DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, October 24, 2012

MP UMNO TERKEDU : DAP TEPUK MEJA BELA TUAN GURU NIK AZIZ DI PARLIMEN



Memang gempaq habih...

Hinggakan MP Umno pun terkedu tengok DAP sampai tepuk-tepuk meja pertahan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Parlimen...


DAP nampak gayanya lebih pandai hormati Islam dan Ulama berbanding MCA... Yang lebih mengharukan, MP DAP merujuk Nik Aziz sebagai "Tok Guru'... Nah hamek kaww... duk kacau HARIMAU yang sedang tidur... kan dah kena.... tu baru satu, belum lagi yang lain-lain... haha...

Ehh!!
Korang perasan tak??
Mana si Hassan Jati yerk...
Mana si Zul Kulim...
Mana si Berahim al kataki...
Ehh!! si Nasha pun diam gak ka...
Mana plak kepimpinan Umno....
Adakah semuanya menepuk tangan apabila Islam dihina dan ulama diperlekehkan oleh MCA???

***********************************

Isu rogol: DAP tepuk meja bela Nik Aziz
DAP hari ini berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.
Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.- Malaysiakini

No comments: