DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, October 20, 2012

AURA NIK AZIZ VS TAIB MAHMUD SERAWAK....



Minggu ini sebuk sana sini puak puak Umno terutama media pengampu mendesak mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada jawatan .Ada apa masalah mereka dengan manusia yang bernama Nik Aziz saya pun tak faham?


Tok Guru Nik Aziz adalah Menteri Besar Kelantan yang dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Nik Aziz  dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak dengan berimejkan sebagai seorang ulama.Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, dan memegang jawatan Menteri Besar setelah Pas berjaya menumbangkan BN pada tahun 1990 sehingga kini.

Bersungguh benar juak juak Umno   mendesak Tok Guru meletak jawatan,dengan berbagai  alasan  antaranya sudah tua, terlalu lama, berpenyakit dengan  harapan mahukan beliau bersara dari arena politik atau bahasa kasar mahu membunuh karier politik Nik Aziz.

Apa yang mendorong juak juak ini mahukan Nik Aziz berundur, Jawapan yang pasti    UMNO seperti sudah berputus asa dengan  aura Nik Aziz .Umno terutamanya di kelantan  seperti kehabisan cara dan ikhtiar dalam berdepan seorang hamba Allah bernama Nik Aziz ,selagi adanya Nik Aziz Umno seakan merasa kesukaran parti mereka dalam berhadapan dengan Pas.

Kepada juak juak yang mendesak sangat Nik Aziz berundur ingatlah bahawa anda tidak ada hak berbuat demikian kerana yang berhak menentukan jatuh bangun Nik Aziz adalah ahli pas sendiri , Jawatan mursidul am bukanya dipilih oleh ketua cawangan UMNO atau JKK .Kalau alasan kesihatan  cuba kita lihat Allahyarham Syeikh Ahmad Yasin, walaupun atas kerusi roda tapi masih menjadi pemimpin Hamas dan disanjung sehingga akhir hayat, jadi tidak ada masalah bagi Nik Aziz memegang jawatan itu selagi dia mampu.

Allahyarham Syeikh Ahmad Yasin


Bagi penulis isu Nik Aziz perlu berundur tidak patut digembar gemburkan.Kalau nak nak dibandingkan diantara Nik Aziz dengan KM Serawak Taib Mahmud  penulis rasa yang sepatutnya perlu berundur ialah Taib Mahmud. 

Taib Mahmud  yang sudah lama berada ditampuk pemerentahan juga dilihat sudah berumur  tetapi  yang membuat dia patut wajib berundur ialah  sikap beliau serta keluarga yang telah banyak  menghimpun  harta kekayaan sepanjang menjawat jawatan nombor satu diSerawak berbanding dengan Nik Aziz di Kelantan. 

Sepatutnya juak juak ini mendesak agar KM Taib Mahmud juga melepaskan jawatanya seperti mana mereka mendesak Nik Aziz .Jangan  tutup sebelah mata bukalah mata kamu sampai ke Serawak dan lihat bagai mana bumi yang kaya raya dengan hasil bumi hanya dibolot oleh golongan tertentu sahaja seperti KM yang  bernama Taib Mahmud

No comments: