DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, October 19, 2012

BUDAK SEKOLAH KIARAMAS MALUKAN NAJIB



Rupanya benarlah tindakan Perdana Menteri Najib sehingga kini mengelak untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim walaupun berkali-kali dipelawa malah didesak supaya berbuat demikian.

Jangankan dengan Anwar, dengan budak sekolah pun Najib langsung tidak dapat menjawab soalan fardu ain asas yang diajar dari kecil lagi!


Najib hadir di pameran pendidikan tersebut pada 13 Mac 2012 dan video tersebut memaparkan kununnya Najib tertarik dengan kaedah "Peta Pemikiran" (Mind Mapping) untuk matapelajaran Pendidikan Islam yang dipamerkan oleh Sekolah Kebangsaan Kiaramas, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Buktinya, saksikan dari minit ke 2:00 video di bawah ini, anda akan melihat Najib soal oleh salah seorang pelajar dari sekolah tersebut yang terlibat dengan projek i-THINK Pilot.

Soalan yang ditanya oleh salah seorang pelajar itu setelah menjelaskan tentang taktifan dan contoh najis Mutawassitah (najis sederhana) dan bertanya kepada Najib Altantuya dengan memintanya memberikan jawapan kepada soalan: “Bolehkah Datuk Seri memberikan contoh untuk najis Mughallazah?”

Najib ternyata gagal memberikan jawapan lantas berpaling kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dengan harapan mendapat bantuan tetapi Muhyiddin juga sama seperti Najib gagal memberikan jawapan hingga akhirnya murid lelaki yang bernama Hafiz di sebelah murid yang bertanya tadi membantu memulihkan air muka Najib  yang tergamam dengan memberikan cadangan iaitu Babi.

Nampaknya bukan setakat Najib terkantoi, malah Muhyiddin yang kunun hendak 'mengenakan' Najib Altantuya turut terkantoi sama!

Kah kah kah...

No comments: