sewaktu Najib merupakan Menteri Pertahanan –
membuat perjanjian dengan syarikat ketua Wanita Umno Selangor yang
membolehkannya menyertai sebagai pihak ketiga.
“Memandangkan
Najib bukan sahaja hadir tetapi juga mengepalai Umno, beliau sepatutnya
menjawab kerana apa sahaja yang dikatakan Zahid tidak lebih sekadar khabar
angin dan tidak mempunyai kewibawaan dan legitimasi,” ujarnya dalam satu
kenyataan.
Kedua,
kata Lim, hubung kait Deepak dengan kes pembunuhan berprofil tinggi warga
Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Katanya,
Deepek telah meluahkan kekesalan melibatkan diri dalam rancangan membuatkan
penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat Pengakuan Bersumpah kedua, menarik
balik Pengakuan Bersumpah pertama yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan warga
Mongolia Altantuya.
Menurutnya,
di dalam satu wawancara Deepak mengatakan yang beliau terlibat dalam kes Bala
bagi membantu “keluarga Perdana Menteri”.
“Sekali
lagi, jawapan Zahid terhadap dakwaan Deepak tidak akan memuaskan kerana hanya
Najib yang sesuai menjawab dengan berwibawa semua dakwaan itu,” ujarnya.
Ketiga,
katanya ia merupakan batu uji kepada Ucapan Dasar Presiden Umno kelmarin yang
menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak sepatutnya diberikan peluang untuk
memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 memandangkan Umno Barisan Nasional mampu
membawa kejayaan besar memerintah Malaysia sejak lima dekad lalu – salah
satunya adalah “keampuhan institusi negara”.
Beliau
berkata, keburukan skandal Deepak/Bala/Altantuya adalah pengakuan memalukan,
bukan kepada kejayaan tetapi korupsi dan memusnahkan “keampuhan institusi
negara” memandangkan Malaysia tidak mungkin akan terjerumus ke keadaan buruk
dalam kes pembunuhan Altantuya sekiranya pelbagai institusi negara, sama ada
polis, badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
dan akhbar Malaysia memelihara dan menegakkan integriti, kebebasan dan
profesionalisme mereka.
Sehubungan
itu, Lim mempersoalkan adakah Najib bersedia menyangkal tuduhan-tuduhan
terhadapnya, kerajaannya dan negara dengan menyerahkan dirinya untuk satu
siasatan awam yang menyeluruh dan bebas terhadap skandal Deepak/Bala/Altantuya
dan mengumumkannya pada penggulungan Perhimpunan Agung Umno hari ini.
Bagi
Lim, sekiranya Najib bersedia menyerahkan dirinya untuk satu siasatan awam yang
menyeluruh dan bebas ke atas skandal Deepak/Bala/Altantuya, maka permohonan
maafnya di dalam Ucapan Dasarnya bagi pihak kepimpinan Umno atas sebarang “kesalahan”
atau “kekhilafan” adalah jujur.
“Jika
tidak, permohonan maafnya tidak lebih daripada sekadar retorik,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment