Orang Berak Tengah Jalan Tidak Akan Mengaku...
Oleh : MSO
Oleh : MSO
Mahathir Mohamad sangat percaya beliau seorang yang perfect dan
bijak. Kebijaksanaannya mengatasi daripada semua orang bijak di negara ini. Dia
juga seorang yang bukan mudah mengaku dan insaf dengan apa-apa kesilapan yang
dilakukan. Hampir tidak ada langsung pengakuan terbuka daripada Mahathir
apa-apa kesilapan yang beliau lakukan dalam tempoh 22 tahun menjadi perdana
menteri walaupun ada yang jelas kesalahannya.
Mengenai perpecahan Melayu yang berlaku serang ini, dunia
sudah menerima bahawa puncanya disebabkan oleh politik diktator beliau. Kerana
sikap dan ketamakan kuasanya menyebabkan berlaku perpecahan di dalam masyarakat
Melayu. Tetapi beliau tidak pernah mengakuinya dan tetap mahu menunding jari
kepada pihak lain.
Kalau beliau menuduh Anwar Ibrahim sebagai licit dan bijak mempengaruhi rakyat bagi melindungkan perbuatan rendah moralnya (seperti mana kata Mahathir), maka beliau juga begitu tidak lebih dan tidak kurang dengan Anwar. Mahathir juga ada tektik atau cara tersendiri untuk menghilangkan keraguan rakyat ke atas apa-apa perbuatan jahat dan buruknya.
Salah satu tektik digunakan Mahathir ialah dia akan mengaku secara sinis apa-apa tuduhan ke atasnya. Misalnya kalau ada orang mengatakan pemimpinnya lemah, beliau akan menjawab dengan mengakui; iya pimpinan saya lemah, awak yang kuat. Kalau orang menuduh dia korupsi, merompak harta rakyat, dia akan menjawab; ia saya memang korupsi.
Dengan menjawab secara sinis begitu menyebabkan beliau terlepas dari tuduhan itu. Jawaban sebegitu juga menjadikan orang akan lebih simpati kepadanya. Walhal jawaban merupakan pengakuan itu sesuatu yang benar dilakukannya. Inilah kelicitan Mahathir yang jarang diketahui atau disedari umum.
Mahathit tidak akan mengaku kesalahan dan kesilapan dilakukannya. Perangai ini samalah dengan seseorang yang berak di tengah jalan, dia tidak akan mengaku. Seboleh-boleh dia tetap akan mempertahankan dirinya dan akan cuba mencari helah lain bagi tidak menampakkan dirinya yang buat jahat. Hatta kalau tahi 'berporah' di duburnya dia masih mengelak dengan berbagai helan dan alasan. Dia tetap akan mencari kambing hitam untuk melepaskan diri.
Misalnya tuduhan berupa kajian kenapa orang Melayu kini berpecah menjadi kepada tiga firkah, Umno, PKR dan Pas, puncan besarnya ialah terletak ditangan Mahathir. Dia kena bertanggungjawab ke atas perpecahan ini. Apakah Mahathir sedar atau tidak, sehinggakan beliau boleh menolak situasi ini, begitu saja? Mahathir tidak mudah lupa sebab dia bukan Melayu?
Bila berhadapan dengan masalah ini Mahathir tidak akan mengakuinya dan akan menolak serta mencari sebab-sebab lain bagi tidak menampakkan dia bersalah. Menurutnya perpecahan di kalangan orang Melayu bukan baru tetapi ia berlaku sejak lama dulu. Orang bertanggungjawab memecahkan orang Melayu menurut otak Mahathir ialah Onn Jaafar kerana Onn Jaafar keluar dari Umno dan menubuh parti baru.
Begitu juga dengan apa dilakukan Tengku Razaleigh Hamzah, beliau menyifatkan perpecahan kedua disebabkan Tengku Razaleigh yang menubuhkan parti Semangat 46. Perpecahan itu terbawa pula kepada Anwar Ibrahim yang menubuhkan Parti Keadilan Nasional (Keadilan). Nama-nama disebut Mahathir dan peristiwa itu untuk menunjukkan perpecahan Melayu bukan baru dan bukan disebabkan olehnya.
