Sebelum kita jawab Dato Najib- kita
komen sedikit mengenai kenyataan Dr Mahathir. the man who can walk on water.
setelah 55 tahun, dibawah pemerintahan UMNO, Dr Mahathir kata orang Melayu
mengemis ditanah air mereka sendiri. Adakah keadaan demikian disebabkan oleh
PAS, PKR dan DAP? Atau adakah keadaan orang Melayu itu disebabkan
kesemulajadian mereka iu berbangsanya Melayu?
Mahathir akan mengatakan all of the
above. Its in the genes. Melayu bodoh kata Dr Mahathir.
Keadaan orang Melayu jadi begini
adalah disebabkan kepimpinan mereka. Dan hampir seluruh tempoh hidup orang
Melayu dizaman moden ini, mereka diperintah oleh UMNO. Inginlah saya mengulangi
apa yang pernah dinyatakan oleh Pendita Zaaba puluhan tahun yang lampau- seolah
olah penulisan Zaaba menggambarkan apa yang akan dilakukan oleh UMNO
Maka keadaan
kehidupan anak2 Melayu sekarang……mereka telah kena perabdikan dan kena picit
dan perah dan ramas ditangan pemerintah2 nya –iaitu pemerintah2 daripada bangsa
mereka sendiri.
Tidak syak lagi yang dimaksudkan
oleh Pendita Zaaba ialah UMNO!.
Dr Mahathir tidak berhenti daripada
membodohkan orang Melayu. Yang pegang kuasa ialah UMNO dan 22 tahun darinya di
pegang oleh Dr Mahathir sendiri. Masa nya sudah tiba kita buangkan rasa
sentimentalism terhadap UMNO yang telah merompak kekayaan negara dan melanun
kekayaan negara. Yang kaya ialah Melayu terpilih.
Yang memegang kuasa ialah UMNO dan
gerombolan penyamun BN. suatu hari dirumah Dato Najib , dia memberitahu saya Dr
Mahathir menyamun kekayaan negara melalui projek lebuhraya, projek pelabuhan,
projek IPP. Tun Musa Hitam berpendapat Dr Mahathir tidak ada perasaan malu bila
menyatakan bahawa pemimpin negara ini korap dari yang paling atas sampai
kebawah. Sedangkan yang memulakan budaya merasuah ialah Dr Mahathir sendiri.
Tun Daim beritahu saya- sejarah akan menghukum Mahathir dari satu sudut sahaja,
iaitu rasuah yang berluasa. History will judge Mahathir in the end on his
record of incubating and nurturing rampant corruption. testimony Mahathir
bahawa Ling Liong Sik tidak berupaya menipu negara adalah bahan ketawa. Tun
Daim juga beritahu saya, macam mana kita mahu benteras rasuah, jika sogokan
wang sudah menyampai kepada pemimpin yang tertinggi.
Segala masaalah dan malapetaka,
rasuah, kegawatan ekonomi disebabkan oleh UMNO. Apa yang akan buat kita percaya
yang gagal dibetulkan oleh UMNO selama 55 tahun, boleh ia lakukan dalam masa 5
tahun? UMNO tidak ada rekod untuk menyokong janji2 mereka. Yang mungkir janji
ialah UMNO. Yang membuktikan mereka boleh memenuhi janji ialah semua negeri
yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Maka sayugialah rakyat menyokong Pakatan
Rakyat dan membenamkan UMNO.
Rakyat Selangor umpamanya tidak
pernah diberitahu bahawa kajian yang dijalankan oleh UM menunjukkan hanya 29%
sahaja responden percaya BN boleh merampas balik Selangor. kenapa rakyat
Selangor mahu mengembalikan negeri ini dalam tangan lanun dan perompak?
bukan kah UMNO yang menjalankan
dasar ekonomi yang menyebabkan 40% dari penduduk negara ini mempunyai
pendapatan kurang dari RM1500 sebulan? Dan 75% dari kumpulan tersebut ialah
orang Melayu? 8 juta lebih Melayu mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 dan
itu adalah hasil dasar dan kepimpinan UMNO. Marilah kita sama sama menghantar
semua lanun dan perompak ini ke Sungai Buloh dan jadikan mereka B1M!- Banduan 1
Malaysia.
Bukankah dasar ekonomi Najib yang
disebutkan sebagai Model Ekonomi Baru itu sebenarnya adalah lanjutan dari dasar
ekonomi penindasan Dr Mahathir? menindas majority orang Melayu dan mengayakan
segelintir Melayu terpilih? Antara yang terpilih ialah anak Dr Mahathir sendiri
yang kaya raya bahkan seorang dari nya boleh membina ruang pameran kereta
Ferari bernilai RM20 juta. Orang yang buang tebiat akan meyebut seperti yang
dinyatakan oleh Mahathir. dan Mahathir disertai oleh geng2 lama perompak negara
seperti Sanusi Junid dan lain lain.
Nanti lah kita akan mengupas apa Dr
Mahathir kata dalam artikel yang lain. Let us deal with the political
invertebrate Najib Razak for now.
Dato Sri Najib kata orang Melayu
benci dengan DAP. Kita boleh jawab awal dan tidak perlu tanya Tunku Aziz. Yang
benci adalah mereka yang termakan dakyah UMNO. Yang benci ialah mereka yang
berfikiran sempit. Pemimpin UMNO takkanlah menyukai parti yang akan membenamkan
geng perompak nya. Yang membenci ialah mereka yang tidak faham politik dan lupa
bahawa daripada 29 juta rakyat Malaysia, hampir 19 juta orang Melayu. UMNO
ingat 16 juta orang Melayu yang lain itu, penakut dan bacul macam mereka.
Yang benci ialah mereka yang lupa,
kalau 1 orang UMNO kecundang, ada 6 orang lagi Melayu yang terus hidup. Melayu
tidak memerlukan UMNO.
Kenyataan Najib tidak mengherankan
dan bukan nya sesuatu yang baru. Mustahil kita akan dengar Najib menyatakan
perkara yang baik mengenai DAP. Pada pandangan Najib, DAP itu parti cauvinis
cina. DAP mahukan negara repablik. DAP akan menguasai politik Malaysia. DAP
mengkuda semua parti politik yang lain. Pendek kata, Najib mengulangi
penceritaan lapuk dan basi terhadap DAP. Inilah standard pemikiran dari seorang
pemimpin yang penakut dan kurang cerdik.
Apa yang tidak dikemukakan kepada
rakyat Malaysia, ialah alasan2 rasional kenapa orang Melayu mesti membenci DAP.
Najib tidak mampu berbuat demikian selain dari mengkakaktuakan apa yang
dinyatakan oleh pecacai UMNO yang lain.
Bolehkah kita harapkan apa2 yang
besar dan menakjubkan dari pemimpin yang penakut dan kurang cerdik?
Apabila saya ceramah, takkanlah saya
hendak ceritakan kebaikan UMNO. Tentulah saya mengambil kesempatan mendedahkan
keburukan pemimpin UMNO yang merugikan orang Melayu. Menyokong UMNO akan
membawa bangsa Melayu rebah dan negara kita musnah. Menyokong UMNO bererti
menyokong gerombalan pencuri dan perompak.
Maka, bila Najib bercakap, sudah
barang tentu tidak ada apa2 baik untuk diberitahu mengenai DAP, PKR dan Anwar
Ibrahim, serta PAS. Tapi, marilah kita dedahkan sebab2 sebenar Najib berkata
demikian. Kita tidak perlu tanya apa2 dari Tunku Aziz. Biarkan Tunku Aziz
dengan leteran kebangsawanan nya. Itu pun sebab utama Tunku Aziz keluar DAP-
dia ada sense of over inflated importance. Bila perasaan demikian tidak
dipedulikan atau tidak dilihat begitu penting, tergurislah hati aristokrat itu.
yang lain dalam DAP tidak ada perasaan demikian. Kita tak kira itu semua.
Ketakutan. Ketakutan yang amat
sangat menyebabkan Najib melatah seperti orang tidak siuman. Saban hari Najib
melihat UMNO kian keseorangan. Gerakan berada diambang maut dengan 2 kerusi
parlimen nya. MCA dengan 15 kerusi akan kecundang teruk. MIC dengan 3 kerusi
nya hanya kerana ehsan UMNO. PPP ialah Parti Peminta Sedekah. UMNO dengan 79
kerusi nya pun dalam keadaan cemas. Kerana apa? Kerana undi dan sokongan cina
berpindah kepada DAP. Undi orang Melayu berpindah kepada PAS. Undi golongan
menengah pergi ke PKR.
Dimana datang sokongan untuk UMNO
dan BN? ia datang dari warga negara segera- rakyat Bangla, Nepal, Myanmar,
Cambodia. Inilah dia parti yang berjuang Hidup Melayu dan Agama, Bangsa dan
Tanah Air. Akhirnya UMNO melacur maruah dan mengkhianati negara dengan menjual
kerakyatan kerana mahu mengekalkan kuasa.
Najib melihat sokongan masyarakat
Cina kepada nya merosot dengan teruk. Dan penyebab utama kemerosotan sokongan
tersebut ialah DAP. Hari ini DAP telah menguasai 80-90% sokongan masyarakat
Cina. Ini akan menyebabkan BN akan hilang lebih banyak kerusi dimana dalam
kawasan parlimen itu ada sekurang kurangnya 40% orang Cina.
Najib juga tahu bahawa MCA sduah
tidak terdaya menahan penghijrahan sokongan orang Cina.
Kedua, Najib tidak faham. Masakan
orang kurang cerdik faham bahawa sokongan orang Cina bukan disebabkan
chauvinism dan ekstremism. Orang Cina memperakui bahawa ini negara majority nya
Melayu dan orang Melayu akan terus menguasai politik. Orang Cina bukan
beroperasi atas chauvinism tapi menginginkan kerajaan yang telus, demokratik,
menjalankan dasar2 ekonomi yang adil,mahukan sebuah negara yang menghormati
undang2. UMNO dan BN mempunyai rekod buruk dalam kesemua perkara ini dan sebab2
ini yang menyebabkan orang Cina tidak mahu lagi menyokong UMNO, MCA atau parti2
BN yang lain.
Najib ingat orang cina beroperasi
atas perasaan ekstrim dan bersangkaan bahawa orang menyokong DAP dan membenci
dan berniat jahat keatas bangsa lain terutama bangsa Melayu. Sebab itu DAP
dituduh mahu menubuhkan repablik dimana institusi Raja Melayu dihapuskan, apa2
kepentingan bangsa Melayu dihapuskan dan seumpamanya.
Sebab sebenarnya orang Cina
menyokong DAP ialah kerana parti tersebut tidak bacul dan tidak perlu
menggunakan isiu emosional seperti MCA. DAP is fearless. Sebagai sebuah parti
yang fearless, DAP boleh memahami atas prinsip apa orang PAS beroperasi. Kerana
itu PAS dan DAP saling menghormati. Demikian juga DAP memahami PKR. DAP boleh
memahami parti2 dimana pemimpin nya berani masuk jel, di ISAkan, ada yang
dibunuh, serta dipenjarai. DAP boleh faham ketokohan parti2 yang berani
berjuang dan berkorban.
Berani berjuang dan berkorbanlan
yang menyebabkan orang Cina menyokong DAP. Orang Cina yang menikmati lebih
demokrasi dan oleh itu memiliki lebih pilihan melihat MCA parti yang penakut
dan lembik memperjuangkan isiu2 yang melibatkan kepentingan orang Cina. Dan
cubaan MCA menjuarai isiu kepentingan cina disaat akhir sudah tidak berguna lagi.
Orang Cina tidak ada isiu dengan hudud. Orang Cina sedar itu isiu orang Melayu
yang beragma Islam. Orang Cina tahu, walaupun mereka bukan Islam, tapi hak dan
kepentingan mereka akan dihirmati dan dilindungi.
No comments:
Post a Comment