DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, October 25, 2012

KES RAYUAN CIF INSPEKTOR AZILAH HADRI DAN LANS KOPERAL SIRUL AZHAR UMAR DIJATUHKAN DIHUKUM MATI KERANA MEMBUNUH ALTANTUYA MENGULANGI NASIB YANG MENIMPA KES PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI MEMALI, KEDAH DITANGGUH BERULANG KALI SEHINGGA KINI TIDAK SELESAI-SELESAI KERANA KERAJAAN (BACA : UMNO) MAIN SILAP MATA



 KES RAYUAN DUA ORANG PEGAWAI POLIS INI TIDAK AKAN SELESAI SEHINGGALAH DUNIA INI KIAMAT SELAGI UMNO BERKUASA-BERI KEPADA PR SUDAH PASTI KES PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI MEMALI DAN KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA PASTINYA AKAN MENDAPAT PEMBELAAN YANG ADIL

Kes rayuan pembunuhan Altantuya ditangguh lagi - pada saat akhir

Mahkamah Rayuan telah sekali lagi menangguhkan pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Sebelum ini, kes rayuan tersebut yang dijadual didengar pada bulan Ogos telah ditangguhkan dan tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November ini.

Peguam Hazman Ahmad yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, ketika dihubungi semalam berkata, tiada tarikh baru yang ditetapkan.

Hazman tidak membalas SMS Malaysiakini mengenai sebab pendengaran kes rayuan tersebut ditangguhkan.


Apabila pendengaran kes rayuan tersebut yang dijadualkan pada 27 Ogos ditangguhkan pada bulan Julai, peguambela berpendapat ia disebabkan oleh sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pada April 2009, Azilah dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar dijatuhkan dihukum mati kerana membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari.


Penghakiman bertulis hanya dikeluarkan pada bulan Mac tahun ini.

Penangguhan secara tiba-tiba semalam itu dilihat sebagai aneh kerana hanya minggu lepas peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, mengesahkan pendengaran kes rayuan itu akan berjalan seperti yang dijadualkan.

Hasnal juga memberitahu Malaysiakini bahawa mahkamah telah memberi amaran kepada peguambela ketika itu bahawa tiada lagi penangguhan akan dibenarkan.

Pada masa itu, Malaysiakini juga meminta pengesahan daripada seorang timbalan pendakwaraya kanan yang terlibat mengendalikan kes tersebut, dan beliau berkata ia akan berjalan seperti yang dijadualkan, sambil berkata Pejabat Peguam Negara sedang sibuk membuat persediaan.

No comments: