Jumlah ‘dislike’ #TanyaNajib bukti
orang muda tolak PM, Bajet BN
KUALA LUMPUR 5 Oktober: Jumlah ‘dislike’ yang jauh melebihi ‘like’ pada rakaman Youtube sesi #TanyaNajib 2013 melalui Google Hangout jelas menunjukkan warga maya, kebanyakannya orang muda menolak kepimpinan Perdana Menteri itu, terutama mengenai Bajet BN 2013.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, sangat pelik apabila percubaan Najib mendekati orang muda ditolak melalui jumlah ‘dislike’ yang direkodkan.
Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013 dan rakaman sesi itu dimuat naik di Youtube rasmi beliau sendiri dan saluran Astro Awani.
Pada rakaman itu sebelum ia ditarik balik, jumlah ‘dislike’ penonton adalah 1,409 dan ‘like’ pula 605, manakala di saluran Astro Awani, jumlah ‘dislike’ adalah 1,774 berbanding ‘like’ sebanyak 90.
Bagi menutup malu, video itu turut diprivatekan sebelum itu. Ini jauh berbeza dengan sambutan terhadap #BorakAnwar yang mendapat sambutan hangat dalam acara sama baru-baru ini.
“Orang muda tak mahu lihat Najib
cakap banyak sangat, sebaliknya sahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Najib juga hanya beri jawapan
selamat dan retorik…soalan kritikal dan penting tidak dilayan,” kata Khai Loon ketika dihubungi.
Malah Najib juga tidak menjawab
soalan oleh Khai Loon seperti ketidakhadiran beliau ketika Anwar membahaskan
Bajet 2013 dan pertembungan peranannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan.
“Walaupun Najib tidak jawab (soalan
kritikal), orang muda bijak dan akan menilai kelayakan beliau sebagai Perdana
Menteri, khasnya ketika pilihan raya umum akan datang,” kata Khai Loon lagi.
Anwar merupakan pemimpin pertama di Malaysia dan Asia
Tenggara memanfaatkan Google Hangout. Setakat ini, jumlah ‘like’ pada rakaman
sesi yang dimuat naik di saluran ‘Anwar Ibrahim’ adalah sebanyak 1,352 manakala
‘dislike’ hanya 163.
ORANG MUDA TETAP MENOLAK NAJIB
Cubaan Najib untuk memikat hati
pengundi muda nampaknya tetap melalui jalan buntu. Dalam Bajet 2013, beliau
memperkenalkan BR1M 2.0 yang memperuntukkan habuan sebanyak RM250 untuk orang
bujang berusia antara 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan RM2000 ke bawah,
selain memperkenalkan rebet RM200 untuk mereka memiliki telefon pintar.
Pemberian itu disambut dingin oleh majoriti orang muda. Berbanding gejala rasuah, skandal dan penyelewengan yang terus berleluasa, habuan RM 200 dan RM250 itu langsung tidak mengocak iman mereka. Lagi pula, berbanding PR yang menawarkan penurunan harga kereta, pinjaman PTPTTM dihapuskan dan sebuah kerajaan yang lebih telus dan terurus, ia ternyata jauh lebih menarik hati golongan muda.
Sebab itu, walaupun bajet ini kali dianggap terbaik oleh UMNO, rakyat dan anak muda umumnya hanya berbicara sehari dua saja mengenainya. Selain tiada pembaharuan dan arah tuju yang jelas, bajet kali ini hanya dipenuhi pemberian tunai yang minta dibalas dengan undi dalam pilihanraya sahaja. Selebihnya kosong.
Dengan hasrat untuk berinteraksi dengan golongan muda yang menguasai dunia maya, Najib juga cuba meniru pendekatan Anwar dengan tampil melalui Google Hangout dalam program #tanyanajib pada 3 Oktober lalu dengan tujuan mempromosi segala macam "goodies" yang diagih-agihkannya bak Santa Claus itu.
Namun agak malang juga, soalan-soalan yang diajukan dalam program itu akhirnya dijadikan medan bahan jenaka dan mempersenda beliau. Lebih banyak soalan menyindir, mempersenda, memperlekeh malah mempermain-mainkan Perdana Menteri berbanding soalan yang berkaitan dengan bajet, walaupun ia agak hebat dipromosi sebelumnya. Isteri beliau, Rosmah Mansor juga turut dijadikan bahan jenaka dalam soalan yang dikemukakan anak-anak muda.
Ketika rakamannya disiarkan di Youtube pula, dalam tempoh sekejap saja penonton yang tidak suka atau dislike melonjak begitu tinggi berbanding mereka yang suka atau like. Direkodkan sebanyak 1,400 dislike berbanding 104 like dalam tempoh singkat sehingga akhirnya menyebabkan rakaman itu "diprivatekan" untuk mengelakkan lebih banyak timbunan dislike daripada penonton yang tentunya terdiri daripada anak-anak muda.
Video Najib itu bagaimanapun kemudiannya disiarkan pula dalam web astroawani dan sehingga kini penonton yang dislike sudah melebihi 10,000 berbanding hanya 1000 lebih yang like.
Hakikat in memperlihatkan bahawa Najib sebenarnya ditolak mentah-mentah oleh majoriti anak muda. Pemberian goodies atau gula-gula pilihanraya langsung tidak memikat hati anak muda kerana bukan itu yang dimahukan oleh mereka daripada sebuah kerajaan dan dari seorang Perdana Menteri.
Jika sekadar duit tunai RM200 atau RM250, anak-anak muda sebenarnya boleh memperolehinya dengan meminta daripada ibu bapa masing-masing atau melakukan kerja sambilan di KFC atau Mc Donalds pada hujung minggu. Daripada sebuah kerajaan, pengharapan anak-anak muda lebih daripada itu.
Mereka tentunya mengharapkan kerajaan dan pemimpin yang baik, mengutamakan rakyat dan peka kepada keperluan mereka seperti pendidikan, pengangkutan, pekerjaan, kesihatan, perumahan dan sebagainya. Dan mereka juga mahukan kerajaan yang bebas dari skandal, rasuah, penyelewengan serta elemen membolot kekayaan peribadi di kalangan pemimpinnya.
Tetapi Najib dengan memberi tunai sebanyak itu, dalam masa yang sama gagal mewujudkan kerajaan yang benar-benar diyakini serta kelompok pemimpin yang bersih moralnya. Bahkan beliau juga gagal mencontohkan diri dan keluarganya sebagai idola yang boleh dijadikan ikutan serta teladan.
Meskipun sebelum ini dalam beberapa program yang melibatkan anak-anak muda, mereka dilihat memberi sokongan dengan kehadiran yang ramai tetapi sebenarnya kehadiran itu bukan untuk Najib. Ia mungkin hanya untuk UMNO dan kerajaan sahaja. Dan mungkin juga kehadiran dalam beberapa program sebelum ini adalah sekadar pengisian masa lapang saja.
Ramai anak muda sebenarnya tidak suka dengan cara kepimpinan Najib yang penuh retorik, bergaya mewah, tidak tegas serta kurang keberanian dalam menghadapi isu yang melanda negara. Selain anak-anak muda yang sebahagian besarnya tetap menolak UMNO dan kerajaan yang ada, sebahagian lagi mungkin hanya menerima UMNO atas sebab-sebab nostalgia namun tidak rela negara ini terus dipimpin oleh Najib selepas pilihanraya ini.
Bagi anak muda, dengan menyatakan penentangan secara terbuka kepada kepimpinan Najib, ia adalah pembuka lembaran kepada perubahan sistem baru politik negara ini. Ramai kalangan anak muda yang merasakan negara ini akan menjadi lebih malap sekiranya ia terus dikuasai oleh UMNO. Lebih gelita jika Najib terus kekal sebagai PM. Menolak UMNO dan Najib hanyalah untuk merubah sistem politik yang ada dan menandakan bermulanya sistem dua parti yang dilihat amat praktikal demi kebaikan semua orang.
Dengan menumbangkan Najib dan UMNO dan menjadikan PR kerajaan baru selepss pilihanraya akan datang, rakyat akan dapat menilai perbezaan antara BN dan PR. Jika selepas lima tahun, PR gagal berfungsi dengan baik dan tidak menunaikan janji-janjinya, PR dengan mudah boleh dijatuhkan dan digantikan dengan BN semula.
Permulaan kepada sistem kerajaan yang boleh bertukar ganti itu hanya mungkin dapat dilakukan jika UMNO ditumbangkan terlebih dahulu. Tanpa UMNO dan BN ditumbangkan, ia mustahil dilakukan atau mungkin memerlukan 50 tahun akan datang lagi untuk melakukannya.
Anak muda secara umumnya menguasai lebih 40 peratus daripada pengundi berdaftar dan dilihat paling aktif. Gambaran penolakan anak muda yang dipamerkan terhadap Najib dalam program Google Hangout serta terhadap gula-gula pilihanraya dalam Bajet 2013 adalah sesuatu yang baik untuk negara dan kita semua.
Penolakan itu bukan saja harus sentiasa dipertingkatkan, malah seharusnya diraikan juga.

No comments:
Post a Comment