DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, October 19, 2012

UTUSAN SEKS NAK KENA SAMAN LAGI NI



Penafian ini tak akan keluar dalam Utusan Meloya

ALOR SETAR - DAP Kedah membuat laporan polis mengenai laporan sebuah akhbar yang didakwa memutarbelitkan kenyataan pengerusinya, Lee Guan Aik mengenai isu model bukan Islam berpakaian sopan pada papan tanda iklan.




Guan Aik berkata, laporan tajuk utama dan isi kandungan akhbar berkenaan bercanggah dengan kandungan yang disiarkan dalam media lain dengan tidak melaporkan kenyataan sebenarnya ketika sidang media Ahad lalu.

Beliau berkata, tajuk laporan media berkenaan turut memberi gambaran yang berniat jahat dengan maksud untuk memfitnah seolah-olah DAP dan beliau adalah anti Islam serta membangkitkan isu sentimen kaum termasuk agama.

“Maksud kenyataan yang disiarkan itu bukan sahaja mengelirukan pihak tertentu tetapi orang Melayu dan umat Islam.

“Laporan polis ini untuk menjaga keselamatan saya dan ahli DAP di negeri ini kerana khuatir boleh mendatangkan bahaya jika berlaku sesuatu kerana ia berkaitan dengan isu agama serta kaum,” katanya kepada media di pejabat DAP Kedah di sini, semalam.

Hadir sama, ahli majlis yang juga ahli Jawatankuasa Pemuda DAP Alor Setar, Vincent Chee dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang.

Menurutnya, perkara itu bukan isu politik tetapi lebih kepada isu moral namun dipolitikkan melalui media.

“Tajuk pada akhbar berkenaan seolah-olah sengaja mahu memburukkan nama DAP dan ada niat tak betul. Namun saya yakin ini tidak akan menjejaskan kesepakatan kami dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Saya nafi apa yang tersiar dalam akhbar berkenaan kerana tidak benar. Mereka perlu tampil mohon maaf terhadap laporan itu,” katanya.

Menurutnya dalam masa yang sama, beliau akan mendapatkan pandangan peguam dari DAP sama ada perlu membawa kes berkenaan ke mahkamah.
Kelmarin, sebuah akhbar dipetik berkata, DAP tidak sekali-kali membenarkan undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini termasuk garis panduan papan iklan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Guan Aik dilapor berkata, DAP membantah garis panduan itu yang antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan bertudung jika beragama Islam manakala model bukan Islam perlu berpakaian sopan.

Pada sidang media itu, DAP menyelar MCA Kedah yang disifatkan sengaja memutar belit kenyataan Datuk Bandar berhubung perkara sama apabila Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew menyindir MBAS yang dikatakan mengikut jejak Kelantan dalam melaksanakan ketetapan berhubung papan iklan.

No comments: