Oleh : Aspan Alias
Isu RM40 juta yang dirampas oleh
penguasa Hong Kong beberapa ketika dahulu tetap menjadi isu ramai terutamanya
di Sabah dan seluruh negara amnya. Musa Aman, Ketua Menteri Sabah, yang dikatakan
empunya kepada wang itu telah menafikannya yang wang sejumlah itu bukan untuk
beliau tetapi untuk sumbangan kepada parti UMNO yang sehingga hari ini tidak
diberitahu siapakah penyumbangnya.
Nazri Aziz telah menjawab isu ini di
Parlimen pada 11 Oktober lalu dan beliau telah memberitahu Dewan Rakyat yang
wang itu merupakan sumbangan politik kepada UMNO. Peguam Negara pun telah
memutuskan untuk tidak melakukan apa-apa kerana beliau mengatakan yang tidak
ada kes terhadap Musa Aman. Najib tidak memberikan apa-apa komen tetapi hanya
menyatakan UMNO tidak bercadang untuk memberitahu siapa penderma itu.
Saya selalu berkata rakyat tidak
perlu membuat apa-apa tindakan kerana di negara ini yang berkuasa adalah
kumpulan yang sentiasa terlepas daripada tuduhan. Mereka mempunyai kuasa dan
tidak ada siapa yang boleh membuktikan pembabitan mana-mana pembesar negara
kerana mereka adalah ‘supreme’ dan tidak boleh dibawa ke tengah oleh sesiapa
juga termasuk Peguam Negara kita yang begitu ‘controversial’ imejnya di mata
rakyat bukan sahaja rakyat tempatan tetapi juga masyarakat antarabangsa.
Undang-undang digubal bukan untuk
mencari kebenaran tetapi untuk menutupi kebenaran. Mereka yang berkuasa
menggunakan undang-undang untuk kepentingan pihak yang berkuasa dan berpengaruh.
Itulah sebabnya rakyat tidak mahu lagi mengambil tindakan melalui undang-undang
tetapi sebaliknya mahu mengambilnya dengan cara politik. Maka rakyat sudah
begitu ramai yang telah memutuskan untuk membetulkan keadaan ini dalam
pilihanraya yang akan datang.
Jika kita hendak mengambil tindakan
undang-undang terhadap penjenayah rasuah ini mungkin ia memakan masa lima puluh
tahun untuk menyelesaikan semua kes-kes ini. Setiap peringkat kerajaan BN hari
ini disaluti oleh budaya rasuah yang tidak mungkin dapat diselesaikan sampai
bila-bila jika mereka yang berkuasa sekarang ini masih berkeliaran di Putrajaya
itu. Masing-masing dalam kerajaan pada hari ini tidak mahu mengambil tindakan
kepada sesiapa termasuk mereka di dalam badan undang-undang. Masing-masing
mempunyai saham dalam kegiatan rasuah ini.
Cara terbaik ialah dengan mengambil
alih pentadbiran dengan cara terhormat ia itu melalui pilihanraya yang bakal
tiba ini. Jika ‘legal cheating’ oleh pihak BN dapat dielakkan, ramai
berkeyakinan yang BN akan duduk di pihak pembangkang selepas sahaja pilihanraya
ini berlaku.
Ibarat bermain gasing,
bergilir-gilir memusing dan memangkah. Selama ini hanya pembangkang sahaja yang
memusing dan dipangkah oleh BN sejak 55 tahun dahulu. Kali ini biarlah BN pula
yang memusing dan PR pula yang memangkah.
Sesungguhnya isu Musa Aman ini akan
selesai jika rakyat Sabah yang sedar mampu bersatu untuk menolak parti yang
beliau pimpin di sana.
Ulasan
:
Manusia
telah dijadikan PenciptaNya dengan sifat serba KEKURANGAN. Jadi kita sebagai
hamba kepada Pencipta wajib menerima hakikat sepandaimana pun kita dari segi
pemikiran manusia, jika Allah hendak menunjukkan kebodohan kita, budak belum
akil baliq pun dapat nampak kebodohan kita.
Kita yang berada dipentas dunia ini diibaratkan sebagai pelakun pentas, dengan skrip2 yang ditulis dan diarah oleh yang memiliki kuasa "tumpangan" yang diberi oleh rakyat. Jika kita tamak hendak membolot kesemua kuasa sambil, memilih saudara-mara kita untuk menerima habuan kesenangan, kita kena ingat, rakyat juga menjadi juri apabila sampai pilihanraya.
Yang berkuasa dapat menyogok rakyat dalam bentuk wangringgit yang beban hutangnya ditanggung oleh rakyat, Penyanyangak ini mesti ingat rakyat telah disekolahkan dalam tempoh 55 tahun kita merdeka dalam matapelajaran ditipu, diugut,diancam, ditindas dan sebagainya.
Apabila sampai masa juri(rakyat) akan membuat keputusan, InsyaAllah mereka yang telah diberi mandat untuk memerintah dan mentadbir wang negara selama 55 tahiun ini akan didapati BERSALAH keatas tuduhan2 berikut;:
Mengamalkan RASUAH;
Menyalahguna kuasa,
Menzalami Rakyat,
Menekan Rakyat dengan perentah yang tidak adil,
Merompak harta negara,
Menginiaya rakyat dengan beban hutang,
Menipu rakyat dengan melaksanakan projek2 mega dan penswastaan dimana kehidupan rakyat tertekan sepanjang 55 tahun memerintah.
Memberi rasuah kepada rakyat apabila kuasa tergugat.
Melakukan pendakwaan terpilih.
Dengan salahlaku diatas;Pada PRU ke 13 juri dengan ini mendapati Kerajaan BN didapati BERSALAH dan dilucut hak untuk memerintah negara sehingga rakyat berpuashati yang mereka ini telah dibersihkan dari salahlaku yang telah dilakukan.
Rasalah pula jadi kaum yang kena perintah.
Nak lari pun tak berguna lagi kerana sepertimana kita tahu, dunia ini bulat.
Lihatlah contoh tikus dalam makmal yang diisi dalam sangkar bulat, sentiasa belari tapi ditempat yang sama.../.......sehingga sapai masa dijadikan bahan ujikaji......

No comments:
Post a Comment