Mahathir boleh bergendang dengan sejarah itu, meralatkan dirinya dengan mengungkitkan peristiwa pada tahun sebelum merdeka, apa dilakukan Onn Jaaafar, tetapi apakah beliau boleh menari seiri9ng dengan gendang itu kerana kepincangan dan kesumbangannya jelas. Apa-apa petaka yang berlaku selepas separuh tempoh pasca merdeka beliau kena bertanggungjawab?
Perpecahan tahun 1987 hingga tertubuh Semangat 46, adalah kerana Mahathir. Begitu juga dengan perpecahan tahgun 1998 sehingga tertubuhnya Keadilan kerana Mahathir.
Kecuali perpecahan orang Melayu sehingga tertubuhnya Pas, Mahathir tidak boleh dipertanggungjawabkan, tetapi dua perpecahan kemudian adalah atas tanggungjawab Mahathir. Kalau beliau ingin mengatakan Onn Jaaffar sebagai "bapa perpecahan" beliau harus menerima gelaran bapa dan ibu perpecahan, kerana dua kali orang Melayu semasa pentadirannya berpecah.
Jika dilihat kepada luruh perpecahan itu Mahathir seakan sengaja mahu melakukannya kerana kepentingan diri dan kekuasaanya. Beliau sanggup mengambil jalan ganjil dan anih untuk mengekalkan kekuasaanya. Dalam kes ini beliau benar-benar menjadi diktator politik terhadap orang Melayu.
Parti Semangat 46 tidak akan tertubuh kalau bukan disebabkan pengaruh Tengku Razaleigh sama hebat dengannya, dan beliau hampir-hampir kalah ditangan Tengku Razaleigh. Kekalahan itu menyebabkan beliau menjadi berang dan dendam. Cara bijak tetapi jahat dilakukan ialah dengan 'mengharamkan' Umno dan menubuh Umno Baru.
Sekali lagi Mahathir akan mengelik dengan berselindung disebalik mahkamah terhadap pengharaman Umno ini. Sebenarnya sebagai presiden dan PM beliau boleh menyelamatkan Umno dari tidak diharamkan. Tetapi kerana itulah idea yang lahir untuk memastikan beliau terus kekal, maka rumah (Umno) terpaksa dibakar dan menubuh rumah baru (Umno Baru). Apakah perbuatan ini tidak boleh dinamakan jahat?
Demikian juga dengan penubuhan PKR kini disebabkan kezaliman Mahathir terhadap Anwar. Ketakutan yang menghantu-jemalangkan Mahathir menyebabkan beliau mengambil jalan songsang membunuh anaknya sendiri. Tidakkah Anwar masuk Umno menerusi pintu rumah Mahathir? Tidak perlu dipersoalkan apakah anak itu (Anwar) bersifat dan berperanan sebagai Musa dengan Firaun, tetapi yang jelasnya Mahathir tidak menyelesaikan pertikaikan beliau dengan Anwar secara baik sehingga berlaku perpecahan Melayu.
Dari dua peristiwa itu sekiranya Mahathir bersikap tawaduk, mungkin Melayu (Umno) tidak akan berpecah. Tetapi kerana Mahathir rakus dan tamakkan kuasa maka berlakulah apa yang berlaku. Natijah besar daripada hasil tindakan diktator politik Mahathir itu menyebabkan Umno hari ini keadaanya seperti telor di hujung tanduk menyebabkan nafas BN di hujung pedang! Umno kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen. Umno jadi terus menirus dengan perpecahan demi perpecahan yang dicipta Mahathir yang tujuannya bukan menguatkan Melayu tetapi memberaikan Melayu kerana beliau mahu memastikan kuasanya kekal.
Sudah lama saya mengatakan Mahathir bukan seorang pemimpin yang bersifat dan berperanan sebagai biduk yang akan menakutkan kimbang-kimbang di tasik, tetapi dia adalah galah panjang yang menyocok hati orang Melayu terutamanya Pas supaya terus berpecah dan bergasak dengan Umno. Mahathir tidak mampu menafikan kejelekkan ini kerana semua yang beliau lakukan dikaji, dianalisa kemudian dirumuskan... dari masa ke semasa dari generasi ke generasi. Kewangian Mahathir tetap juga akan 'dawas'.

No comments:
Post a Comment